Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 14 Jun 2013

NURUL IZZAH MEMBUAT KENYATAAN PALSU DI MALAYSIAKINI PUNCA PETISEN BERJAYA DIBUAT

kemenangan Nurul Izzah bakal dicabar dan dibuktikan ada unsur2 penipuan didalam Petisyen yang dibuat BN

KUALA LUMPUR - Petisyen pilihan raya Parlimen Lembah Pantai telah difailkan di Mahkamah Tinggi kelmarin bagi memohon pengisytiharan PRU13 di kawasan-kawasan itu tidak sah.

Setiausaha Penyelaras BN Lembah Pantai, Datuk Mohamad Sazali Kamilan, berkata, meskipun prosesnya agak rumit dengan mengambil masa hampir lima jam, pihaknya bersyukur ia berjaya difailkan.

“Beberapa perkara dan tindakan PKR yang menyalahi undang-undang perjalanan pilihan raya didapati berlaku, justeru, keputusan pada PRU13 boleh dicabar,” katanya.

Permohonan yang dibuat menerusi Tetuan Raja Riza & Associates itu mendakwa, pada 4 Mei lalu, calon PKR, Nurul Izzah Anwar dikatakan telah mengganggu pengundi kawasan itu supaya tidak mengundi calon BN, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dengan memberi kenyataan palsu, di laman web Malaysiakini, di mana ia telah disebarkan secara meluas untuk merosakkan reputasi Raja Nong Chik.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen itu, Rolan Abd Rahman juga dikatakan gagal melaporkan kepada SPR bahawa dua peti undi yang digunakan bagi bahagian Lembah Pantai telah dimusnahkan, dirosakkan atau diganggu berikutan tindakan penyokong PKR yang menghalang kenderaan membawa peti undi ke pusat penjumlahan undi termasuk, memaksa bonet penyimpanan dibuka.

Berikutan itu, SPR sepatutnya, menetapkan hari dan waktu untuk pengundian semula atau secara alternatifnya mengumumkan Raja Nong Chik memenangi kawasan tersebut. Mohamad Sazali, dalam pada itu mengakui tidak mudah untuk menang.

“Apapun, dengan usaha, doa, dan tawakal, insya-ALLAH tak mustahil boleh berjaya,” katanya.

Sementara itu, calon BN Parlimen Batu, Dr Dominic Lau Hoe Chai, turut memfailkan petisyen menerusi peguam sama, menamakan calon PKR, Chua Tian Chang (Tian Chua), pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Batu, Mustafa Mohd Nor dan SPR sebagai responden.

Menerusi petisyen itu, Dominic mendakwa Tian Chua tidak berkelayakan untuk bertanding kerana Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara, atas kesalahan mencederakan anggota polis pada 2007, selaras dengan Perkara 48 1(e) dan 48(5) Perlembagaan Persekutuan.

Responden kedua Mustafa Mohd Nor, juga telah gagal untuk menolak kertas penamaan calon Tian Chua semasa hari penamaan dan ia merupakan perlanggaran Peraturan 7(1)(c) Peraturan-peraturan (Perjalanan Pilihanraya) Pilihanraya 1981 yang akan menjadi asas bagi Hakim Pilihan Raya untuk mengisytiharkan pilihan raya itu tidak dijalankan mengikut undang-undang.

Tiada ulasan: