Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 13 Mei 2013

Pemandu teksi didenda RM1,000 kerana rosakkan bendera BN


KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini selepas mengaku bersalah merosakkan 90 bendera Barisan Nasional (BN) bulan lepas.


Majistret Ayuni Izzati Sulaiman turut memerintahkan Mohd Yusri Yahaya, 33, menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.
Bagaimanapun, Mohd Yusri menjelaskan denda itu.
Sebelum menjatuhkan hukuman itu, Ayuni sempat menasihati tertuduh agar tidak mengulangi perbuatannya kerana walaupun perkara sebegini dilihat sebagai perkara yang mudah tetapi akibatnya sampai masuk ke mahkamah.
"Harap jadikan perkara ini sebagai pengajaran, insaf dan tidak buat lagi,” katanya.
Mohd Yusri didakwa melakukan khianat dengan mematah dan mencampakkan 90 helai bendera BN yang berada di bawah kawalan Ketua Umno Cawangan Sri Merpati, A.Rahim Md Deris, 60, dengan anggaran kerugian RM500 di tepi jalan Pandan Indah, berhadapan Masjid Indah, Ampang Jaya dekat sini pada jam 4 petang, 9 April lepas.

Tiada ulasan: