Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 29 September 2013

NO.41: DATO' TAJUDDIN MAAFKAN SI PENYEBAR FITNAH DIRINYA!!

http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/

Beliau adalah Seorang pemimpin yang punyai pengalaman pahit getir dalam menempuh perjalanan politik Melayu. Seorang insan yang punyai visi, misi, tegas untuk menaikkan martabat bangsa Melayu itu sendiri.

Namun amat menyedihkan apabila ada seorang pemimpin yang tidak perlu disebut namanya disini telah menggunakan blogger upahannya untuk memfitnah dan menjatuhkan beliau. Namun oleh kerana sifat pemaaf yang ada dalam diri Dato' Tajuddin masih lagi ada, maka dimaafkan individu tersebut kerana beliau faham yang tidak semua tahu kisah disebalik segala kemelut.

Bukanlah niat Dato' Tajuddin untuk bergaduh sesama sendiri dalam satu parti tetapi cuma ketegasan beliau dalam hal ehwal kerja dan politik Melayu serta kepentingan Melayu sering kali di salah ertikan. 

Mengikut sejarah penglibatan beliau dalam politik UMNO. Penuh onak dan ranjau berduri perlu ditempuhi oleh Dato' Tajuddin. Adat berpolitik yang kawan boleh jadi lawan, yang lawan boleh jadi kawan. Yang penting hak dan kepentingan orang Melayu tidak pernah luntur dari semangat dalam diri beliau.

Beliau kenal sangat dengan Anwar Ibrahim kerana pernah sama-sama menuntut di Universiti Malaya yang ketika itu beliau merupakan pemimpin Jawatankuasa Mahasiswa UM manakal Anwar hanya sebagai Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu. Sedang Anwar sibuk berdemo, Dato' Tajuddin mengambil tanggungjawab untuk menyatukan mahasiswa UM dalam satu persatuan dengan pelbagai aktiviti agar tidak terjebak dengan ayat manis Anwar Ibrahim. Sejak dari zaman universiti lagi beliau sudah kenal Anwar.

Ditahan bawah akta ISA?? Ya! Memang tidak dinafikan yang beliau memang pernah ditahan di bawah akta ISA yang mengakibatkan 2 bulan beliau meringkuk dalam penjara. Beliau ditahan kerana dituduh mengeluarkan kata-kata 'Bunuh Cina' semasa perhimpunan yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Malaysia ketika itu. Semasa perhimpunan tersebut beliau bertindak sebagai pengerusi majlis (MC) dan ramailah pemimpin Melayu yang ketika itu baru sahaja lepas tragedi 13 Mei berkumpul, antara pemimpin yang memberi ucapan ketika itu adalah Ibrahim Ali. Boleh tanya Presiden Perkasa. Sebab apa perhimpunan itu dibuat?? Sebab memberi amaran kepada Ketua Pemuda MCA ketika itu yang mula mempertikaikan hak Melayu dan Bumiputera. Salahkah tindakan Dato' Tajuddin??

Namun jangan risau kepada si penyebar fitnah berbayar. Dato' Tajuddin dengan senang hati sudah memaafkan mereka. Tetapi ada sedikit rasa kesal dalam hati Dato' Tajuddin kerana serangan terhadap kepimpinan UMNO dilihat lebih hebat dari serangan kepada pemimpin pembangkang. 
Datuk Tajuddin Abdul Rahman merupakan Ahli Parlimen Pasir SalakNegeri Perak,Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri PerakTeluk Intan. Kemudian mendapat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya.

Tajuddin berkecimpong dalam politik sejak awal 1980-an lagi di sekitar Pekan RabuChenderong BalaiKampung GajahPasir Salakdan Teluk Intan. Beliau menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak (1982-1988) and sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO dari 1986-1988.
 
Pada 1987, beliau dan barisan pemuda UMNO berhimpun di Stadium TPCA , Kampung BaruKuala Lumpur. Berikutan itu, beliau ditahan ISA dalam Operasi Lalang bersama Ibrahim AliFahmi Ibrahim dan lain-lain akan tetapi wujud keraguan mengapa Beliau ditahan dan sehingga kini ia menjadi sejarah kepada Beliau kerana tuduhan bahawasanya Beliau ada mengucapkan perkatan yang mengugut tindakan ketua Pemuda MCA Lim Kim Sai yang pada ketika itu mahu menghapuskan ketuanan Bangsa Melayu
  • Ketika perhimpunan itu beliau merupakan MC yang berucap untuk membakar semangat orang Melayu dengan Ucapan seperti ''HIDUP MELAYU'' ''HIDUP UMNO'' di Kampung Baru untuk memberi semangat pada kaum pribumi agar mempertahankan Hak Pribumi, 
  • Pada keesokannya itu tidak semena-mena Seseorang bernama Prebet Adam meletopkan senapang tanpa semena2 
  • Beliau dituduh menjadi Mastermain supaya Pemuda Pasir Salak membawa senjata,walhal perkara itu ternyata tidak benar beliau menegaskan pada pegawai penyiasat bahawasanaya dia tidak ada menyuruh sesiapa bawa senjata,dan Beliau menyuruh Tuan Penyiasat pergi temuduga Pemuda2 Pasir Salak tanya dia ada kah di menyuruh Pemuda Pasir Salak Bawa senjata,pergi siasat 
  • Akhirnya Ketua Pemuda MCA Lim Kim Sai lari ke Australia dan di tangkap termasuk pemimpin pemimpin pembangkang termasuklah Lim Guang Eng,Mahfuz,Karpal Sing dan banyak lagi
  • Semasa didalam tahanan ISA Datuk Tajuddin tidak mengetahui apakah kesalahan Beliau sehinggalah dia ditanyakan adakah beliau mengucapkan perkataan Bunuh Ketua MCA Lim Kim Sai?dan dengan nada yang tegas Beliau mengatakan Tidak pernah sama sekali,dan jika dia ada mengucapkan perkataan itu mesti ada rakaman,tape dan sebagainya 
  • Jika sahabat sahabat Pendekar Melayu dengar perit jerih Beliau ketika berada didalam tahanan pastinya kita terasa betapa besarnya pengorbanan Beliau demi mempertahankan ketuanan Melayu,hak hak keistemawaan Bangsa Melayu yang dicabar oleh parti kompenan Barisan Nasional sendiri 
  • ,Akhirnya rakaman video dari Bukit aman mengesahkan Datuk Tajuddin tidak pernah mengucapkan perkataan Bunuh Lim Kim Sai seperti yang didakwa,begitulah pengalaman beliau mempertahankan Hak Keistimewaan Bangsa Melayu iaitu Hak Bumiputera Pribumi dari kaum lain dan disebab kan perjuangan Beliau MCA tidak lagi berani mempertikai kuasa kuasa orang Melayu membuatkan Umno menjadi suara mejoriti dalam Barisan Nasional bukan seperti Pakatan Pembangkang yang suara DAP menjadi suara mejoritinya.
Pada 1988 setelah UMNO Baru ditubuhkan, beliau dilarang menyertai UMNO semula kerana dituduh menyertai Semangat 46. Walau bagaimana pun, pada 1990 beliau diterima semula sebagai ahli UMNO setelah tuduhan tersebut tidak berasas kerana ianya hanyalah akibat dari campur tangan individu yang sekarang telah pun masuk Pakatan Pembangkang, yang tidak mahu melihat Beliau menyertai Umno dengan menghalang kemasukan borang baru keahlian
Tahun 1995 beliau dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO kerana terlibat dalam politik wang RM6 juta untuk merebut jawatan ketua bahagian Pasir Salak yang ketika itu disandang oleh Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib. 
Ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan menyokong kuat Tan Sri Ramli Ngah Talib. Pada 1998 beliau diterima semula menyertai UMNO tanpa syarat dan dipilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Pasir Salak tanpa bertanding pada 2000
Namun ternyata hujah Datuk Tajuddin mengesahkan Beliau bukanlah melakukan kesalahan Politik wang seperti yang didakwa ini banyak orang yang tak tahu
  • Bila Datuk Tajuddin masuk Umno Baru pada ketika itu keadaan Ekonomi merudum teruk sekitar tahun itu semua perniagaan merudum semasa beliau belum masuk Umno projek perumahannya semua gagal maklumlah dari tahun 1985 hingga 1990 bisnes semuanya teruk  
  • Sebenarnya kisah 6 juta yang dimaksudkan pada rakan rakan Datuk Tajuddin bermaksud Beliau mempunyai hutang Bank berjumlah 6 juta interest dari hutang pajakan tanahnya dan bakal di istihar Bankroup dan bila sahabat sahabat dalam Umno mendesak beliau bertanding jawatan dalam Umno dan Beliau mengatakan pada sahabat sahabat bahawasanya beliau memerlukan enam juta jika mahu bergiat dalam jawatan Umno,
  • Akan tetapi akibat dari ada proksi proksi anwar yang mendengar perbualan itu lalu membawa cerita 6 juta ini.walhal cerita sebenar Datuk Tajuddin jika beliau tidak membayar Hutang Bank tersebut Bagaimanakah Beliau hendak memegang Jawatan dalam Umno kalau Pihak Bank Istihar Beliau Bankcroup bukannya beliau mintak 6 juta bagi merebut jawatan  
  • Beliau dituduh memberi sogokan pada kariah masjid RM 40,000 walhal pada ketika itu ada satu individu berjanji membuat ubah suai Masjid itu bila kontraktor siap buat kerja Individu tak bertanggung jawab itu menghilangkan diri,
  • Demi menjaga nama Kariah Masjid pihak Masjid memohon jasa baik Datuk Tajuddin untuk menderma bagi melunaskan bayaran Masjid,Akhirnya maka timbullah fitnah Beliau membeli Undi,dan Beliau menegaskan pada masa Beliau memberi sumbangan itu Cawangan pun belum bermusyuarat ,Bahagian pun belum bermusyuarat perwakilan datang dari cawangan jadi cawngan mana yang Beliau mahu beli. 
  • Beliau juga menderma pada Sekolah di tempatnya serta menderma untuk golongan orang asli dan kebetulan  keadaan perniagaannya sudah kembali pulih dan beliau memang suka menderma jika rezeki sudah kembali ada jelas Beliau lagi 
  • Begitulah kisah bagaimana Beliau dituduh six Million Man,Beliau mendakwa orang yang bertanggung jawab membuat pertuduhan itu ialah Anwar pengurusi jawatan pengurusin Umno,dan untuk makluman pada ketika itu tiada jawatan kuasa Disiplin  
  • Kesimpulannya Datuk Tajuddin di tuduh oleh Pengurusi Jawatan Umno iaitu Anwar Ibrahim tanpa satu pertuduhan dan tidak memberi peluang Datuk Tajuddin membela diri di atas kesemua pertuduhan itu kesnya hanya tidak ada cakap pasal enam juta tu untuk bayar hutang interes tanah 2 juta dan harga hutang 4 juta tu dan jumlah keseluruhan jumlah hutang Datuk Tajuddin berjumlah enam juta.
  • Beliau mengakhiri hujah beliau dengan bersumpah Lillahitaala mengenai sumbangan sumbangan beliau tidak terniat untuk bertanding Ketua Bahagian  dan mendakwa bodoh lah dia kalau nak bertanding Ketua Bahagian kerana dia baru sahaja masuk Umno baru dan takkan lah dia hendak bertanding Ketua Bahagian yang bertanding jawatan itu Menteri Besar dan Beliau tahu orang Umno tidak membenci Beliau tetapi orang Umno sayangkan Beliau kerana selepas dari peristiwa itu beliau mendapat kepercayaan dari ahli umno,dan kesetiaan Beliau tak perlu diragui 
Maka habislah cerita sejarah Politik Perjuangan Datuk Haji Tajuddin yang kini amat cemerlang dalam kerjaya Politik Beliau,cuma biasalah Manusia pasti akan timbul sesetengah golongan yang dengki dengan insan lain yang berjaya menjadi seorang Pejuang Bangsa Melayu dan yang paling utama sekali Perjuangan Agama Bangsa dan Tanah Air tercinta  
Adat seorang Pejuang Politik pasti akan ada insan yang berpolitik cara menabur fitnah jadi tak lari dari masaalah itu maka Datuk HJ Tajuddin pun terkena tempias Fitnah tersebut,mari kita singkap sejarah baru bagaimana Datuk HJ Tajuddin di fitnah baru baru ini oleh sebilangan kecil individu yang dengki tentang perjuangannya di tulisan Penulis diperbincangan akan datang jadi nantikan di blog ini tidak lama lagi Sekian Bersambung...@Pendekar Melayu
Nasihat beliau hanya satu... Berhentilah...

Niat beliau juga hanya satu, untuk mempertahankan parti UMNO dan orang Melayu di Malaysia..

Tiada ulasan: