Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 22 Februari 2014

Kerajaan janji BR1M 4 lebih baik

imageKUALA LUMPUR – Kerajaan berjanji akan menambah baik pemberian BR1M pada tahun depan dan yakin mampu meningkatkan jumlahnya sehingga RM1,200 dalam tempoh lima tahun akan datang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan BR1M satu, dua dan tiga adalah cerminan dan manifestasi kerajaan untuk membantu rakyat selaras dengan falsafah rakyat didahulukan.
“Ini cara kerajaan untuk berkongsi kekayaan bersama rakyat. Kita dapat lakukan kerana kestabilan politik, dan masyarakat pelbagai kaum dapat hidup aman dan harmoni.
“Negara yang kaya kalau tak aman dan stabil tidak boleh lakukan seperti apa yang kita lakukan hari ini. Faktor lain kerana kerajaan dapat uruskan ekonomi negara walaupun ekonomi dunia tak menentu, ” katanya pada perlancaran BR1M dan I – BR1M 2014 di Parlimen Titiwangsa, hari ini.
Kerajaan memperuntukkan RM4.5 bilion bagi menjayakan BR1M 2014 yang mana memberi manfaat kepada lebih 7 juta penerima.
Beliau berharap penambahan nilai BR1M kali ini dapat meringankan beban hidup rakyat khususnya golongan yang tinggal di bandar selain memastikan lebih ramai rakyat menikmati bantuan ini.
Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi RM650 dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50.
Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
Buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan nilai bantuan RM450.
Menurut Najib, kerajaan juga memperkenalkan i-BR1M yang memberi nilai perlindungan minimum RM1,000 bagi kematian biasa dan maksimum RM30,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal.
Sementara itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, ia perlu melakukan konsolidasi fiskal untuk memacu ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.
“Oleh itu, kerajaan akan mengubah dasar pemberian subsidi iaitu daripada subsidi pukal kepada subsidi bersasar bagi memastikan pelaksanaan subsidi yang adil,” katanya.
Tambah beliau dengan rekonsilasi subsidi juga dapat mengurangkan ketirisan dan mengelak daripada penyalah gunaan daripada pihak yang tidak sepatutnya. 

Tiada ulasan: