Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 9 April 2013

NGO gesa Majlis Fatwa ambil tindakan segera terhadap Nik Aziz("sindrom hukum secara umum")




KUALA LUMPUR - Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengambiltindakan segera ke atas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kebelakangan ini mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh memesongkan akidah dan memecah-belahkan umat Islam, gesa beberapa badan bukan kerajaan (NGO).


Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, isu melibatkan akidah umat Islam terutamanya sengaja menanam kebencian,
tidak boleh dibiarkan kerana ia akan memecah-belah umat.
"Sikap seperti ini seolah-olah nak menyamakan kedudukan kita di tahap malaikat dan seperti nak mengambil alih tugas malaikat yang menulis setiap amalan kita.
"Jangan sibuk nak menghukum amalan atau ibadat orang Umno kerana yang menentukannya hanya Allah," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan meneliti segera semua kenyataan Mursyidul Am Pas itu.
Menyifatkan tindakan Nik Abdul Aziz itu sebagai "sindrom hukum secara umum", Fathul Bari berkata, Menteri Besar Kelantan itu tidak sepatutnya menggunakan agama untuk tujuan politik.
Pengerusi Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Fadlan Mohd. Othman yang turut bersetuju dengan saranan Muhyiddin berkata, Majlis Syura Pas juga perlu berbincang mengenai perkara itu bagi memutuskan pendirian mereka mengenai setiap kenyataan Nik Abdul Aziz.
"Majlis Syura PAS perlu berbincang mengenai isu ini seperti mereka berbincang dan membuat keputusan isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: