Putrajaya: Kerajaan akan menghantar pulang kumpulan lebih 100 orang yang didakwa sebagai penyokong Kesultanan Sulu dalam masa terdekat dan tidak akan berkompromi dengan hak serta keselamatan rakyat Sabah.
Pada masa sama, polis menamatkan rundingan dengan kumpulan itu semalam dan dalam proses menghantar mereka pulang selain tidak melayan dua tuntutan mereka kerana tidak dilakukan menerusi saluran betul.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, tuduhan bahawa kerajaan berkompromi dengan kumpulan berkenaan tidak benar sebaliknya kerajaan mencari jalan terbaik bagi memastikan tiada pertumpahan darah melalui perbincangan yang dilakukan.
Dihantar pulang
Kerajaan daripada awal lagi tidak akan berkompromi dengan keselamatan Sabah dan rakyatnya, malah kita dalam proses menghantar pulang mereka yang terbabit ke negara asal, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Program Jelajah Anak Malaysia-Transformasi Rakyat di sini semalam.
Kelmarin polis mengesahkan kumpulan penceroboh memakai seragam tentera yang memasuki Lahad Datu sebelum berkampung di sebuah surau di Kampung Tandou sejak Selasa lalu, adalah daripada keturunan Sultan Sulu dari selatan Filipina.
Di Kota Kinabalu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid, berkata rundingan dengan kumpulan terbabit sudah ditamatkan dan polis juga tidak akan melayan dua tuntutan mereka kerana ia tidak dibuat mengikut saluran betul.
Kita sudah bercakap dengan kumpulan terbabit dan kini dalam proses mengusir mereka pulang ke negara asal. Ia (pengusiran) akan dilakukan dalam masa terdekat.
Selain itu, kami akan melihat pelbagai aspek persekitaran dan keselamatan termasuk keadaan cuaca yang tidak menentu dengan ombak bergelora ketika ini sebelum mereka dihantar pulang, katanya selepas mengadakan tinjauan mesra sempena Ops Selamat di Jesselton Point semalam.
Ditanya sama ada kumpulan terbabit bersetuju dengan tindakan polis menghantar pulang mereka, Salleh menegaskan, proses itu tetap dilakukan kerana kumpulan terbabit masuk ke negeri ini secara haram.
Beliau turut menafikan khabar angin pihaknya ada membuat rundingan dengan individu didakwa Sultan Sulu yang kononnya ke Lahad Datu untuk bertemu kumpulan itu.
Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang kenyataan palsu di internet khususnya laman sosial, katanya.
Pada masa sama, polis menamatkan rundingan dengan kumpulan itu semalam dan dalam proses menghantar mereka pulang selain tidak melayan dua tuntutan mereka kerana tidak dilakukan menerusi saluran betul.
Dihantar pulang
Kerajaan daripada awal lagi tidak akan berkompromi dengan keselamatan Sabah dan rakyatnya, malah kita dalam proses menghantar pulang mereka yang terbabit ke negara asal, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Program Jelajah Anak Malaysia-Transformasi Rakyat di sini semalam.
Kelmarin polis mengesahkan kumpulan penceroboh memakai seragam tentera yang memasuki Lahad Datu sebelum berkampung di sebuah surau di Kampung Tandou sejak Selasa lalu, adalah daripada keturunan Sultan Sulu dari selatan Filipina.
Di Kota Kinabalu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid, berkata rundingan dengan kumpulan terbabit sudah ditamatkan dan polis juga tidak akan melayan dua tuntutan mereka kerana ia tidak dibuat mengikut saluran betul.
Kita sudah bercakap dengan kumpulan terbabit dan kini dalam proses mengusir mereka pulang ke negara asal. Ia (pengusiran) akan dilakukan dalam masa terdekat.
Selain itu, kami akan melihat pelbagai aspek persekitaran dan keselamatan termasuk keadaan cuaca yang tidak menentu dengan ombak bergelora ketika ini sebelum mereka dihantar pulang, katanya selepas mengadakan tinjauan mesra sempena Ops Selamat di Jesselton Point semalam.
Ditanya sama ada kumpulan terbabit bersetuju dengan tindakan polis menghantar pulang mereka, Salleh menegaskan, proses itu tetap dilakukan kerana kumpulan terbabit masuk ke negeri ini secara haram.
Beliau turut menafikan khabar angin pihaknya ada membuat rundingan dengan individu didakwa Sultan Sulu yang kononnya ke Lahad Datu untuk bertemu kumpulan itu.
Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang kenyataan palsu di internet khususnya laman sosial, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan