INI ADALAH PETIKAN PENUH BERITA SINAR..
KOTA BAHARU - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw berkata, tidak tahu bagaimana boleh timbul isu hukum hudud dipersetujui pakatan pembangkang, sambil menegaskan DAP hanya menerima kedudukan agama Islam sepertimana termaktub dalam perlembagaan negara.
Beliau berkata persetujuan yang dicapai antara DAP dan Pas berkenaan pelaksanaan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan nanti, adalah berdasarkan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.
"Itu banyak kali disebut Haji Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan kita ikut semangat isi kandungan perlembagaan (Malaysia) itu yang disebutkan...saya tak tahu macamana isu lain (hudud) boleh timbul,".
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas perasmian , Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini, hari ini.
Semalam Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib berkata pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan pilihan raya umum ke-13.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berkata isu hukum hudud hanya diperbesarkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
"Menurut ucapan presiden (Abdul Hadi ketika merasmikan muktamar) ia tidak menyatakan begitu (apa-apa yang berkenaan dengan isu hudud). Ia hanya menyebut mengenai negara berkebajikan dan perpaduan," katanya.
Beliau berkata 'negara berkebajikan' tidak boleh dialih bahasa kepada 'welfare state' kerana menurutnya ianya jauh berbeza daripada segi maksudnya.
"Negara berkebajikan Islam ini merangkumi lebih daripada apa yang dikatakan 'welfare state' yang menjurus kepada negara komunis atau negara sosialis. Ianya (negara berkebajikan) lebih berpandukan perpaduan bersama, untuk bawa generasi muda sekarang dan akan datang ke arah yang memberikan kita lebih kemajuan," katanya.
DAP hari ini menerusi Timbalan Pengerusi Kebangsaannya Dr Tan Seng Giaw menyatakan hanya menerima kedudukan agama ISLAM sahaja dan menolak mentah-mentah pelaksanaan Hukum Hudud untuk dilaksanakan di Malaysia.
Semalam Ketua Dewan Ulamak PAS Harun Taib menyatakan pada dasarnya, pembangkang bersetuju untuk menjalankan hukum hudud dijalankan sekiranya pembangkang berjaya memegang tampuk pemerintahan.
Sekali lagi Hukum ALLAH dipergunakan kedua-dua pihak yang bertelagah di dalam satu pakatan. Ternyata permainan politik kedua-dua parti ini dengan menggunakan subjek Hukum ISLAM adalah semata-mata untuk memenangi hati penyokong kedua-dua belah pihak. DAP secara terang-terangan menentang Hukum Hudud. Manakala PAS pula menggunakan hukum HUDUD untuk mendapatkan sokongan masyarakat Islam.
PERSOALANNYA ADAKAH?:
Adakah hukum Hudud benar-benar dapat dilaksanakan sekiranya pembangkang dapat menguasai parlimen atau ianya dijadikan GULA2 UNTUK MEMANCING UNDI RAKYAT
Seringkali kita mendegar pertanyaan2 yang begitu kerap kita dengar dan seringkali juga dibangkit kan oleh golongan Pakatan Pembangkang persoalannya benar kah? dan kenapa dibangkitkan Soalannya berbunyi sebegini "bolehkah kita mengundi untuk Barisan Nasional yang tidak Berlandaskan Islam walhal banyak penerangan dibuat mengapa sesuatu undang2 itu tak dilaksana dan apa kurangnya dengan Pakatan Pembangkang mereka juga mengikut apa yang barisan Nasional lakukan? Mengapa kita tidak mengundi PAS yang mahukan Islam kononnya?".
Satu soalan yang mengandungi "self-contradiction", dan dibuat berdasarkan andaian dan persepsi semata-mata.
Untuk menjawab soalan diatas, saya pula nak mengajukan beberapa persoalan pada Para penyokong Pakatan Pembangkang dan soalan-soalan berbunyi seperti berikut:
1. Islam kah parti yang redho kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian dlm bentuk triniti?hendakkah kita jadi seperti ini,bayangkan kalau kita berjalan2 anak kita bertanya kat masjid ada perkataan yang serupa dengan ini apa kita nak jawab pada anak kita kalau mereka bertanya banyaknya tuhan kita yer...jangan sampai perkara yg berlaku di indonesia ni berlaku diMalaysia pula suatu hari nanti
2. Islam kah parti yang mengamalkan sumpah talaq tiga terhadap bini sendiri demi menjaga kerusi, jawatan dan kedudukan?
3. Islam kah parti yang dah buang perjuangan Negara Islam dengan alasan rupanya Negara Islam tiada dalam Al Quran?
4. Islam kah parti yang bersetuju tidak mahu menubuhkan Negara Islam dengan rakan sekutunya?malah telah menandatangani surat perjanjian tidak akan melaksanakan selain yang tertulis dalam buku jingga.persoalannya adakah perkataan yang membela islam yang tertulis dalam buku jingga
5. Islam kah parti yang bersetuju tidak menjadikan hudud dasar dalam pemerintahan bersama sekutunya?
6. Islam kah parti yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi?
7. Islam kah parti yang menghalang perhimpunan bersama umat Islam?
8. Islam kah parti yang menghalalkan perhimpunan haram diketuai kafir harbi?
9. Islam kah parti yang memecat exco agamanya tanpa diberi peluang bela diri?
10. Islam kah parti yang memecat exco agamanya yang mahu mempertahankan aqidah umat Islam dan menjaga syariat?
11. Islam kah parti yang menyokong orang yang "menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan Israel"?
12. Islam kah parti yang mengangkat sebagai pemimpin penganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama sama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi dan lain-lain?
13. Islam kah parti yang menjadikan manusia yang tersangat buruk akhlak dan perangainya sebagai calon Perdana Menteri?
14. Islam kah parti yang menjadilkan komunis saperti Mat Indera sebagai idola dan dinobatkan sebagai hero dan wira negara?
15. Islam kah parti yang mengutuk polis dan pasukan keselamatan termasuk anggota Balai Polis Bukit Kepong yang terkorban mempertahankan negara sebagai pengkhianat dan barua penjajah?
Dan banyak lagi kita boleh bariskan disini. Persoalan pokok ialah janganlah kita keliru diantara agama dengan parti, diantara aqidah dengan wadah. Kita kena tahu bezakan agama Islam dengan parti yang melabel diri sebagai Islam.
Adakah mike sanggup memangkah parti yang menegaskan "aku lebih sanggup tidor sebantal dengan Karpal Singh daripada berjemaah satu saf dengan Hasan Ali!!!"?
Ingatlah yop, Islam itu Aqidah, parti itu hanyalah wadah!
Kalau 15 perkara diatas dilakukan oleh mana-mana parti politik, kita bukan sahaja wajib menolaknya, malah ianya adalah satu jihad memerangi, menentang dan mencegah mereka! Wajib bagi kita TIDAK MEMANGKAH mereka dalam mana-mana pilihanraya termasuk PRU13!
Walaupun mereka melabel diri mereka Melayu atau Islam! Walaupun mereka berjubah berserban! Walaupun mereka menjanjikan kita syurga!
Persoalannya, adakah UMNO melakukan semua itu?tepuk dada tanya Iman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan