Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 29 November 2012

Penyelewengan PAS Terhadap Akidah Umat Islam BENARKAH...?



Pas membenarkan Kalimah SUCI diguna pakai Kristian
Perkara inidiambil remeh oleh pengikut2 setia Pas walhal perkara ini melibatkan Akidah kita sebagai Umat Islam sewajibnya kita menggunakan Akal yang waras untuk menolak ajaran yang di bawa oleh pemimpin Pakatan Rakyat khususnya Pas
Isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini

seharusnya ditangani dengan bijak. Perbincangan ilmiah dengan memahami maksud tersurat dan tersirat terhadap tuntutan ini harus diselami oleh semua pihak. Kalimah Allah merupakan kalimah suci yang melambangkan Islam itu sendiri. Umat Islam semestinya mempertahankan penggunaan kalimah ini  agar tidak tersasar dari maksud sebenar. Ia adalah  kewajipan bagi umat Islam dalam mempertahankan kesucian  Islam itu sendiri.

Sedangkan fakta-fakta tentang 

Allah di dalam al-Quran amat konsisten dan tidak pernah berubah-ubah. 

Surah al-Ikhlas menyebut dengan jelas siapakah ‘Allah’ yang sebenar.


Allah 

SWT berfirman:

Maksudnya:  Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah yang
Maha Esa; “Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon 
sebarang hajat;  “ Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;  “Dan 
tidak ada sesiapapun yang setara denganNya”. 
Sehubungan itu, al-Quran mengajar umat Islam apabila berlaku 
pertembungan antara Islam  dengan ahli kitab (Yahudi dan Kristian), 
menjadi tanggungjawab umat Islam  menyeru mereka  supaya menerima 

konsep ‘Allah’ sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran tersebut. Allah

SWT berfirman berkenaan hal ini di dalam surah Ali Imran ayat 64:

Maksudnya:  Katakanlah (wahai Muhammad):  “Wahai Ahli Kitab, marilah
kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita 
semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak  sekutukan 
denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita 
mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang 
dipuja dan didewa dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli 
Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: 
“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.


Persoalannya adakah Gereja Katolik bersedia untuk mempertimbangkan
seruan al-Qur’an untuk menggunakan kalimah  ‘Allah’ dengan merujuk 
kepada hakikat yang sama iaitu Tuhan Yang Maha Esa tanpa sebarang 
sekutu bagi-Nya?



Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan 
bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam 
sahaja.


Pandangan Tokoh Ulama Luar Negara

Pandangan Wakil al-Azhar (Timbalan Syeikh al-Azhar) dan Ketua Lajnah
Dialog Antara Agama al-Azhar, Fadhilat al-Syeikh Abdul Fattah ‘Allam



Beliau berpendapat bahawa tindakan kerajaan Malaysia menegah penggunaan
kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat. Ini kerana kalimah Allah
tidak boleh disamaertikan dengan kalimah Rabb yang membawa makna Yang
Mewujudkan. Sebagaimana maklum penganut bukan Islam menamakan sebarang
tuhan yang mereka sembah seperti batu, haiwan, matahari dan lain-lain sebagai
Allah. Hal ini sudah tentu amat tidak wajar sama sekali dan menyalahi maksud
kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur’an dan alHadith.

Pandangan Penasihat Undang-undang Kementerian Kehakiman Arab Saudi,
Syeikh Abdul Muhsin al-‘Abikan



Beliau  berpendapat bahawa pendekatan Kerajaan Malaysia ini adalah bertujuan
untuk mengelakkan daripada penyalahgunaan nama  ‘Allah’ melainkan hanya 
kepada Yang Maha Pencipta (tuhan yang sebenar ). Ia kerana terdapat agamaagama lain yang juga menggunakan kalimah Allah bagi agama mereka sedangkan 
mereka adalah penyembah berhala, oleh itu nama  ‘Allah’ tidak sepatutnya 
digunakan bagi menggambarkan tuhan-tuhan yang selain-Nya


Tokoh Pergerakan Perlembagaan Islam (Islamic Constitutional Movement)
Kuwait, Syeikh Abdul Hamid al-Ballali
Beliau menyokong penuh keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan 
penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai panggilan bagi tuhan 
mereka. Beliau beralasan bahawa keputusan tersebut amat signifikan bagi 
memelihara maksud istilah sebenar bagi kalimah Allah. Umat yang gagal 
memelihara istilah-istilah agamanya adalah umat yang leka. Sedangkan Allah 
SWT telah mengangkat umat ini sebagai sebaik-baik umat.  
Menurutnya lagi umat Islam perlu sedar banyak istilah-istilah yang berasal 
daripada Islam pada hari ini telah cuba dieksploitasi,  disalahguna atau 
dipesongkan maknanya oleh pihak tertentu. Ianya  seperti istilah  ‘syahid’ yang 
juga digunapakai bagi penganut bukan Islam. Istilah  ‘riba’ yang ditukarkan 
Kenyataan ini dibuat oleh beliau ketika penulis menghadiri Kursus Pengendalian Fatwa dan 
Pengurusan Dakwah dari Mei-Julai 2009.


Fail Cawangan Aqidah JAKIM.
kepada ‘faedah bank’. Istilah ‘khamar’ yang ditukarkan kepada ‘minuman rohani’. 
Istilah  ‘liwat’ yang ditukarkan kepada istilah  ‘hubungan sesama jenis’.


Persoalannya adakah umat Islam sedar tentang fenomena ini sebagaimana
kesedaran yang dipamerkan oleh Kerajaan Malaysia?


Keputusan Kerajaan

Keputusan mesyuarat Kabinet bertarikh 16 Mei 1986 juga telah memutuskan
bahawa perkataan Allah adalah termasuk antara kalimah-kalimah yang dilarang 
penggunaannya oleh mereka yang bukan beragama Islam. Malah penggunaan 
kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif 
buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U (A) 15/82 dan pekeliling KKDN. 
S.59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Manakala  Jemaah Menteri yang 

bermesyuarat pada 3 Januari 2008, memutuskan untuk mengekalkan larangan
tersebut sebagaimana yang pernah diputuskan pada 18 Oktober dan 1 November 
2006.


Kesimpulan

Berdasarkan hujah-hujah yang telah dinyatakan, tiada sebab untuk kerajaan
membenarkan penggunaan kalimah  ‘Allah’ kepada pihak Kristian. Malah 
keputusan kerajaan adalah selari dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan 
yang menobatkan Islam sebagai agama  bagi  Persekutuan. Umat beragama di 
Malaysia telah sedia maklum bahawa sebarang isu yang berkaitan dengan Islam 
sama ada secara langsung atau tidak seharusnya menghormati kedudukan 
istimewa agama Islam dan umat Melayu Islam di negara ini. 




Halal haram Pas tentang hukum hakam Agama Islam menjadi permainan politik kotor mereka untuk meraih undi. Perkara ini dibongkar sendiri oleh bekas penyokong kuat mereka supaya lebih ramai lagi penyokong Pas yang taksub dengan Pas mengambil iktibar serta membuka minda mereka supaya tidak disesatkan oleh parti ajaran sesat itu.
Beberapa perkara HARAM di’fatwa’kan oleh barisan kepimpinan parti ajaran sesat itu seperti berikut:
Kubur pas berbeza dengan kubur yang telah diwartakan oleh kerajaan.
Ahli pas yang meninggal ditanam bukan di tanah perkuburan Islam sebaliknya dikawasan persendirian ekoran kenyataan pemimpin Pas yang menyuruh para penyokong mengkebumikan jenazah di kawasan mereka sendiri. Walhal kerajaan telah menyediakan tanah perkuburan untuk rakyat malahan lebih afdal tanam di tanah perkuburan sedia ada kerana mendapat manfaat hasil doa orang yang menziarahi tanah perkuburan.
 Haram sembahyang berimamkan imam yang dilantik oleh kerajaan.
Penyokong Pas membina surau sendiri seterusnya bersembahyang Jumaat di surau berkenaan. Padahal terdapat masjid di kawasan kariah mereka. Namun hasil ungkapan pemimpin yang sesat terus menyesatkan penyokong yang taksub tanpa menghiraukan hukum hakam.
 Tidah sah bernikah berjurunikahkan kadi yang dilantik oleh kerajaan.
Pasangan Pas yang berkahwin mengakad nikah semula kerana pendapat sesat mereka tidak sah sekiranya kadi kerajaan menjadi jurunikah. Mereka menggunakan khidmat kadi kerajaan untuk mendapatkan sijil kahwin. Seterusnya mereka mengakad dengan kadi Pas kerana nikah itu sah hanya menggunakan khidmat  kadi Pas.
 Haram makan sembelihan orang umno.
Syarat sah sembelihan ialah Islam dan baligh. Tetapi ‘fatwa’ Pas memutarbelitkan hukum malahan sanggup mengharamkan hasil sembelihan Orang Islam selain daripada ahli Pas. Masyallah!!!!!
 Tidak boleh menghadiri kematian orang umno walaupun saudara mara.
Tidak mengira adik beradik, saudara mara, ibu bapa, sepupu ataupun waris terdekat yang menyokong Umno tidak boleh diziarahi ahli Pas ketika meninggal dunia.
Apakah pemimpin Pas tidak berasa bersalah kerana menyesatkan Umat Islam!!!!!!!! 

Tiada ulasan: