Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 20 Disember 2012

NIK AZIZ PERLEKEH MUFTI !!!!! PATUT KAH DIA BERBUAT BEGITU ?


kepimpinan Pas sepatutnya bermuhasabah diri dan tidak melenting dengan seruan Mufti Perak itu kerana kenyataan tersebut dibuat semata-mata untuk kebaikan ummah, dan untuk mengelakkan perpecahan terus berlaku di kalangan umat Islam hanya kerana perbezaan ideologi politik.
Tindakan Pas menyerang kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria apabila beliau meminta agar parti tersebut menarik balik amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada April 1981 yang mengkafirkan ahli UMNO jelas memperlihatkan sikap kepimpinan parti tersebut yang sombong dan bersikap asyobiyah.
Menurut Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar, tindakan Pas menyerang kenyataan tersebut juga secara tidak langsung memperlihatkan keegoan kepimpinan parti tersebut dengan menganggap pemikiran dan pegangan mereka sahaja yang betul serta memperlekehkan pandangan pihak lain.
“Seruan Mufti Perak yang mewakili mufti-mufti lain yang berkongsi pendapat yang sama  adalah berdasarkan situasi semasa, di mana lantaran fatwa tersebut maka sudah puluhan tahun umat Islam di negara ini jadi berpecah belah.
“Pas tidak boleh nafikan, memang wujud perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini ekoran fatwa dan kenyataan yang keluar dari mulut kepimpinan Pas seperti Amanat Haji Hadi itu,
Tambahnya lagi, begitu banyak bukti yang memperlihatkan berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam, contohnya isu solat dua imam,  isu tidak boleh makan sembelihan orang UMNO, isu melarang berkahwin dengan orang UMNO, isu berjihad dan mati syahid sekiranya menentang UMNO sehingga tercetusnya peristiwa Memali dan bermacam-macam lagi.
Sebab itu jelasnya, Pas perlu membuat kenyataan untuk menarik balik sebarang fatwa dan amanat yang boleh memecahkan belahkan ummah demi perpaduan umat Islam di negara ini.
Tambahnya lagi, kepimpinan Pas sepatutnya bermuhasabah diri dan tidak melenting dengan seruan Mufti Perak itu kerana kenyataan tersebut dibuat semata-mata untuk kebaikan ummah, dan untuk mengelakkan perpecahan terus berlaku di kalangan umat Islam hanya kerana perbezaan ideologi politik.
“Namun nampaknya hari ini Pas tidak dapat menerima sebarang teguran yang ikhlas dan sentiasa bersikap syak wasangka malah menuduh Mufti Perak dan lain-lain mempunyai kepentingan tertentu termasuk menyebelahi UMNO dan kerajaan.
“Malah kepimpinan Pas sedikit pun tidak menegur pengikut dan ahli-ahli mereka yang sesuka hati memaki hamun Mufti Perak atau mana-mana ulama dan ilmuan Islam sebelum ini hanya kerana memberikan pandangan yang berbeza dari pegangan Pas.
“Ini memperlihatkan sikap taksub dan asyobiyah Pas di mana apa saja yang kepimpinan mereka lakukan, ia benar belaka dan apa yang orang lain lakukan semua silap belaka.Sekiranya benar Pas sebuah parti yang ingin mendaulatkan Islam, apakah sikap termasuk dalam ajaran Islam dan akhlak yang diajar oleh Nabi Muhammad saw?,” soalnya tegas.
Tan Sri Harussani di dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini berpendapat bahawa Pas wajib menarik balik Amanat Haji Hadi ekoran amanat tersebut telah memecah belahkan umat Islam di negara ini.
Pendapat beliau itu turut disokong oleh Mufti Wilayah, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang turut meminta Pas agar menarik balik kenyataan tersebut. -

Tiada ulasan: