Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 23 Disember 2013

Ustaz Kazim akui Umno tak pernah tolak islam

SELEPAS panas seketika kerana dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini Ustaz Mohd Kazim Elias dilihat mengakui bahawa parti Umno tidak pernah meminggirkan Islam dan ulamak.
Dalam satu video oleh Malaysian Iquirer hari ini, beliau berkata parti terbesar orang Melayu itu tidak pernah juga menidakkan program keagamaan apatah lagi tidak memartabatkan agama.
“Saya nak bagitahu kepada seluruh rakyat Malaysia. UMNO tidak pernah meminggirkan ulamak dan tidak pernah menidakkan program keagamaan dan memartabatkan agama.
“Bila saya dengar yang Datuk Seri (PM) nak buat itu, saya rasa seluruh umat Islam khususnya kena sokong dan beri kekuatan kepada Datuk Seri. UMNO tidak pernah menolak agamawan. UMNO tidak pernah menolak Islam,” katanya.
Mohd Kazim selepas mengetahui dilantik sebagai ahli MT bertindak bertemu dengan Najib yang juga Perdana Menteri bagi mendapat gambaran jelas tentang peranan yang bakal beliau mainkan dalam MT.
Beliau tidak mahu peranan menyebarkan dakwah agama Islam yang sudah dilakukan secara meluas menjadi seperti terkunci kerana penglibatannya di dalam MT Umno.
Selepas pertemuan dengan Perdan Menteri di Parlimen, Mohd Kazim kemudiannya membuat keputusan menolak perlantikan itu dengan baik kerana tidak mahu menjejaskan peranan dakwahnya yang sudah diterima oleh rakyat secara meluas. 

Tiada ulasan: