Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 17 September 2013

BNM keluarkan syiling peringatan sempena Hari Malaysia

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena ulang tahun ke-50 penubuhan Malaysia.
Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata duit syiling peringatan itu terdiri daripada jenis emas dengan ketulenan 999.9, perak berwarna (999) serta emas Nordic.
Masing-masing dijual pada harga RM1,800, RM200 dan RM10 sekeping.
Nilai muka pada duit syiling emas, perak berwarna dan emas Nordic ialah RM100, RM10, dan RM1, dengan paparan imej Jalur Gemilang di bahagian tengah.
Duit-duit syiling peringatan itu memaparkan perkataan 'PERAYAAN HARI MALAYSIA' dan '50 Tahun' di bahagian atas dan '16 SEPTEMBER 1963-2013' di bahagian bawah.
Bahagian belakang pula memaparkan imej Jata Negara dan peta Malaysia selain perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.
Kenyataan itu berkata, duit syiling perak berwarna itu merupakan yang pertama dikeluarkan BNM.
Menurut kenyataan itu BNM menempa 750 keping duit syiling peringatan emas, 10,000 perak berwarna dan 25,000 emas Nordic.
Syiling terbabit juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 yang mengandungi syiling emas, perak berwarna dan emas Nordic. Setiap set dijual pada harga RM2,100 dan hanya 500 set dikeluarkan.
Sebanyak 1,000 set dua dalam satu yang mengandungi duit syiling perak berwarna dan emas Nordic pula dijual pada harga RM250.
Duit syiling peringatan itu mula dijual esok di Muzium dan Galeri Seni BNM di Sasana Kijang dan pejabat wilayah di Pulau Pinang dan Johor Baharu serta cawangan di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun sebagai memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia. - Bernama

Tiada ulasan: