Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 9 April 2013

Semua pelajar sekolah mungkin dibekal komputer riba pada 2014



KLANG - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, kerajaan akan melihat bagaimana untuk membekalkan komputer riba kepada setiap pelajar sekolah di seluruh negara mulai tahun hadapan.
Beliau berkata, perkara itu mesti dilaksanakan oleh ke rajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia adalah komitmen kerajaan untuk melaksanakan janji-janjinya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian di Majlis Perjumpaan Khas Timbalan Perdana Menteri dengan warga pendidik Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJKT) di SJKT Simpang Lima di Taman Sri Andalas di sini.
Beliau berkata selain daripada peranan guru, kerajaan juga melihat kepentingan penggunaan teknologi untuk meningkatkan pencapaian pelajar di dalam pendidikan. - Bernama

Tiada ulasan: