Majlis Pendekar Malaysia (MPM) menyeru seluruh rakyat negara ini agar menolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekutunya di dalam pakatan pembangkang kerana jelas merosakkan akidah Umah apabila banyak isu yng jelas mereka persendakan seperti isu kalimah yang jelas mereka pertahankan
Malah menurut presidennya, Tan Sri Omardin Mauju, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukanlah individu yang mampu untuk mempertahankan kedudukan Islam, Melayu dan raja di negara ini walaupun beliau merupakan seorang Melayu dan beragama Islam.
Katanya lagi, disebabkan Anwar lah DAP mampu ber kuasa di Pulau Pinang selepas parti dominan dalam pakatan pembangkang itu mencapai kemenangan besar dalam Pi lihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada tahun 2008 yang lalu.
"Anwar bukanlah seorang yang boleh pertahankan Islam, Melayu dan raja. Kalau Anwar tiada, DAP tak boleh berkuasa di Pulau Pinang tetapi disebabkab dialah orang Melayu Pulau Pinang terpinggir dan kebajikan mereka diabaikan di bawah pe merintahan DAP.
"Sebab itulah Majlis Pendekar Malaysia mengajak semua rakyat agar menolak Anwar dan beri sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) agar BN terus memerintah negara ini dan mempertahankan kedudukan Islam, Melayu dan raja kita,' katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Perhimpunan Gegar P.044 Parlimen Permatang Pauh MPM di Permatang Pauh di sini malam tadi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan