Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 23 Julai 2013

SUAMI DIKEHENDAKI POLIS BERHUBUNG KEMATIAN ISTERINYA

GEORGE TOWN - Polis sedang mencari lelaki iaitu Goh In Gin ,alamat terakhir di AZ-1-4 Blok A3 Rumah Pangsa Taman Tun Sardon, Gelugor di sini dan memiliki kad pengenalannya bernombor 770203-07-5821 , beliau ialah suami wanita China yang ditemui mati dibunuh dan mayatnya dibuang di Bukit Genting di Balik Pulau dekat sini dua minggu lepas dan Sebelum ini polis menahan reman dua suspek termasuk seorang yang dipercayai teman lelaki wanita berkenaan bagi membantu siasatan.
Mayat Jun ditemui di dusun durian berhampiran Kem Program Latihan Khidmat Negara White Resort pada 8 Julai lepas.
Pegawai Penyiasat kes Asisten Supteritendan Mohamad Jalaluddin Sinin dalam satu kenyataan media berkata, Goh, 36, dikehendaki untuk membantu siasatan kes pembunuhan isterinya Jun Xing, 37, yang bekerja di sebuah pusat kecantikan di bandar ini.
Katanya berdasarkan daftar perkahwinan, polis mendapati Jun tinggal di Pulau Pinang sejak lima tahun lalu setelah berkahwin dengan Goh.Mereka yang mengenali Goh atau mengetahui di mana lelaki itu berada boleh menghubungi Mohamad Jalaluddin menerusi telefon 013-5000085 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sebelum ini polis menahan reman dua suspek termasuk seorang yang dipercayai teman lelaki wanita berkenaan bagi membantu siasatan.
Mayat Jun ditemui di dusun durian berhampiran Kem Program Latihan Khidmat Negara White Resort pada 8 Julai lepas.

Tiada ulasan: