Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 1 Jun 2013

ANWAR JANGAN JELES DIPLOMAT ASING PUJI MALAYSIA !!!!

Diplomat asing kagum pencapaian Malaysia , berharap negara ini terus berjaya menurut Doyen Kor Diplomatik Norodom Arunrasmy kagum dengan pencapaian cemerlang Malaysia dan berharap negara ini akan terus mencatat kejayaan gemilang dalam usahanya menjadi sebuah negara maju. 

Arunrasmy berkata, di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan melalui usaha bersepadu kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau yakin Malaysia akan mencapai wawasan itu. 
Dalam ucapan tahniahnya sempena ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini hari ini, Arunrasmy berkata, Malaysia, yang terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai kestabilan sosial, keharmonian kaum dan pertumbuhan ekonomi mapan, akan terus memainkan peranan penting dan unik di pentas antarabangsa dan serantau. 


"Kami mengalu-alukan sumbangan penting Malaysia melalui hubungan antarabangsa dan dasar luarnya ketika dunia mengalami perubahan besar dan pesat," kata Arunrasmy, yang juga Duta Besar Kemboja ke Malaysia. 
Anggota masyarakat diplomatik juga mengiktiraf sumbangan penting Malaysia melalui kerjasama antarabangsa, sebagai anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan penggiat utama dalam Asean serta kumpulan serantau lain seperti Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). 

Di samping mengagumi kedudukan Malaysia yang terus-menerus mendapat penghormatan sejagat, beliau juga menyampaikan penghargaan masyarakat antarabangsa terhadap peranan membina yang dimainkan negara ini. 

Bagi pihak perwakilan asing di Malysia, Arunrasmy menyembahkan ucapan tahniah dan ucap selamat mereka kepada Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong dan seluruh anggota keluarga diraja serta mendoakan kesejahteraan mereka. 
Anggota masyarakat diplomatik juga mendoakan agar rakyat Malaysia akan terus menikmati kemakmuran, keharmonian dan keamanan. 

Terdahulu, beliau mengucapkan syabas kepada Malaysia atas kejayaannya mengadakan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei dan mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mendapat mandat baharu daripada rakyat. 

"Kami yakin kerajaan Malaysia akan memenuhi kepercayaan besar yang diberi oleh rakyat," katanya. - BERNAM

Tiada ulasan: