Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 19 Februari 2013

HAJI HADI JANGAN RETORIK DAN MENIPU LAGI !!!!!!



KUALA LUMPUR, 18 Feb – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan ugutan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang untuk keluar dari Pakatan Pembangkang hanyalah satu kenyataan retorik politik semata-mata,  bagi memulihkan imej parti tersebut di kalangan ahli dan penyokong parti tersebut.
Beliau  berkeyakinan,  bahawa hakikatnya Pas tidak akan meninggalkan kerjasama dengan DAP memandangkan parti tersebut amat memerlukan sokongan daripada bukan Melayu bagi merealisasikan cita-cita dan impian mereka untuk memenangi PRU ke 13 kali ini.
“Namun bagi saya, apa yang terbaik ialah ahli-ahli Pas secara beramai-ramai perlu keluar dari parti bagi menyedarkan kepimpinan mereka bahawa perjuangan Pas kini sudah tersasar dari hala tuju dan matlamat penubuhan parti tersebut.
“Jika mahu diharapkan kepimpinan tertinggi Pas untuk membuat keputusan keluar parti, jangan haraplah kerana kepimpinan Pas hari ini lebih mementingkan undi dan kepentingan politik berbanding dengan prinsip perjuangan parti,
Jelasnya lagi, dalam senario politik parti tersebut hari ini sudah ada bibit-bibit penolakan dan pemberontakan di mana pada setiap hari ada saja di kalangan ahli-ahli Pas yang membuat demonstrasi, bagi menyatakan bantahan mereka terhadap keputusan kepimpinan tertinggi Pas terutamanya dalam isu kalimah Allah.
“Biarpun ia terdiri daripada kumpulan-kumpulan kecil, namun ia merupakan satu petanda bahawa rasa tidak puas hati sudah mula menular di kalangan ahli-ahli akar umbi berhubung sikap dan pendirian Pas sejak menyertai Pakatan dan bergabung dengan DAP.
“Saya yakin, sekiranya tidak ada sebarang  perubahan pada Pas hari ini, perkara ini akan berlarutan sehingga akan menyebabkan perpecahan yang teruk berlaku di dalam Pas antara penyokong kepimpinan ulama dan golongan yang menyokong pemikiran Anwarinas di dalam parti tersebut.
“Akibat dari kepentingan peribadi dan politik kepimpinan tertinggi Pas hari ini, yang menjadi mangsa adalah ahli-ahli Pas itu sendiri. Sebab itu saya tegaskan bahawa ahli-ahli Pas perlu meninggalkan parti itu secara beramai-ramai supaya dapat membuka mata kepimpinan tertinggi Pas bahawa prinsip dan dasar Pas hari ini bersama Pakatan tidak dipersetujui ramai,” jelasnya lagi.
Sementara itu, beliau turut menegaskan bahawa tidak ada sebarang keuntungan kepada Pas dalam kerjasama mereka di dalam Pakatan lebih-lebih lagi hubungan parti tersebut dengan DAP.
“Tidak ada untungnya Pas menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PKR. Akibat kerjasama itu, prinsip dan hala tuju parti tersebut mula bertukar sehingga menyebabkan ahli dan penyokong sudah mula tidak percaya kepada kepimpinan tertinggi parti.
“Malah, hari ini kita lihat sudah ada beberapa cawangan Pas yang dibubarkan akibat ahli-ahli bertindak keluar parti kerana membantah sikap kepimpinan Pas yang dilihat hanya menurut apa saja kata DAP.
“Manakala mana-mana pemimpin yang tidak bersetuju dengan pendirian pemimpin tertinggi Pas, akan tersingkir atau dipecat seperti yang berlaku kepada Ustaz Nasha dan Dr Hassan Ali. Bagi saya, kerjasama Pas dengan DAP langsung tidak menguntungkan parti itu, bahkan bakal menyebabkan Pas berpecah belah pada masa akan datang,” akhirinya.
SOS UMNO ONLINE

Tiada ulasan: