Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 15 Februari 2013

NASHARUDIN BAKAL MENTERI PERTAMA KEMENTERIAN KEMAJUAN AGAMA ISLAM MALAYSIA!!



Masih ingatkah kita pada Pejuang Islam yang tak henti2 dengan usaha murni menyatukan Umat Islam didalam Negara kita ini.dahulu para penyokong Pas sangat menyanjung Beliau Tapi sekarang Beliau dihina dan dicaci atas Perjuangannya menegakkan Syiar Islam di Negara kita itulah perjuangan Beliau iaitu memartabatkan Islam sesuai dengan peruntukan perlembagaan yang meletakkan agama ini sebagai agama persekutuan tercapai apabila kabinet memutuskan bersetuju mengangkat taraf Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) sebagai satu kementerian baru.

JAKIM yang selama ini diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan Dato Seri Jamil Khir mengetuai jabatan tersebut (bertaraf menteri) bolehlah kini melebarkan sayap dan peranannya lebih jauh apabila kabinet memutuskan kenaikkan taraf JAKIM sebagai sebuah kementerian dan tindakan ini dilihat tepat pada masanya.

Persoalan mengenai agama Islam sebagai agama rasmi seringkali menjadi polemik politik apabila sebuah lagi parti yang menggunakan sentimen ke-Islaman iaitu PAS dilihat tidak berupaya menekan parti perikatan mereka terutamanya DAP dalam mengangkat agama Islam sejajar dengan kedudukannya di dalam perlembagaan.

Nasharuddin Mat Isa, bekas timbalan presiden PAS yang baru dilucutkan dari majlis syura baru-baru ini dikhabarkan bakal dilantik sebagai menteri pertama kementerian kemajuan agama Islam dan ia akan dilakukan sewaktu parlimen terbubar secara otomatis mengikut peruntukan perlembagaan.

Bolehkah ia (lantikan) dibuat? 

Baca pandangan menarik di SINI
sumber sahabat PM Jawa bernam blogspot.

Tiada ulasan: