Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 21 Februari 2013

NGO Desak Kepimpinan Pas Nyatakan Pendirian Selari Dengan Majlis Syura Ulama


Kepimpinan tertinggi Pas pusat wajib membuat satu kenyataan Rasmi dan menarik balik segala keputusan yang pernah dibuat bersama dengan kepimpinan Pakatan dan nyatakan dengan jelas, bahawa Pas secara dasarnya tidak bersetuju dengan tuntutan penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam di negara ini secara rasmi.

Pilihanraya ni jgn undi azmin ali.haji hadi.anwar.perosak islam.sebelum berkuasa pun mereka berani ckp dah.mcmmna klu mereka berkuasa,kita dah tau dah umno tu penyamun,takut kita dpt lebih teruk dari penyamun.bahaya depa ni,

Kepimpinan tertinggi Pas pusat wajib membuat satu kenyataan Rasmi dan menarik balik segala keputusan yang pernah dibuat bersama dengan kepimpinan Pakatan dan nyatakan dengan jelas, bahawa Pas secara dasarnya tidak bersetuju dengan tuntutan penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam di negara ini secara rasmi.

Dan perkara ini juga disuarakan oleh beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak Presiden Pas dan Mursyidul Am Pas beserta pemimpin tertinggi Pusat parti tersebut untuk membuat kenyataan rasmi bahawa Pas menarik balik persetujuan bersama dengan kepimpinan Pakatan Pembangkang yang lain berhubung isu membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah secara rasmi di negara ini selaras dengan keputusan majlis syura ulama Pas.


Perkara ini dilontarkan oleh 
Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar dan beliau berharap   pengumuman rasmi seperti itu akan dapat menjelaskan kekeliruan di kalangan masyarakat yang selama ini sudah sedia terkeliru dengan kenyataan dolak dalih pemimpin tertinggi Pas dalam isu ini.


“Namun saya kurang yakin Pas mampu untuk menyatakan pendirian secara rasminya serupa dengan pandangan majlis syura ulama Pas. Ini kerana kepimpinan Pas hari ini lebih mementingkan persahabatan demi kuasa mereka dengan DAP berbanding untuk mempertahankan soal-soal akidah seperti dalam isu kalimah Allah ini,
Manakala menurut Presiden Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKKDAS), Rosdi Long pula berkata, antara sebabnya tidak ada sebarang kenyataan rasmi daripada pucuk pimpinan jawatankuasa pengurusan Pas disebabkan pemimpin tertinggi Pas melihat isu kalimah Allah ini dari sudut politik dan bukannya sudut akidah.
“Manakala majlis syura ulama Pas pula melihat isu kalimah Allah ini sebagai isu akidah yang tidak boleh dikompromi. Sebab itu kita lihat sehingga hari ini, tidak ada sebarang kenyataan rasmi daripada jawatankuasa pengurusan tertinggi  Pas berkenaan isu tersebut kerana mereka berpandangan perkara ini adalah isu politik semata-mata.
“Selain itu, pemimpin tertinggi Pas juga ingin menjaga hati kepimpinan DAP dan PKR kerana bimbang ia boleh mengganggu gugat pakatan mereka dan seterusnya boleh menjejaskan kepentingan politik mereka pada PRU yang akan datang,”
Ekoran itu katanya lagi, Pas seterusnya bertindak menyalahkan UMNO dalam isu ini dengan menuduh UMNOlah yang membesar-besarkan isu itu untuk memburukkan imej parti tersebut.
“Saya berpendapat sekiranya tidak ada sebarang perubahan dari pendirian Pas berhubung isu ini maka Datuk Harun Din dan ulama yang bersependapat dengan beliau perlu menarik diri dan keluar dari Pas kerana jelas parti tersebut sanggup untuk menggadaikan soal akidah demi kepentingan kuasa dan undi,

Tiada ulasan: