Gambar-gambar dibawah ini telah pun tersebar meluas di email-email oleh individu yang tidak dikenali dan ia seakan akan satu mesej yang PM anggap mengenai arahan Husam Musa agar Harakah yang amat dikenali sebagai lidah rasmi Pas agar mengeluarkan satu cerita mengenai Calon PRK N01 ia itu Che Long di muka depa akhbar tersebut. Arahan ini dihantar melalui email seperti yang dapat dilihat pada gambar di bawah gambar di bawah.
Dikatakan didalam tulisan didalam email tersebut berbunyi"Che Long adalah seorang usahawan yang terbukti berjaya. Banyak membantu saya di Kelantan. malah ketika saya bertanding di Putrajaya, Che Long memberi bantuan KEWANGAN dan moral kepada saya sepanjang waktu kempen pilihan raya."
Amat terang dan sungguh jelas mesej yang ingin disampaikan email tersebut turut menyatakan bahawa Che Long ini perlu dibantu kerana Che Long telah banyak berjasa kepada Husam Musa semasa PRU13 lalu ketika Husan bertanding di Parlimen Putrajaya menentang calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan.
Didalamnya tertulis bahawa ''Jasa Che Long yang paling besar adalah bantuan kewangan yang dihulurkan kepada Husam untuk berkempen semasa PRU13 tersebut.
Persoalannya berapa banyakkah bantuan kewangan yang dihulurkan oleh Che Long sampai Husam berasa begitu terhutang budi hingga tergadai "body" dan maruah beliau sebagai Naib Presiden Pas.
Sudah pasti "figure" atau jumlah bantuan tersebut agak besar kerana umum mengetahui perbelanjaan untuk bertanding dan berkempen dalam PRU adalah sangat besar. Bukan ratus, bukan ribu, dan bukan juga puluhan ribu tetapi sudah pasti mencecah ratusan malahan juga tidak mustahil hingga jutaan ringgit.

Email ini dicetak secara besar-besaran dan diedarkan dengan cara menyelit dalam akhbar Harakah dan Suara Keadilan serta diedarkan di seluruh Kuala Besut. Ia merupakan tindakan terdesak Husam untuk meraih undi semata-mata mahukan Che Long menang dalam PRK Kuala Besut dengan harapan Che Long masih boleh membantu beliau untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas kelak terutama bantuan kewangan.
"Saya amat percaya Che Long mampu menjadi gandingan yang baik sekiranya saya menawarkan diri untuk menjadi Presiden Pas dalam Muktamar Agung Pas pada penghujung tahun ini. Saya juga percaya Che Long mampu menjadi sebahagian barisan saf baru kepimpinan Pas di Terengganu dan di peringkat kebangsaan."Selamat mengudi pada Warga Kuala Besut hari ini dan Harapan PM janganlah kita mudah terpedaya dengan Agenda tersembunyi antara dua Insan ini yang hanya pandai mencari idea nak menutup kelemahan dan cara yang tak beretika
Tiada ulasan:
Catat Ulasan