SEKALUNG TAHNIAH dari admin @pm pada pihak Polis yang bertindak dengan pantas menyelesaikan kes langgar dan baling bom baru baru ini apabila Polis telah menahan seorang lelaki Cina tempatan bagi membantu siasatan kes langgar dan baling bom yang dipercayai buatan sendiri ke arah sebuah kereta di Love Lane di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Assisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, suspek yang berusia 38 tahun itu ditahan di Alor Setar, Kedah kira-kira pukul 4.10 pagi tadi.
Katanya, hasil soal siasat suspek mengaku bertindak melanggar serta membaling bahan letupan berikutan tidak puas hati dengan cara pemanduan mangsa.
"Selepas kejadian itu, pasukan khas kita telah menjalankan siasatan
dan memperoleh beberapa maklumat sebelum berjaya menahan lelaki berkenaan.
"Lelaki yang berasal dari Taman Sarindek, Sungai Petani itu kini ditahan reman di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan dalam tangkapan itu kita turut merampas sebuah kereta dan serangkai kunci,"katanya ketika di hubungi di sini, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan