DIMANA ORANG ORANG PAS DI SAAT AGAMA KITA DI PERSENDA !!!! ? DI LONDON |
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Jabatan Agama Islam Selangor wajar didesak menggunakan seluruh kuasa yang mereka ada untuk menarik balik serta mengenakan tindakan tegas berhubung kedegilan Pengarang Mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew mengenai kenyataannya tetap mahu menggunakan kalimah Allah di semua gereja di Selangor.
Admin pm juga sangat berharap agar lebih banyak pihak tampil membuat laporan polis bagi mendesak Pengarang Mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew menarik balik kenyataannya tetap mahu menggunakan kalimah Allah di semua gereja di Selangor.
Kita telah melihat bagaimana ratusan Laporan Polis berkenaan demontrasi ambang tahun baru namun kita tidak harus lupa membuat laporan bagi menangani masaalah ini kerana ianya adalah lebih penting dari laporan sebelum ini kerana perkara ini melibatkan agenda halus mereka yang akhirnya akan merugikan kita .
“Malah Sultan Selangor sendiri pun telah menitahkan bahawa kalimah Allah di Selangor hanya untuk umat Islam saja dan tindakan paderi itu juga ibarat mengingkari titah Sultan,”
Sultan Sharafuddin sebelum ini menitahkan bahawa penggunaan kalimah Allah hanya tertakluk kepada umat Islam sahaja mengikut peruntukan di dalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada 1988.
Di harap pihak Peguam Negara untuk meneliti semula kenyataan paderi terbabit sama ada ia bertentangan dengan prosiding mahkamah berhubung isu penggunaan kalimah Allah supaya tindakan sewajarnya dapat diambil jika ia didapati menghina mahkamah.
Paderi Lawrence dalam kenyataannya yang disiarkan di laman sebuah portal pada 27 Disember lalu itu menyatakan pihaknya akan tetap menggunakan kalimah Allah di semua gereja di Selangor.
Diharap juga saudara Mustafa Ali selaku setiausaha Agung Pas dapatlah berbuat sesuatu bagi membantu dalam membut bantahan terhadap pihak gereja jangan hanya pandai suruh pencacainya berdemo sahaja,dia hilang ke Manchester London berjoli sakan maklumlah Malaysia orang dah tau huuhuuu namun dia tetap glamour siot mat saleh mintak sain tu klu tak silap gambar di atas tu kan haahaaa
Pssstttt ...Mat Salleh kenal pasal ceritanya ada kat laman panas tu kot...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan