Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 16 November 2012

PAS Di Minta Berhenti Bohongi Ahli dan Rakyat Tentang Perlaksanaan Hudud dan Negara Islam



Berikutan dengan kenyataanpas hari ini nampak nya jelas Pas cuba  MENIPU Rakyat dengan menjual isu hudud sekali gus ternyata menjual nama Islam demi kuasanya untuk ke Putra Jaya
Mana tidaknya cuba kita imbau kembali Pada 18 Disember 2009, secara sedar kepimpinan tertinggi PAS menandatangani perjanjian persefahaman pakatan antara DAP dan PKR di mana di dalam perjanjian tersebut, sekiranya Pakatan Pembangkang menguasai kerajaan, negara Islam, hudud, Qisas dan takzir tak ada dalam agenda. Mereka sedar tentang perkara itu tetapi kepimpinan PAS tetap menandatangi perjanjian tersebut.ini jelas dan buktinya tersangat lah terang malah video ucapan ketika itu tersebar luas di media
“Saya antara orang yang menyaksikan perjanjian tersebut jelas (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Dato Zulkifli Nordin). Saya tahulah tentang perkara itu. Bahkan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang  berulang kali mengatakan bahawa persepakatan antara PAS, DAP dan PKR tidak termasuk agenda Islam dan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam!,
Sebab itu kata beliau lagi, ahli-ahli PAS perlu membuka mata bahawa segala agenda hudud dan perlaksanaan negara Islam yang diperkatakan saban hari oleh kepimpinan PAS, tidak akan menjadi realiti sekiranya ditakdirkan Pakatan Pembangkang berjaya menguasai pusat pentadbiran Putrajaya.
“Pada saya, ahli-ahli PAS akar umbi dibohongi oleh kepimpinannya sendiri. Sebab itu saya pernah buat kenyataan supaya ahli PAS untuk mendesak mengadakan satu muktamar agung khas untuk membentangkan betul-betul apa perjanjian dan isu-isu berkenaan hal hudud dan perlaksanaan negara Islam.
“Kepimpinan PAS perlu dedahkan kepada ahli akar umbi bahawa di dalam Pakatan Pembangkang bahawa hudud dan negara Islam tidak ada dalam agenda sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi PRU yang akan datang ini. Beritahu pada ahli, bahawa Anwar saebagai ketua pembangkang, berpendirian bahawa tidak akan perlaksanaan hudud dan negara Islam sekiranya mereka berkuasa,” tegasnya lagi.
Tambahnya lagi, sekiranya perkara itu sudah didedahkan kepada ahli akar umbi, maka terpulanglah kepada ahli akar umbi samada untuk menyokong atau tidak keputusan berkenaan isu hudud dan perlaksanaan Islam sepertimana yang diputuskan oleh kepimpinan tertinggi ke tiga-tiga parti di dalam Pakatan Pembangkang.
“Kalau mereka dah tau tentang hal itu, tetapi mereka mahu menyokong juga terpulanglah pada mereka. Apa yang penting, kepimpinan PAS perlu memberitahu secara telus dan jujur tentang pendirian dan perjanjian di dalam Pakatan Pembangkang di dalam isu hudud dan perlaksanaan negara Islam, “ jelasnya.
Beliau juga meminta agar rakyat khususnya ahli PAS agar tidak membuat kesilapan seperti mana yang pernah dilakukan olehnya dan rakan-rakan yang mana secara sembrono dan membabi buta menyokong Anwar Ibrahim.
“Kita kena periksa dululah, samada apa yang kita dengar itu betul atau tidak. Jangan ulang lagi kesilapan saya dan kawan yang menyokong tanpa usul periksa. Hari ini apabila saya mula meneliti dan memeriksa dengan lebih mendalam, semakin lama semakin jelas, begitu banyak benda-benda yang tidak betul berlaku,
SEBENARNYA ORANG PAS CUMA MENIPU DAN JUAL ISU HUDUD SAHAJA INI SATU LAGI PENDEDAHAN MARI LIHAT
Orang Pas Dedahkan Satu Perjanjian Telah Ditandatangani Untuk Menafikan Hudud.

Pimpinan Pas memang cukup fobia kalau dengar nama Cikgu Non.

Cikgu Non adalah a
ntara pejuang Pas yang jenis sanggup syahid dalam perjuangan. Orang seperti ini
sanggup berhabis atau berkorban apa sahaja demi parti. Dia juga adalah pejuang Pas sejak zaman Ibrahim Libya lagi.

Cikgu Non tinggal di Kampung Memali, berdekatan dengan sekolah yang diasaskan oleh Ibrahim Libya.

Sebab apa pimpinan Pas cukup fobia dengan Cikgu Non ?

Cikgu Non adalah antara penggerak utama untuk ibu-ibu tunggal yang suami mereka meninggal dalam kejadian Memali mencari pendapatan bagi meneruskan hidup.

Cikgu Non tahu bagaimana Pas mengutip duit dari orang ramai atas nama Tabung Memali yang mencecah juta-jutaan. Walaupun kutip juta-juta tetapi wang yang sampai kepada ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim tidak seperti sepatutnya.

Setelah melihat wujudnya unsur-unsur penyelewengan dalam menguruskan isu derma itu, Cikgu Non mula bersuara. Mula-mula dia bersuara secara baik atau mengikut saluran parti. Tetapi suaranya tidak dipedulikan. Selepas itu beliau mula lantang bersuara tentang isu berkenaan. Kerana kelantangannya itu akhirnya dia dipecat sebagai ahli Pas seumur hidup.

Selepas dipecat Cikgu Non mula menulis sebuah buku yang menceritakan tentang kisah penyelewengan tabung Memali.

Pas cukup takut dengan buku itu......pernah dalam satu majlis ceramah di Memali petugas-petugas Pas memeriksa satu persatu gerai-gerai di tempat ceramah untuk memastikan buku berkenaan tidak di jual.

Seorang kawan pernah berjumpa dengan Cikgu Non dan dia berkata walaupun telah dipecat oleh Pas namun beliau tetap orang Pas.

Di bawah ini adalah video ucapan Cikgu Non di majlis Wacana mengembalikan Pas kepada perjuangan asal.

Cikgu Non mendedahkan bagaimana Pas telah menandatangani satu perjanjian dengan PKR dan DAP untuk tidak menyentuh hudud dan negara islam jika mereka berjaya menawan negara.

Tiada ulasan: