KUANTAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut, manakala enam lagi cedera parah apabila sebuah bas ekspres terbabas dan terbalik di kilometer 364 Jalan Raub-Bentong, dekat Raub, awal hari ini.
GAMBAR SEKADAR HIASAN |
Dalam kejadian 4.30 pagi itu, bas ekspress yang dinaiki 19 penumpang itu dalam perjalanan dari Kota Baharu, Kelantan ke Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Raub, Superitendan Wan Samsuddin Wan Wan Osman berkata, kanak-kanak lelaki berkenaan, Muhammad Busam Suhaiming mati ketika dirawat di Hospital Raub akibat cedera parah di kepala dan badan.
“Enam lagi cedera parah termasuk pemandu kedua bas berkenaan berumur 53 tahun,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Dalam kejadian itu bas berkenaan dipandu seorang lagi pemandu berusia 40-an, dan dipercayai pemandu berkenaan mengantuk menyebabkan bas berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di laluan bertentangan, — Dalam kejadian itu, enam lagi penumpang bas berkenaan turut cedera ringan. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan