Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 23 Ogos 2013

VIDEO:ENDLESS POSSIBILITIES !!!! ISRAEL MENIRU MALAYSIA !!!!

Bila kita terbaca tajuk entri di blog Jebat Must Die,  klik di sini.Pastinya kita merasa pelik dan hairan apakah benar apa yang dikatakan didalam Blog tersebut??mana yang menyokong pembangkang pasti percaya bulat bulat fitnah ini tetapi bagi kita semua sahabat sahabat PM mari kita siasat apakah kebenarannya dientri yan PM buat ini hasil carian mendapati ternyata fitnah ini PALSU.


Blogger terbabit mendakwa  Malaysia  meniru slogan 'endless possibilities' kononnya diciptakan oleh negara Israel, HANYA berdasarkan maklumat dimuatkan di dalam press release dipetik daripada laman sesawang goisrael.

Teliti tarikh dokumen terbabit disiarkan, 22 April 2013.


BENARKAH slogan 'endless possibilities' diciluk dari Israel seperti didakwa oleh blogger Jebat Must Die? 


Lalu saya tergerak hati untuk mencari kebenaran. 

Perhatikan klip video di bawah, rakaman di Davos, Switzerland sewaktu delegasi Malaysia diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menyertai World Economic Forum 2013, berlangsung di antara 23 dan 27 Januari 2013.


Video di atas dimuatnaik ke Youtube pada 20 Februari 2013, kira-kira 2 bulan SEBELUM press release dimuatkan slogan sama, disiarkan oleh Israel.

"Come to Malaysia, where you will find  endless possibilities," ujar Datuk Seri Mohd Najib.


Berikut poster dibentangkan sebesar alam  oleh Malaysia di Davos pada bulan JANUARI.


Perdana Menteri Israel dilaporkan turut menghadiri forum sama. Israel kemudian memuatnaikkan klip video bertajuk Spirit of Israel  pada 13 Mei 2013, sekaligus mempromosikan  slogan 'endless possibilities'  dihujungnya.

13 Mei? Kebetulan atau disengajakan? Endless possibilities ...

Klik di sini.


Ringkasnya, Malaysia LEBIH awal muncul dengan slogan terbabit, pada bulan Januari dan Februari berbanding  Israel, April dan Mei. Oleh itu,  Malaysia TIDAK meniru slogan Israel tetapi berkemungkinan besar Israel meniru slogan dicetuskan  oleh  rakyat Malaysia. 

Sila klik di sini untuk mengetahui maklumat berhubung endless possibilities dari sudut pandang Malaysia.

Jebat Memfitnah Itu Lebih Teruk Dari Membunuh Ingat tu.

Tiada ulasan: