Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 17 Oktober 2012

BIADAP SUNGGUP BUDAK NI MARI KITA SOKONG HANTAR KE LOKAP...?

Hari ini PM malas nak tulis panjang lebar sebab meluat tengok beruk Pakatan sorang ni yang terang2 bersikap kurang ajar dan melampau

Mohon rakan-rakan berikan sokongan supaya kita sama report kat balai pengkhianat sekor ni sanggup menghina raja2 Melayu kita kebiadapan dia ni dah terlampau sangat hingga sanggup berkata sesuka hati.ini lah pangkhianat  Agama Bangsa dan Negara semoga budak ni mengikut jejak langkah seperti mereka di bawah ini:-
Seramai tujuh pesalah siber telah dihadapkan ke mahkamah dan kebanyakannya atas kesalahan yang melibatkan penghinaan terhadap institusi beraja.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Joseph Salang Gandum berkata semua jenis kandungan rangkaian termasuk dalam rangkaian sosial internet tertakluk kepada undang-undang seperti Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Fitnah 1957, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pihak yang difitnah atau dimalukan boleh mengambil tindakan sivil secara persendirian dengan memfail saman malu ke atas mereka yang didakwa menabur fitnah melalui rangkaian sosial tersebut,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Abu Bakar Taib (BN-Langkawi) di Dewan Rakyat di sini, Khamis.
Abu Bakar ingin tahu mengenai tindakan yang dikenakan ke atas pengendali blog dan lain-lain media massa yang menggunakan media untuk menghina negara dan mencetuskan keresahan di kalangan rakyat.
Salang berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menubuhkan biro aduan yang menjadi pusat menerima semua jenis aduan termasuk penyalahgunaan kemudahan internet.
Katanya, SKMM akan menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab terhadap penyediaan atau penyebaran kandungan yang tidak bertanggungjawab.
Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya domain atau rangkaian yang digunakan berpangkalan di luar negara, maka SKMM memerlukan persetujuan dan kerjasama pentadbir rangkaian tersebut untuk tindakan selanjutnya.
“Kita tidak akan ambil tindakan sewenang-wenangnya jika tiada aduan tentang penyalahgunaan rangkaian daripada segi akaun atau misalnya tentang media sosial berkenaan.
“Sekiranya identiti dapat dikenal pasti maka tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil,” katanya.
Selain itu, Salang berkata KPKK sentiasa menggunakan kaedah tertentu bagi menyemai semangat cintakan negara tanpa mengira fahaman politik, keturunan atau pegangan agama.
“Walaupun kita berkemungkinan tidak sefahaman dalam pegangan politik tapi itu perkara yang lain, kita mesti cintakan negara,” katanya.
Sementara itu, Salang berkata KPKK akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk memilih kandungan yang sesuai kepada murid-murid sekolah selain mendapatkan kerjasama ibu bapa memantau kandungan internet yang dilayari anak-anak mereka.
“Kita bukan menyekat tapi memilih apa yang patut dan tidak patut disebarkan lebih-lebih lagi kepada murid-murid di sekolah rendah kerana mereka senang mengakses maklumat tersebut,” katanya.

Tiada ulasan: