PASIR PUTEH - Kerajaan pusat, melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, memperuntuk RM600,000 setiap tahun bagi membantu 35,000 belia menjalankan pelbagai aktiviti, termasuk bidang keusahawanan.
Pengarah JPP Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha berkata,
- daripada jumlah itu, sebanyak RM500,000 adalah bagi membantu 10 majlis belia jajahan (MBJ) dan bakinya untuk Majlis Belia Negeri (MBN)
- Ini menunjukkan kerajaan pusat tidak mengabaikan golongan belia di Kelantan walaupun negeri ini di bawah parti pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara dan Anugerah Belia peringkat negeri di Pantai Bisikan Bayu hari ini.
- memberi jaminan persatuan belia negeri ini tidak akan dianak tiri meskipun kerajaan pusat yang diterajui Barisan Nasional gagal merampas Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lepas.
Pada majlis itu, Persatuan Belia Felda Kemahang, Tanah Merah merangkul Anugerah Kecemerlangan Belia Kelantan untuk membawa pulang hadiah RM10,000 manakala Tokoh Belia Lelaki Saupi Tengah dari MBJ Kuala Krai dan Tokoh Beliawanis Zuraihah Muhamad masing-masing menerima RM3,000.
KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menyambut baik pasukan Kabinet baru 2013 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dua hari lalu dan mari kita lihat saranan Beliau.
KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menyambut baik pasukan Kabinet baru 2013 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dua hari lalu dan mari kita lihat saranan Beliau.
- Ahmad turut menggesa Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan yang mengkategorikan tiga perihal utama iaitu senarai persekutuan, negeri dan bersama, perlu terus dihormati untuk kebaikan semua pihak khususnya rakyat Kelantan.
- Beliau turut menyokong kenyataan perdana menteri yang dilihat mempunyai hak untuk memilih sesiapa sahaja menganggotai Kabinet beliau sesuai dengan peruntukan di bawah Perkara 43 (2) (B) Perlembagaan Persekutuan.
- Beliau menyambut baik kenyataan perdana menteri yang menyebut bahawa Kabinet baru ini sebagai satu transformasi kerana apa yang paling penting tentunya transformasi sikap dan mentaliti, bukan hanya menggantikan wajah lama sahaja.
- Beliau juga berharap agar pasukan baru ini dapat 'mewajahkan' semula kerjasama di antara kerajaan Kelantan dan Pusat sesuai dengan semangat federalisme yang termaktub di dalam Perlembagaan,” katanya menerusi kenyataan media semalam.
- Beliau yang juga Exco Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan turut mengucapkan selamat bertugas kepada anggota Kabinet yang baru untuk mentadbir negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan