Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 13 Mei 2013

Tindakan tegas jika sertai perhimpunan haram di Kuantan esok


KUANTAN - Polis Pahang memberi amaran akan bertindak tegas terhadap mereka yang menyertai perhimpunan haram bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13, yang dirancang diadakan di Taman Mahkota Aman di sini, esok.


Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Asisten Komisioner Anuar Osman berkata, setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang notis atau permohonan daripada pihak penganjur untuk memaklumkan mengenai perhimpunan itu.
"Saya ingin menasihatkan agar orang ramai tidak menyertainya berikutan terdapat kebimbangan perhimpunan itu akan menimbulkan suasana tegang dalam kalangan peserta,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tiada ulasan: