Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 14 Ogos 2013

NEGARA BEBAS JUDI INTERNET BUAT MASA INI HARAP BERKEKALAN !!!

TAHNIAH PDRM PM ucapkan Kerana memastikan kawasan pentadbiran masing-masing bebas daripada aktiviti perjudian Internet yang berselindung di sebalik kafe siber dalam usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengekang aktiviti kurang sihat itu amatlah kita hargai. 
Hasil dari pemantauan Admin sejak beberpa minggu ini perkara ini benar berlaku dan menampakkan kesan yang sangat positif dan diharap perkara ini berkekalan demi membendung gejala sosial yang semakin meningkat dan sekiranya masih ada cafe judi internet yang terlepas pandang eloklah kita salurkan sebarang maklumat pada pihak PDRM.
Ketua polis semua peringkat seluruh Malaysia membabitkan ketua polis negeri, ketua polis daerah dan ketua polis balai diminta memastikan kawasan pentadbiran masing-masing bebas daripada aktiviti perjudian Internet yang berselindung di sebalik kafe siber dalam usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengekang aktiviti kurang sihat itu.
Difahamkan, kesungguhan polis membanteras kegiatan berkenaan bermula sebulan lalu selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta aku janji daripada semua pegawai tinggi PDRM seluruh negara bagi mengenal pasti dan memaklumkan kegiatan seperti itu di kawasan masing-masing.

Sumber memberitahu, aku janji terbabit turut merangkumi arahan supaya memastikan semua aktiviti perjudian dihentikan serta-merta dan pemantauan berterusan dilakukan pasukan khas yang akan menggempur pusat perjudian berkenaan.
“Sehubungan itu, polis di peringkat negeri bukan saja diminta memantau, malah menggandakan operasi bagi memastikan pusat perjudian yang mengundang pelbagai masalah sosial itu ditutup dalam tempoh terdekat,” katanya.

Tiada ulasan: