Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 27 April 2014

Haram Pas Terus Bersama DAP


Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma),Abdullah Zaik Abd Rahman mendakwa syarat tahaluf siyasi dalam syariat Islam ialah orang bukan Islam mestilah menerima agenda Islam

Pas hanyalah pelakon tambahan ketika melaksanakan tahaluf siyasi bersama sekutunya Parti Pakatan Rakyat (PKR) dan DAP. tengok sahaja lah semalam dan sebelum ini terlalu ramai yg menghentam hasrat PAS mahu melaksanakan Hudud jadi pm memang bersetuju benar dengan apa yg di ucapkan presiden ISMA diatas.


Pas sepatutnya sedar akan statusnya saling tak tumpah seperti pelakon tambahan dalam drama politik pembangkang yang selalu akur kepada sutradaranya iaitu DAP dan PKR jadi memang sepetutnya pas harus keluar dari di kudakan DAP dan PKR.

Pas tidak mampu mempertahankan Islam, contohnya dalam isu kalimah Allah, mereka gagal mempertahankan kalimah suci itu apabila membenarkan ia diguna pakai oleh bukan Islam sedangkan perkara ini berkaitan dengan soal akidah

Pas juga sanggup menggadai identiti Islam setelah membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid serta berucap di dalamnya dan keadaan ini ternyata bercanggah dengan amalan di zaman kerajaan Rasulullah.

Islam membenarkan tahaluf siyasi bersama bukan Islam tetapi ia hendaklah dilaksanakan mengikut acuan Islam sebenar yang boleh memberi keadilan kepada seluruh ummah.

"Tahaluf siyasi dalam Islam tidak bersifat kekal. Ia suatu keperluan pada suatu masa selagi kepentingan Islam tidak tergugat. Namun jika sebaliknya maka dari segi hukum tahaluf tersebut perlu dikaji semula," katanya.

Dari sudut politik pula, tahaluf siyasi antara Pas dengan DAP dan PKR itu menyebabkan kuasa orang Melayu semakin terhakis akibat berlakunya perpecahan sesama sendiri YANG SENANG SIAPA ? Tak ker DAP jugak.

"Lihat apa yang berlaku ke atas Pas itu sendiri, pengaruhnya kian lemah manakala sokongan orang Melayu terhadap parti itu merosot dan terbukti kuasa DAP bertambah ia terbukti pada PRU13 yang lepas.

PM menyarankan Pas mengkaji semula tahaluf siyasi berdasarkan garis panduan yang betul atas alasan pengaruh parti itu semakin lemah apabila sering dihina oleh sekutunya.

Tiada ulasan: