Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 23 Ogos 2013

AHMAD ZAHID TEGASKAN JANGAN CAMPUR TANGAN URUSAN POLIS PADA P.WAYTHA MOORTHY

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy supaya berhenti daripada mencampuri urusan polis tetapi menumpukan kepada bidang kuasa sendiri iaitu menguruskan hal-hal berkaitan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf).

Katanya, Waythamoorthy sepatutnya melepaskan jawatannya dalam pentadbiran kerajaan sekiranya mahu memberi kenyataan berhubung perkara di luar bidang kuasanya.

"Saya cadang dia berhenti jadi timbalan menteri kalau nak cakap mengenai perkara luar bidang kuasanya, beliau kena faham kasut mana dipakai dan rumah mana dia duduk.

"Jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), beliau bukan pemimpin Hindraf lagi. Jangan campur tangan dalam kerja polis, polis kita bukan jenis yang suka-suka menembak tanpa mengenal pasti sasarannya (trigger happy)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Waythamoorthy yang mempertikaikan tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu antaranya mempersoalkan kenapa polis tidak memberi amaran sebelum menyerbu pangsapuri di tempat kejadian.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, dakwaan Waythamoorthy bahawa polis perlu memberi amaran sebelum menyerbu masuk ke tempat kejadian sebagai sesuatu yang tidak berasas.

"Manalah ada amaran, kalau polis beri amaran, penjenayah akan menembak polis terlebih dahulu," katanya lagi.

Tiada ulasan: