Laporan ketua Audit Negara telah diumumkan dan mengandungi pengurusan yang lebih baik dari sebelumnya Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini berkata pujian harus diberikan kepada Jabatan Audit Negara kerana telah berjaya memperbaiki beberapa kelemahan.Beliau juga turut membidas beberapa pemimpin pembangkang yang dilihat cuba untuk mempolitikkan laporan yang dibentangkan oleh Jabatan Audit Negara dan menyifatkan, tindakan pemimpin pembangkang itu sebagai cara untuk menembak membuta tuli pihak kerajaan dengan menggunakan laporan audit sebagai asas.
PihakPakatan Rakyat perlu akui mereka sebenarnya tidak mampu untuk mentadbir negeri sebaik kerajaan Persekutuan yang ada masa ini dan sewajarnya mereka lebih fokus pada pentakbiran mereka yang saya lihat terlalu lemah dan kucar kacir membabitkan penyelewengan demi penyelewengan.
Pakatan rakyat seharusnya menjawab segala isu yang masih belum diperjelaskan di setiap negeri dibawah pentadbiran mereka (Pakatan Rakyat) seperti isu berhubung Universiti Selangor (UNISEL) yang kerugian jutaan Ringgit seperti yang kita semua sedia maklum,iaitu keadaan hutang yang semakin bertambun2
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini bercakap demikian selepas diminta memberi reaksi mengenai Laporan Audit Negara 2011 yang telah dibentangkan oleh Jabatan Audit Negara, semalam malah beliau berpuas hati dengan prestasi yang telah dicapai oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan berharap agar pencapaian itu dapat terus dikekalkan.
"(Walaupun mendapat keputusan prestasi yang baik) namun, ia bukan sesuatu pencapaian yang perlu dipandang ringan. Saya berharap pencapaian itu akan terus dikekalkan bahkan menerima peningkatan yang baik dari setiap aspek dan sudut.
"Satu amalan dan budaya kerja bukan sahaja diperingkat kementerian pusat tetapi juga diperingkat negeri dan akar umbi," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata pujian harus diberikan kepada Jabatan Audit Negara kerana telah berjaya memperbaiki beberapa kelemahan.
terima kasih info~KL POS~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan