Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 14 Jun 2013

AWAS JAKIM BERI AMARAN KEWUJUDAN AJARAN SESAT DALAM 81 RUMAH AMAL - AL-ARQAM

Sungguhpun ajaran kumpulan al-Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Malaysia sekitar 1994, namun ia kini dikatakan kembali aktif di beberapa tempat di Negara kitaJAKIM

Seingat PM Jais telah menahan 11 pengikut Al-Arqam termasuk Ummu Jah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dalam Operasi KLIA (Ops KLIA) pada bulan Mei lalu dan mereka 
yang ditahan itu disiasat di bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 kerana melanggar arahan mufti.

Semua pengikut Al-Arqam itu dihantar pulang kedutaan Arab Saudi berikutan program pemutihan dijalankan kerajaan tersebut terhadap gerakan ini.

Sejak 9 April lalu, Jais menahan 59 individu dipercayai pengikut Ar-Arqam dalam Ops KLIA termasuk cucu kepada Pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya dalam kalangan pengikutnya.

Jakim: 81 rumah amal GISB sebar ajaran Al-Arqam
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenal pasti sekurang-kurangnya 81 rumah amal di seluruh negara yang diwujudkan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) untuk meneruskan penyebaran ajaran sesat kumpulan Al-Arqam yang diharamkan kerajaan sejak 1994.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata rumah amal berkenaan, yang setiap satunya mempunyai purata penghuni antara 20 dan 80  orang, dikendalikan GISB menggunakan sumbangan luar sama ada dalam bentuk sedekah atau zakat.

"Hakikatnya, penghuni rumah amal itu merupakan anak-anak pekerja GISB, dan mereka tidak mendapat pendidikan formal dan terpisah daripada arus  perdana.

"Rumah amal itu bernaung di bawah Yayasan Kebajikan Perubatan dan Perkhidmatan Malaysia (YKPPM) yang bertanggungjawab mengeluarkan surat  bagi tujuan memohon sumbangan.

"(Lazimnya) menjelang ketibaan Ramadan, GISB akan mengerakkan pengeluaran surat ini kepada individu, institusi atau syarikat," katanya kepada  Bernama di sini, hari ini.

Othman berkata GISB menubuhkan rumah-rumah amal itu sebenarnya untuk meneruskan perjuangan Al-Arqam, namun mengaburi masyarakat  dengan mendakwa ia pusat kebajikan yang menempatkan golongan asnaf.

"Pengurus-pengurus zon GISB akan meminta pengurus rumah amal supaya berusaha untuk mencari wang sebanyak mungkin terutama pada  Ramadan untuk membolehkan kegiatan mereka dijalankan," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak supaya tidak melayan surat memohon sumbangan itu.

Beliau berkata sebanyak 26 rumah amal GISB itu terdapat di Selangor, enam di Lembah Klang, Kedah (enam), Pulau Pinang (tiga), Perak (lima),  Melaka (dua), Negeri Sembilan (lima), Johor (sembilan), Pahang (lima), Terengganu (dua), Kelantan (tiga), Perlis (satu), Sarawak (dua) dan Sabah (enam).

Antaranya ialah Rumah Anak Yatim Amal Belaian Kasih (Rabeka) di Ampang, Rumah Amal Kasih Harmoni di Rawang, Rumah Amal Limpahan Kasih  (Ralk) di Puchong, Rumah Anak Kesayangku di Bukit Beruntung dan Baitus Sakinah Wal Mahabah di Sepang.

Othman berkata pihak yang mahu mendapatkan kepastian berhubung status atau nama-nama rumah amal berkenaan boleh menghubungi Jakim atau  pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

Beliau juga berkata Surat Pekeliling Am Bil 4 pada 1994 yang melarang penglibatan pegawai awam dan agensi kerajaan dalam aktiviti  berkaitan  Al-Arqam masih berkuat kuasa sehingga kini.

Usaha menggerakkan kegiatan Al-Arqam dikatakan didalangi Hatijah Aam, balu pemimpin kumpulan itu Allahyarham Ashaari Muhammad.

Pada 13 Mei lepas, Hatijah ditahan bersama-sama sembilan pengikutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekembalinya dari Arab  Saudi dan akan didakwa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) November ini kerana cuba menghidupkan semula ajaran Al-Arqam.

Hatijah yang juga dikenali sebagai Ummu Jah boleh didakwa mengikut Seksyen 12(C) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana menghina  pihak berkuasa agama. - Bernama

Tiada ulasan: