Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 14 Ogos 2013

PANAS !!! CADANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BUDDHA,HINDU,KRISTIAN,SIKH DAN TAO MALAYSIA MAHU PERLEMBAGAAN DIPINDA !!!

PANAS ISU INI kerana  cadangan Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) agak berlebihan kerana memohon agar meminda perlembagaan berhubung peranan ibu bapa dalam penukaran agama anak di lima negeri.
Pandangan yang dilontarkan majlis itu tidak boleh dilayan dan tidak masuk akal sama sekali kerana ia mencampuri urusan dalam hukum agama Islam,cuma PM nak ingatkan janganlah cuba membangkit kan isu ini lagi dan bagi PM mereka wajar menghormati kuasa dan undang2 yang sedia ada serta menghormati kuasa yang ada pada Sultan sebagai ketua Agama Islam begitu juga saranan yang dibuat tujuh NGO2 Islam hari ini.
Sehubungan itu Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Kedah hari ini membantah cadangan Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) agar dipinda perlembagaan berhubung peranan ibu bapa dalam penukaran agama anak di lima negeri.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata presiden majlis antara agama itu, Jagir Singh, sebelum ini mahu memastikan lima negeri iaitu Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak, melakukan pindaan untuk menjadikan undang-undang itu selari dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Kami ingin menegaskan bahawa undang-undang Islam tidak akan dibenarkan dipinda mengikut tuntutan penganut agama lain, malah soal hukum agama Islam tidak akan tertakluk kepada desakan agama lain. 

Tiada ulasan: