Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Abdul Shahrir Samad berkata Usaha kerajaan untuk menukar status Sekolah Agama Rakyat (SAR) kepada Sekolah Agama bantuan Kerajaan (SABK) secara automatiknya menolak tuduhan pembangkang yang mengatakan sistem pemerintahan negara ini adalah pemerintahan sekular. kerana dalam sistem pemerintahan sekular, kerajaan tidak boleh menggunakan perbelanjaan negara untuk aktiviti keagamaan seperti yang berlaku di negara jiran yang mengamalkan sistem pemerintahan sekular.
Beliau berkata, usaha yang dilakukan itu tidak harus dipolitikkan kerana perkara itu termaktub dalam perlembagaan negara kerana Malaysia mengamalkan pemerintahan demokrasi berperlembagaan yang sudah dilaksanakan sejak merdeka.
Sementara itu, Ahli Parlimen Ledang, Ir Hamim Samuri berkata penukaran status berkenaan tidak harus dipolitikkan kerana ia adalah suatu usaha kerajaan untuk memartabatkan pendidikan negara yang turut meliputi pendidikan agama.
Menurutnya, usaha kerajaan adalah suatu yang baik kerana mampu mempertingkatkan bukan sahaja di peringkat pendidikan malah turut membabitkan prasarana sekolah berkenaan yang bakal diterima oleh pelajarnya yang selama ini hanya menerima bantuan daripada kerajaan negeri., di Johor semua SAR mendapat bantuan daripada kerajaan negeri dan dengan adanya komitmen daripada Kementerian Pendidikan untuk menjadikan SABK, ia adalah satu transformasi yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk tranformasi pendidikan.
Sila lihat video temu bual bersama Datuk Shahrir dan Ir Hamim di youtube hasil rakaman media umno.dibawah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan