Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 14 Mei 2013

CARILAH DAN CONTOHILAH ULAMAK2 MUKTABAR DAN BERSATULAH SESAMA UMAT ISLAM


Dikatakan ulama, dikatakan warak dan pewaris nabi tetapi mulutnya sering mencela, memaki dan menghina serta menghukum sesama Islam.

Rasulullah SAW bersabda

Maksudnya : “Bukanlah seorang mukmin orang yang suka mencela, suka melaknat dan yang keji (samada perkataannya atau perbuatannya) dan yang kotor mulutnya (sekalipun perkataanya itu benar)”. 

(Hadis riwayat Tirmizi dan beliau berkata: Hadis hasan gharib dan al-Albani menganggapnya sahih).



Ujub terjadi apabila seseorang memperkecilkan dosa dan kesalahannya serta melupakan sebahagian besar daripadanya. Sikap meremeh dan ‘menyerang’ orang lain adalah salah satu aspek ‘ujub yang paling menonjol daripada sifat ‘ujub.

Sufyan at-Tsauri memberi peringatan tentang fenomena ‘ujub dengan mengatakan:

Sifat ‘ujub adalah kekaguman pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjatnya dari saudaramu, pada hal boleh jadi kamu tidak beramal dengan benar seperti dia, atau barangkali ia lebih wara’ darimu terhadap perkara-perkara yang diharamkan Allah, dan lebih bersih amalannya.

Surah Al-Baqarah ayat 8-9 yang bermaksud bahawa – Dan di antara manusia ada yang berkata”Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya diri sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

Tiada ulasan: