Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 17 September 2013

GDI 2013:Malaysia negara kedua paling dinamik

Kuala Lumpur: Indeks Dinamisme Global Grant Thornton (GDI) 2013 membariskan Malaysia sebagai negara kedua paling dinamik di Asia Tenggara selepas Singapura.
Anggota firma perakaunan dan perundingan Grant Thornton International, SJ Grant Thornton berkata, GDI yang kini memasuki tahun kedua membuat penarafan ke atas 60 ekonomi terbesar dari segi dinamisme di peringkat dunia menerusi kajian data perniagaan dan ekonomi.

Ia memberikan skor ke atas setiap negara merentasi ciri dinamiknya di dalam lima bidang utama bagi memperoleh skor secara menyeluruh.
Singapura mencatat skor 61.9, tertinggi di ASEAN, diikuti Malaysia, 59.5 dan Thailand, 56.4. Malaysia memperoleh skor kedua terbaik dalam bidang utama seperti persekitaran operasi perniagaan (74) dan kewangan (60) di ASEAN bagi pengembangan perniagaan.

Pengarah Urusan SJ Grant Thornton Datuk NK Jasani berkata, di peringkat global, Malaysia menduduki ranking ke-13 GDI, meningkat 11 anak tangga berbanding tahun lalu.

“Malaysia juga menyediakan persekitaran pembiayaan yang baik apabila memperoleh skor tertinggi di ASEAN dalam akses kepada modal jangka sederhana (85),” katanya.
Berbanding negara lain, prestasi Malaysia dalam bidang utama juga semakin kukuh seperti ekonomi dan pertumbuhan dengan menduduki tempat kelapan (73), buruh dan modal insan, tempat ke-11 (62) dan persekitaran pembiayaan dengan kedudukan di tempat ke-16 (60).

GDI menetapkan ranking secara menyeluruh selain memantapkan skor negara dalam lima kategori dari segi dinamiknya iaitu persekitaran operasi perniagaan, ekonomi dan pertumbuhan; sains dan teknologi, buruh dan modal insan serta pembiayaan.
Dengan menganalisis perubahan di setiap negara yang berjaya pulih daripada kelembapan ekonomi 2008-2009 serta menjurus kepada kadar pertumbuhan lebih pantas pada masa depan, indeks itu mengetengahkan persekitaran terbaik untuk perniagaan dinamik berkembang.

Tiada ulasan: