Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 8 Mei 2013

Polis Akan Sentiasa Memantau Perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat Kerana Polis Tidak Menerima Sebarang Notis Dari Penganjur


Satu perhimpunan telah dirancang oleh pakatan pembangkang bagi memprotes keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang kononnya tidak adil dan melalui satu maklumat bahawa penganjur sudah mendapatkan kebenaran untuk menggunakan stadium Kelana Jaya daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) di Petaling Jaya namun tiada sebarang notis dikemukakan kepada pihak polis.  
Polis Selangor mengesahkan sehingga hari ini mereka tidak menerima sebarang notis permohonan daripada pihak penganjur yang dijangka mengadakan perhimpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat' di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya, malam ini.
"Kami difaham
kan perhimpunan itu dijangka dimulakan pukul 8.30 malam ini tetapi saya mengesahkan tiada permohonan atau notis dikemukakan kepada polis setakat ini.
"Pihak penganjur sepatutnya tahu undang-undang kerana saya percaya mereka sendiri mempunyai peguam masing-masing yang seharusnya tahu permohonan atau notis perlu dikemukakan 10 hari sebelum perhimpunan hendak diadakan," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.
Hasanuddin yang ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa perhimpunan itu dijangka menukar lokasi ke Stadium Malawati, di sini pula memberitahu, polis tidak ada maklumat mengenainya.
"Polis akan memantau dan mengambil tindakan susulan terhadap mereka sekiranya mereka masih berdegil untuk meneruskan perhimpunan itu yang jelas melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012," ujarnya.
Psssttt; Sejak bila Pakatan Pembangkang ini pandai meniru moto yang dicipta BN ni....

Tiada ulasan: