Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 23 Julai 2013

Jerebu: 3 kawasan catat kualiti udara tidak sihat

jika anda melawat laman web Jabatan Alam Sekitar hari ini, Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan sehingga 9 pagi ini di Muar menunjukkan bacaan 113, Bukit Rambai (115) dan Pelabuhan Klang (104)
Tiga kawasan iaitu Muar, Johor, Bukit Rambai, Melaka dan Pelabuhan Klang, Selangor mencatatkan kualiti udara tidak sihat pagi ini berbanding lima semalam.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan sehingga 9 pagi ini di Muar menunjukkan bacaan 113, Bukit Rambai (115) dan Pelabuhan Klang (104).
Sebanyak 43 kawasan lain mempunyai bacaan IPU sederhana termasuk enam yang menghampiri paras tidak sihat iaitu Banting dengan IPU 92 selain Nilai, Shah Alam, Kemaman, Cheras dan Putrajaya dengan IPU masing-masing 90.
Menurut portal itu lima kawasan mempunyai kualiti udara yang baik iaitu Sandakan, Tawau, Sarikei, Sibu dan Sri Aman.
sumber ini telah admin lakukan olahhan dan artikal asalnya milik Kosmo 

Tiada ulasan: