Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 24 Mac 2013

RM500 juta dari thn lalu hingga kini untuk meningkatkan keupayaan anggota polis dalam menangani penyebaran maklumat salah, maklumat tidak tepat atau fitnah yang mampu menjatuhkan imej polis.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengukuhkan bahagian Teknologi Maklumat (IT) bagi membanteras penyalahgunaan penyebaran maklumat palsu dan fitnah menerusi laman sosial dan internet.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata ini disebabkab penyebaran berkenaan adalah cabaran besar PDRM dalam menangani pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan laman sosial seperti menerusi Facebook, Twitter dan sebagainya untuk aktiviti yang tidak sepatutnya.
“Saya sudah mengarahkan pasukan komunikasi serta bahagian IT di Bukit Aman bagi meningkatkan lagi keupayaan kita untuk memerhati elemen tidak sihat ini,” katanya dalam temu bual di sini.
Justeru itu, PDRM membelanjakan RM500 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun lalu untuk meningkatkan keupayaan anggota polis dalam menangani penyebaran maklumat salah, maklumat tidak tepat atau fitnah yang mampu menjatuhkan imej polis.
“Kita tahu sebelum ini kalau ada kematian di dalam lokap terus orang ramai mengeluarkan fitnah polis bunuh orang kena tahan (OKT) di dalam lokap.
“Ini tidak benar langsung, kalau ada polis yang melebihi kuasa mereka, mereka tetap akan dituduh di mahkamah dan dari dulu lagi kita tidak pernah menyembunyikan perkara ini,” katanya.

Tiada ulasan: