Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 27 Mei 2013

LIMA LELAKI HILANG KETIKA MENCANDAT SOTONG DISELAMATKAN !!!


PASIR PUTEH, 27 Mei  Lima lelaki yang hilang di laut ketika
mencandat sotong Jumaat lalu diselamatkan nelayan warga Thailand malam tadi
setelah bot mereka kehabisan minyak lalu hanyut dari pantai Tok Bali di sini
hingga ke perairan negara jiran.
Mohd Fadzuan Suhaimi, 25, dari Kampung Dalam Rhu, Tumpat, berkata kejadian
itu membuatkan beliau serik untuk turun ke laut selepas berdepan detik
mencemaskan apabila bot mereka dilambung ombak berikutan keadaan laut yang
bergelora dan angin kencang.
"Memang rasa takut sangat kerana ombak kuat, angin bertiup kencang. Bot yang
digunakan pula kecil," katanya selepas dibawa pulang oleh pasukan Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ke pangkalan APMM Tok Bali di sini hari
ini.
Empat orang lagi ialah adiknya, Mohd Firdaus, 18, sepupu mereka Mohd Osman
Mohamad, 36, dari Kampung Morak, Mazlan Mohamad, 44, dari Wakaf Che Yeh, dan
pemandu bot, Mohd Masdi Che Hassan, 39, dari Kampung Pantai Cahaya Bulan, Kota
Baharu.
Zaiton Darmedes, 45, ibu kepada dua beradik itu berkata: "Mohd Fadzuan suka
memancing di laut dan tak pernah beritahu saya mengenai kegiatannya sehinggalah
pada hari kejadian, Mohd Fadzuan turut membawa adik bongsunya, Mohd Firdaus
untuk turut serta memancing.
-- LAGI
HANYUT-JUMPA 2 (AKHIR) PASIR PUTEH
"Saya ingatkan Mohd Firdaus ke kafe siber untuk melayari Internet
sehinggalah diberitahu kakaknya Mohd Firdaus keluar memancing bersama abangnya,"
katanya.
Turut melancarkan gerakan mencari termasuk Polis Marin Diraja Thailand,
Polis Marin Pengkalan Kubor, tiga buah bot dan sebuah pesawat jenis bombardier
milik APMM serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan.
BERNAMA

Tiada ulasan: