Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 13 Mei 2013

SEJARAH HITAM SELANGOR BAKAL BERULANG APABILA KHALED AKAN ANGKAT SUMPAH SEBAGAI MB SELANGOR BESOK


Sejarah bakal berulang apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pagi esok.
Perkara ini disahkan seorang pegawai di Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor.
Perkembangan ini sekali gus menamatkan teka-teki dan spekulasi yang berlarutan selama seminggu tentang siapa pemimpin daripada gabungan parti Pas, PKR dan DAP (PR), yang akan mengisi kerusi menteri besar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei.
Abdul Khalid ketika ditemui pemberita selepas menghadap Sultan Selangor di luar pintu masuk utama Istana Bukit Kayangan di sini berkata, barisan baru exco kerajaan negeri Selangor akan dibuat selewatnya-lewatnya dalam tempoh dua minggu.

"Senarai barisan exco dah ada. Sasaran kami, paling lebih dua minggu, paling awal seminggu exco baharu akan dilantik," katanya.

Agak-agaknya sampai bilakah masaalah-masaalah sosial seperti rumah urut dan pusat2 judi serta janji-janji yang tak tertunai ni nak selesai kalau orang yang terang-terang mengatakan Menefestor bukan janji ni masih mengetuai kerajaan Negeri Selangor dan bagaimana lah nasib anak bangsa ku selepas ini...

Tiada ulasan: