Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 29 September 2012

KAMI RAKYAT MALAYSIA MENUNTUT JANJI PAKATAN RAKYAT PADA PRU12 LALU DAN JGN BERANGAN NAK BUAT JANJI LAGI TIDAK MALUKAH KALIAN MENIPU RAKYAT DENGAN MEMBUAT BAJET BAYANGAN PRU13

Heeheee hari ini PM malas nak ulas panjang2 kerana seperti yang kita sedia maklum pihak Pakatan Rakyat ni dari dulu lagi memang akan sentiasa memburuk-burukan benda baik yang kerajaan BN buat selama ini jadi  meh...pm basuh sikit kepala penyokong Pakatan Rakyat ini.bagi PM inilah gejala negetif yang patut diubah mereka untuk menarik pengundi jika benar kenapa nak disanggah lagi cik izzahnya belanjawan Kerajaan BN pada tahun ini adalah belanjawan terbaik kalau bagi pendapat saya kerana semua golongan rakyat mendapat manfaat dari semua aspek 
DULU DS NAJIB TUN RAZAK JANJI NAK BERI BRIM KALI KEDUA SEKARAG BELIAU TUNAIKAN MLH UNTUK ORG BUJANG PUN ADA.SYUKUR ALHAMDULILLAH

CUBA KITA INGAT PULA JANJI NIK AZIZ DULU''KALAU TUN MAHADHIR LETAK JAWATAN MALAM INI BESOK JUGA SAYA AKAN MELETAK JAWATAN DAKWA NIK AZIZ TUB2 SAMPAI SEKARANG PUN TAK MELETAKKAN JAWATAN
Pada pihak pembangkang itu saya harap kalau nak bersaing tu biarlah secara positif jangan asik memfitnah sahaja dan langsung tidak menampakkan hasilnya mana taknya orang bekerja kuat untuk menolong Rakyat bukannya Rakyat yang kena tolong kerajaan dengan mengisi tabung tin milo mereka tak pun plastik2 merah mereka yang hasil derma ntah kemana ni kah golongan yang nak pimpin rakyat heeeheee

kalau setakat berjanji semua orang boleh berjanji tapi kalau tak menunaikan janji amat di benci ALLAH S.W.T

MANA JANJI PRU12 DULU KAMI RAKYAT SELANGOR TUNTUT JANJI PRU12 PKRPM ingin mengigatkan diri ini dan buat rakan2 seperjuangan : Ingatlah pada saudara-saudara ku, kita jangan sekali-kali menabur janji sekiranya kita tidak mampu. Jika berjanji, laksanakanlah. Jika janji berbentuk nazar, lebih perlu diambil perhatian. Allah boleh memberi, dan boleh menarik kembali dalam sekelip mata. Insyaallah..

Allah SWT telah berfirman dalam sebuah ayat yang ertinya, "Dan penuhilah janjimu kepada-Ku, nescaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu, dan hanya kepada-Ku lah kamu harus takut (tunduk)."




Dinul Islam sejak kedatangannya mempunyai tujuan yang indah, iaitu membangun masyarakat yang ideal penuh dengan keutamaan, jauh dari kehinaan, saling tolong menolong atas dasar taqwa dan kebaikan, serta saling berwasiat dengan kesabaran dan kebenaran. Dinul Islam juga mengajarkan agar setiap muslim menghiasi dirinya dengan akhlak yang mulia. Dan di antara akhlak yang mulia itu adalah menepati janji. Allah SWT berfirman yang ertinya, "Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israel (iaitu): janganlah kalian beribadah kepada selain Allah, dan berbuat baiklah kepada ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin."
Menepati janji Allah dan rasul-Nya adalah pokok atau keutamaan dari semua janji. Bila seseorang berhasil menepati janji Allah dan rasul-Nya, maka ia akan berhasil pula dalam menepati janji lainnya. Sebaliknya, bila ia gagal memenuhi janji Allah dan rasul-Nya, maka ia adalah orang yang tidak lagi memiliki janji dan keamanan. Kerana, antara janji dan keimanan saling berhubungan.

Berdasarkan ayat dari surat Al-Baqarah di atas, yang dimaksud dengan janji Allah adalah beribadah hanya kepada-Nya. Adapun yang dimaksud dengan janji rasul adalah mengikuti perjalanan, sirah, dan konsep kehidupannya. Allah SWT berfirman yang ertinya, "Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: 'Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya'. Allah berfirman: 'Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian itu'? mereka menjawab: 'Kami mengakui'. Allah berfirman: 'Kalau begitu saksikanlah (hai para nabi) dan Aku menjadi saksi (pula) bersamamu'."


Tidak diragukan lagi, menepati janji selain tanda dari keistiqamahan, ia juga merupakan tiang dari kepercayaan seseorang. Kalau menepati janji tidak ada, maka istiqamah dan kepercayaan juga tidak ada. Allah SWT berfirman: "(Bukan demikian), sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuat)nya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaqwa." Dalam sisi lain, Islam juga mencela bagi mereka yang menghianati amanat. Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya binatang(makhluk) yang paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang yang kafir, kerana mereka itu tidak beriman. (iaitu) orang-orang yang kamu telah mengambil perjanjian dengan mereka, sesudah itu mereka menghianati janjinya pada setiap kalinya, dan mereka tidak takut (akibat-akibatnya)." Ada ungkapan yang menyebutkan bahawa janji itu adalah hutang. Oleh kerana itu harus dipenuhi.

Disamping itu, janji juga akan diminta pertanggungjawabannya. Allah SWT berfirman, "Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggung jawabannya." Atau, dalam firman-Nya yang lain, "Dan tepatilah perjanjian dengan Allah, apabila kalian berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah(mu) sesudah meneguhkannya."

Oleh kerana itu, siapa saja yang telah berjanji kepada sesama manusia, entah itu berkenaan dengan janji membayar hutang, memenuhi undangan, berkumpul di suatu tempat dan sebagainya, maka janji-janji itu harus dipenuhi dan tak boleh diingkari. Rasulullah saw bersabda, "Ada tiga hal, siapa yang berada di dalamnya, maka dia adalah orang munafik, meskipun dia solat, puasa, haji, berkata bahawa dirinya adalah seorang muslim. Tiga hal tersebut adalah: apabila berbicara berbohong, apabila berjanji mengingkari, dan apabila diberi amanat, berkhianat."

Termasuk menepati janji yang perlu diperhatikan adalah membayar hutang. Kerana, membayar hutang memiliki kedudukan yang kuat di sisi Allah SWT. Maka, siapa yang telah berhutang, hendaklah ia berusaha dengan sungguh-sungguh untuk memenuhi hutang tersebut, dan Allah akan menjamin pelunasan hutangnya. Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda, "Tiga hal yang merupakan kewajiban Allah untuk memberikan pertolongan, yaitu seorang budak mukatab yang berusaha melunasi dirinya, orang yang menikah kerana menjaga kehormatan dan orang yang berjihad di jalan Allah."

Hadis di atas memberi penjelasan bahawa Allah memberi uzur (pelepasan) bagi orang yang kesulitan membayar hutang kerana keadaan yang sulit atau kerana adanya musibah. Adapun bagi mereka yang mampu melunasi, tetapi tidak segera membayarkannya, maka hal ini termasuk sikap meremehkan dan kemewahan yang dibenci. Sementara, mereka yang berhutang dan berniat tidak mengembalikannya, ini termasuk orang yang merosak janji. Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang mengambil harta manusia, kerana ingin ditunaikan kepada yang berhak, nescaya Allah akan menyampaikannya. Namun barangsiapa mengambil harta manusia kerana ingin dihilangkannya. Maka Allah akan menghilangkannya."

Kerana itu, marilah kita takut kepada Allah dan marilah kita penuhi janji-janji dan marilah kita melaksanakan amanat. Rasulullah saw bersabda, "Tidak ada iman bagi yang tidak melaksanakan amanat, dan tidak ada dien bagi yang tidak memenuhi janji."
Wallahu a'lam bishshawab.

Jumaat, 28 September 2012

SENARAI BAJET YG TELAH DIBENTANGKAN DS NAJIB TUN RAZAK CUKUP MENYENAGKAN HATI RAKYAT TAHNIAH PM

Pada petang tadi berlangsungnya bajet2013 yang disampaikan oleh Y.A.B DS Najib Tun Razak dan bajet pada kali ini kita dapat melihat kesungguhan Kerajaan membantu Rakyat tak kira dari golongan anak2 sekolah hinggake pesara kerajaan,jelas menunjukkan keperihatinan kerajaan Barisan Nasional pada masaalah Rakyat dan ini banyak memberi impak yang positif bagi Barisan Nasional dalam PRU13 kerana saya melihat kali ini dibawah Kepimpinan DS Najib Tun Razak banyak perubahan positif berlaku sedikit sebanyak menambah keyakinan Rakyat untuk menyokong Barisan Nasional pada PRU13 ini.

Dengan wajah yang ceria DS Najib Tun Razak menyampaikan ucapannya pada ptg tadi menggambarkan yang beliau tahu apa yang Rakyat kehendaki telah beliau tunaikan walau pun ada ura2 yang mengatakan Rakyat merasa iri hati dengan layanan lebih yang diberikan pada pekerja sektor awam tapi ternyata ianya amat meleset kerana DS Najib benar-benar tidak memilih kasih pada pembentangan bajet 2013 kali ini saya selaku wakil kawan2 mungucapkan setinggi2 tahniah dan terima kasih kami pada kepimpinan DS Najib Tun Razak dan barisan Nasional Kerana berjaya memacu Malaysia Dari negara berpendapatan rendah ke negara berpendapatan sederhana seterusnya terus memacu keNegara berpendapatan Tinggi insyaallah kita akan berjaya menjadikan Wawasan2020 satu kenyataan mudah-mudahan


Disini serba sedikit SAYA SERTAKAN rangkuman bajet yang begitu memberangsangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan mari kita lihat keperihatinan kerajaan berjanji dan menunaikan janji mereka bukan macam pihak pakatan rakyat yang berjanji tapi tidak pernah menunaikan dan menepati janji mereka

Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan 

  •  Bonus satu bulan setengah gaji untuk penjawat awam.

  •  Bonus RM500 untuk pesara kerajaan.

  •  Belia dengan pendapatan bulanan RM3000 ke bawah akan menerima rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.

  •  100 Pusat Internet 1 Malaysia akan diwujudkan di kawasan yang sesuai.

  •  Pencen minimum pesara kerajaan yang berkhidmat 25 tahun ke atas dinaikkan kepada RM820 sebulan.

  •  RM50 juta untuk mencari emas Olimpik di Rio.

  •  Diskaun 50% tambang KTMB bagi semua rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah.

  • Semua pekerja berumur 45-55 tahun akan diberikan pemeriksaan kesihatan percuma di klinik2 yang akan diluluskan Perkeso.

  • Kerajaan akan bina 21000 buah rumah mesra rakyat.

  • Kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk memulihkan 30 projek rumah terbengkalai.

  •  Pencarum KWSP beragama Islam dibenarkan menggunakan simpanan dari akaun 2 untuk mencukupkan simpanan Tabung Haji tidak melebihi RM3000.

  • 57 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia ditambah di Sabah dan Sarawak.

  • Perluasan 5 RTC dan mini RTC di seluruh negara.
.
  •  Pelajar dari tahun 1 sehingga tingkatan 5 akan menerima bantuan persekolahan RM100.

  • Pelajar universiti dan tingkatan 1 akan menerima Baucer Buku 1 Malaysia bernilai RM250.

  •  Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diteruskan untuk isi rumah berpendapatan bawah RM3000 sebulan. BR1M juga diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2000 sebulan.

  • Sebanyak 70 buah klinik 1 Malaysia lagi akan dibina di seluruh negara.

  •  Sesiapa yang membayar balik pinjaman PTPTN sepenuhnya dalam tempoh setahun mulai hari ini akan diberikan diskaun sebanyak 20%.

  •  Perlepasan cukai untuk anak2 yang belajar dari RM4000-6000.

ANU..WAR..BUAT SEWA JET MACAM SEWA BINI KAWANNYA KIIKIIKII


Hari itu Anwar kata jet itu dipinjamkan kawan beliau rupa-rupanya dia ni berlidah biawak. Begitulah kononnya kalau berkawan Anwar selalu dapat pinjam semuanya dapat free tak payah bayar. Bini kawan dia pun boleh dipinjamnya. Hebat hebat2 tak hebatlah Anwar ini. Kapalterbang harga puluhan juta boleh pakai pinjam katanya dulu tub-tub pecah rahsia ambik kau RM96,000 tu baru sekali pakai tulah nak menipu tak bertempat lain kali mengaku jer ini belum jadi PM kalau dah jadi PM ntah2 roket pun disewanya wat naik bulan kiiikiiikiii. Takkan duit minyak, sewa landasan dan pilot pun pinjam kot. Pramugari boleh pinjam pakai kot.kan dah terbukti semuanya kena bayar penat2 Pakatan Rakyat bawak tabung Milo minta derma last2 duitnya buat bayar sewa Jet kiikiikiikii

Rabu, 26 September 2012

GUAN ENG GUNA KUASA VETONYA SEKALI LAGI MEMALUKAN NIK AZIZ


Tak habis lagi rupanya cerita hudud ni dijaja disana sini PAS tak ketinggalan pula DAP pula nak tayang kehebatannya pula dalam memukau penyokong PAS dalam menentang apa sahaj dalam perlaksanaan hukum Hudud pada macai2 PAS tu takkan lah nak laksana Hukum Allah S.W.T kita nak pegi tanya kafir ni dulu baru boleh buat sudah2lah buat kerja gila bersekongkol dengan org mcm tu


Guan Eng sekali lagi memalukan geng2 Nik Aziz dengan menyatakan hudud tiada tempat dalam Pakatan Rakyat dan dengan ego nya dia menolak bagaikan dia tu ketua dalam pakatan rakyat yang mempunyai kuasa hebat lagi unggul

pada orang pas tu marilah kita sama tegakkan islam dengan masuk kembali dalam barisan dan tiggalkanlah pemimpin DAP yang bongkak itu sama2 kita cuba laksana kan usaha sama join UFB  UNTUK CUBA LAKSANAKAN HUDUD SEKIRANYA TIADA APA2 HALANGAN @ULAMA MUDA JELAJAH MALAYSIA PERKENAL HUDUD

KUALA LUMPUR - DAP menyatakan isu hudud yang diperjuangkan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tidak konsisten sebelum dan selepas beliau tidak lagi memegang jawatan itu.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata ketika Nasharudin menjadi Timbalan Presiden Pas, beliau akur dengan pendirian DAP yang tidak memasukkan hudud dalam dasar Pakatan Rakyat (PR).
Menurutnya, pendirian bekas Timbalan Presiden Pas itu yang memperjuangkan hudud timbul selepas beliau tidak lagi memegang jawatan itu.
"Kita rasa pelik sedikit, sebelum ini semasa beliau jadi Timbalan Presiden Pas, beliau tidak ada masalah dengan pendirian DAP.
"Tapi bila beliau sudah tidak lagi pegang jawatan itu, beliau mula gesa kita untuk terima hudud dan mengapa sekarang ada pula masalah dengan pendirian kita mengenai hudud, dan kita kena bersikap konsisten," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Semalam, DAP dikatakan sebulat suara menolak hudud.
Guan Eng menegaskan hukum hudud bukan dasar pakatan pembangkang.
"Dalam pakatan pembangkang, mana-mana parti boleh mempunyai pandangan yang berbeza tetapi hudud tidak berbangkit langsung sebagai dasar kita dan perkara itu jelas.
"Namun, kerjasama ini berdasarkan platform sama yang telah digariskan dengan jelas sekali," katanya.
Justeru Nasharudin menggesa DAP supaya memohon maaf diatas kenyataan yang dikeluarkan oleh parti itu.
Dalam pada itu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pendirian mengenai hukum hudud itu adalah konsisten dan tidak mempunyai sebarang perubahan. 

[VIDEO] KENAPA TAK ROGOL SAYA?


BIARLAH VIDEO TU BERBICARA  KAWAN2 TENGOK LAH SENDIRI KEKUASAAN ALLAH S.W.T






Assalamu'alaikum.

Kali ini kita akan membicarakan sedikit sebanyak mengenai ayat Kursi, dari sudut sejarahnya, kebesarannya dan juga hadith-hadith yang ada menjelaskan mengenai ayat Kursi ini.

Ayat Kursi ini adalah ayat ke-255 dalam surah al-Baqarah, surah ke-2 dalam al-Quran. Dan boleh juga dikatakan bahawa kesemua umat Islam telah menghafal ayat ini kerana telah diberitahu akan kebesarannya. Tidak semua ayat dalam kitab al-Quran ada diberi nama khusus melainkan ayat ini yang dinamakan khusus ayat Kursi. Kursi juga bermaksud kerusi dalam bahasa Melayu atau kalau kita terjemahkan didalam bahasa Inggeris kita akan dapat gambaran yang lebih tepat, iaitu "throne". Definisi "throne" dalam bahasa Inggeris adalah 'The power, dignity, or rank of such a personage; sovereignty'Definition of 'Throne'

Berikut adalah translasi tulisan rumi ayat Kursi daripada tulisan jawi:

Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum
La ta'khudhuhu sinatun wa la nawm,
lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard
Man dhal-ladhi yashfa'u 'indahu illa bi-idhnihi
Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a
Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard,
wa la ya'uduhu hifdhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Adheem
 

Dan berikut pula adalah terjemahannya didalam bahasa Melayu:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Yang Tetap hidup,

Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Terjemahan al-Quran

Sekiranya kita pernah mencari artikel mengenai ayat Kursi ini, kita pasti akan terlintas dengan artikel yang agak sama. Saya akan ulang, tambah dan perbetulkan mana yang sesuai. Ayat Kursi ini diturunkan setelah berlakunya peristiwa Hijrah. Semasa penurunannya, ayat Kursi ini telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat oleh kerana kehebatan dan kemuliannya. Sehinggakan syaitan dan iblis menjadi takut kerana adanya satu penghalang bagi perjuangan mereka untuk menyesatkan manusia. Setelah diturunkan ayat ini kepada Rasulullah s.a.w., baginda dengan segera memerintahkan Zaid bin Sabit r.a. (Sabit atau Thabit dan bukan 'bt' dalam kebanyakan artikel yang lain) untuk menulis dan menyebarkannya.
Siapakah Zaid ini ?

Zaid merupakan seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang tinggal bersama baginda ketika berada di Madinah. Kekuatan daya ingatan Zaid bin Thabit r.a. menyebabkan beliau ini dilantik menjadi penulis wahyu dan surat-surat Rasulullah s.a.w. untuk dihantar ke pelbagai pihak.

Kehebatan Zaid sebagai penulis surat ditunjukkan apabila Nabi s.a.w. menulis surat kepada pihak Yahudi di luar Madinah untuk menggunakan khidmat dari Yahudi tempatan. Nabi s.a.w. berkata kepada Zaid bahawa baginda tidak berpuas hati apa yang Yahudi tulis dan bacakan untuk baginda, dan risau mereka itu akan tersilap tafsir dan tulis. Oleh itu Rasulullah s.a.w. meminta Zaid untuk belajar bahasa Yahudi dan beliau dapat menguasai bahasa Ibrani (Hebrew) dalam masa 15 hari. Zaid juga telah menguasai bahasa Suryani (Syrian) dalam masa 17 hari.

Begitulah sedikit pengenalan mengenai Zaid bin Thabit r.a., sahabat rapat Rasulullah s.a.w. yang menulis dan menyebarkan mengenai ayat Kursi ini.
Rujukan 1Rujukan 2Rujukan 3

Kembali semula kepada kisah ayat Kursi. Keagungan ayat ini diterangkan dalam hadith berikut:

Hadith pertama:

Ubayy bin Ka'b r.a. reported: The Messenger of Allah s.a.w. said:

"Abu Mundhir! Do you know which Ayah in Allah's Book is the greatest? I said: 'Allah and His messenger know best.' He s.a.w. again said: 'Do you know which Ayah in Allah's Book, according to you, is the greatest?' I (Abu Mundhir) replied: ‘It is 'Allah la ilaha illa Huwal-Hayyul-Qayyum'.[2:255]. Thereupon he (peace be upon him) patted me in the chest and said, ' Rejoice by your knowledge, O Abu Mundhir! (i.e, may this knowledge be a source of respect, honour and benefit to you)'."
(Hadith Riwayat Muslim)

Hadith kedua:

Asma' bint Yazid (radiAllahu anhu) reported, ' I heard the Messenger of Allah (peace be upon him) say about these two following Ayahs, i.e, verses:

"Allah! There is no god but He - the Living, The Self-subsisting, Eternal. [2:255], And, Alif Lam Mim, Allah! There is no god but He - the Living, The Self-subsisting, Eternal [3:1-2], That they contain Allah's Greatest Name."
(Imam Ahmad bin Hanbal in his Musnad)

Didalam hadith yang berikut pula ada menerangkan, barangsiapa yang membaca ayat Kursi setelah solat fardhu, maka tiada yang menghalang dia masuk ke syurga melainkan maut. Oleh itu kita perlu lah mengamalkan membaca ayat Kursi setiap kali kerana ajal kita akan datang pada bila-bila masa.

Abu Umamah Al-Bahili (may Allah be pleased with him) reported: The Prophet (peace be upon him) said:

"The one who recites it after each of the obligatory prayers, then death will be the only thing preventing him from entering Paradise."
(Hadith riwayat Ibn Sunni dan Ibn Hibban)

Kita juga digalakkan untuk membaca ayat Kursi apabila hendak tidur bagi mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. semoga tiada syaitan dapat datangi kita sehinggalah subuh. Ini dirakamkan didalam hadith sahih al-Bukhari.

When you lie down in your bed, recite ayat al-Kursi, Allah! La ilaha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists… [al-Baraqah 2:255] until the end of the ayah, then you will have a protector from Allah and no shaytan (devil) will come near you until morning comes
(Sahih Bukhari)

Dan apabila kita memasuki rumah, kita disuruh untuk membaca ayat Kursi kerana ianya dapat menghalau syaitan keluar dari rumah.

Abu Hurairah (radiAllahu anhu) narrated:
"In Surah al-Baqaraah there is an ayah which is the best of all the ayahs of the Qur’an. It is never recited in a house but the Shaytan leaves: Ayat al-Kursi. Everything has its pinnacle and the pinnacle of the Qur’an is Surah al-Baqarah. In it there is an ayah which is the greatest in the Qur’an: Ayat al-Kursi"
(at-Tirmidhi)

Terdapat pelbagai lagi kehebatan ayat Kursi ini yang kita pernah baca, tetapi tidak dapat saya pastikan dari mana hadithnya dan siapa perawi hadith tersebut, maka saya tidak sertakan disini. Walaubagaimanapun, anda boleh dapati didalam artikel sini. Kisah mengenai Abu Hurairah r.a. yang menjaga gudang zakat yang sangat popular juga mengenai ayat Kursi. Oleh kerana ianya agak panjang, saya sertakan didalam artikel yang lain.

Semoga dengan ini kita akan cuba untuk mengamalkan membaca ayat Kursi didalam situasi-situasi berdasarkan hadith-hadith diatas. Terima kasih kerana membaca.

Selasa, 25 September 2012

SEBILANGAN BESAR PENGUSAHA BURUNG WALID MENUNJUKKAN KEBODOHANNYA APABILA ENGGAN DAFTAR KAN SARANG ANU MEREKA..KIIKIIKII



Apa lagi nak dikata kalau pengusaha sendiri yang malas nak mendaftarkan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), macam mana kerajaan nak tolong masaalah ini dah lama selesai tapi mereka jugak yang salah siapa suruh mereka jual barang yang tiada kualiti ke Negara China setelah kerajaan China berhentikan pembelian sarang burung dari Negara kita siapa yang tolong mereka adakah adun D.A.P tolong mereka jangan harap lah


TENGOK JER KEBODOHAN MEREKA DULU DI VIDEO INI MUDAH DI TIPU D.A.P



sekarang ramai orang pakatan rakyat cuba guna isu ini untuk menipu rakyat kononnya DS Noh jadi org tengah kaut keuntungan sarang burung setelah keluar tv masa DS Noh pegi merayu sambung balik pembelian sarang burung baru dia orang tahu kerajaan tolong ke tak lain kali daftarkan lah betul tu saya sokong benda ni kena daftar bukan apa ada banyak yang meragukan pada sarang burung ini klu kat tempat PM ni sarang burung nye siap pagar batu tinggi pulak tu diatasnya ada kawat dawai siap berkamera litar agak2 rakan2 perlukah sarang burung sampai macam tu kawalannya mesti ada udang di sebalik batu.

PUTRAJAYA - Hampir 46,000 daripada 50,000 pengusaha sarang burung walet didapati enggan berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), sekali gus menyebabkan mereka tidak layak mendapat sijil untuk mengeksport produk mereka ke China.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, maklumat yang diperoleh mendapati keadaan itu disebabkan pelbagai faktor termasuk pengusaha cuba mengelak pembayaran cukai pendapatan serta kemungkinan terlibat dengan kegiatan penyeludupan dari negara jiran.CERITA SELANJUTNYA DI ..http://www.nohomar.net/index.php?option=com_content&view=article&id=57:noh-pelik-gelagat-pengusaha-sarang-burung-walet-enggan-daftar&catid=18&Itemid=155

Isnin, 24 September 2012

PKR SELANGOR PENING KEPALA APABILA BERBAGAI USAHA PKR MEMFITNAH DS NOH GAGAL


Nampak gaya nya bertambah peninglah kepala orang2 PKR apa bila DS Noh menabur jasa pada Rakyat dan mereka terpaksa menabur fitnah demi memancing undi Rakyat Selangor.walaupun bermacam2 tohmahan PKR lemparkan semuanya dapat ditepis oleh BN selangor hari ini BN
Memperuntukan RM150 Ribu Dari Kerajaan Untuk Program Kelab Myagrosis Universiti Putra Malaysia.Beliau Berkata Demikian Pada Perasmian Mini Malaysia Agriculture,Horticulture & Agrotourism Exhibition (MAHA) Di Universiti Putra Malaysia,Serdang,Selangor .



Rosyam Nor Terpilih Sebagai Ikon Untuk MyAgrosis Mini MAHA 2012 Yang Berlangsung Di UPM Serdang,Beliau Juga Pengarah Berkata,Beliau Teruja Berkomunikasi Dengan Pelajar UPM Dan Membuka Minda Pelajar Mengenai Pertanian


Nampak gaya nya bertambah peningla orang2 PKR apa bila DS Noh menabur jasa pada Rakyat dan mereka terpaksa menabur fitnah demi memancing undi Rakyat Selangor.walaupun bermacam2 tohmahan PKR tetapi syabas DS Noh Omar berjaya menepis setiap tipu helah yang dibuat pihak Pakatan Rakyat..

INI ADALAH SALAH SATU CONTOH FITNAH PKR SELANGOR DAN JAWAPAN YG JELAS DARI DS Noh Omar sama sama kita lihat apa lagi fitnah yang bakal diabur PKR selepas ini....moga2 pihak PKR segera bertaubat dari memfitnah BN Selangor Amin,,,,,,,

PKR MULA GERUN DGN KEBANGKITAN BN SEBAB TU CARI SEBAB NAK BN DEDAH BAKAL CALON MB



Sekiranya Barisan Nasional berjaya menawan semula negeri Selangor dari tangan Pembangkang pada PRU13 akan datang, sesiapa sahaja yang telah dipilih untuk menjadi wakil rakyat, pemimpin tersebut layak untuk menjawat jawatan Menteri Besar di Selangor dan menurut DS Noh Omar dilaman fb nya hari ini di laman nya.. http://www.facebook.com/dsnohomar ..beliau mengatakan.

'' Sblm mrk menang, tidak pula heboh siapa calon MB. Apabila menang, baru rakyat tahu siapa MB.Sewaktu pilihan raya umum (PRU) 2008, mrk belum lagi perintah Selangor, tiada pun disebut siapa bakal MB dalam manifesto mrk

Sebenarnya Paling utama ialah calon Menteri Besar yang bakal dipilih itu kelak, mestilah calon yang mendapat sokongan akar umbi serta diterima oleh mejoriti rakyat Selangor selain mendapat perkenan daripada Tuanku Sultan jadi mengapa PKR cuba menyibuk dalam hal rumah tangga BN tidakkah menampakkan mereka sudah gerun dengan BN Selangor pada masa ini yang mendapat kepercayaan rakyat semula setelah hampir 5 tahun ditipu oleh Pakatan Rakyat dengan janji2 palsunya selama ini..

Dalam sinar online semalam Barisan Nasional (BN) Selangor menyifatkan cabaran PKR yang mahu mereka mendedahkan calon Menteri Besar disifatkan sebagai permainan politik bagi menghilangkan fokus BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, PKR tidak perlu sibuk mengetahui bakal Menteri Besar kerana perkara itu hanya akan diketahui apabila BN menang kelak.

“Sebelum mereka menang, tidak pula heboh siapa calon MB. Apabila menang, baru rakyat tahu siapa MB.

“Saya hendak tanya PKR, sewaktu pilihan raya umum (PRU) 2008, ketika Pakatan Rakyat (PR) belum lagi memerintah Selangor, tiada pun disebut siapa bakal MB dalam manifesto mereka,” katanya semalam -


Ahad, 23 September 2012

HASIL KERJA DS NOH OMAR DI NEGARA CHINA SANGAT MEMBANGGAKAN RAKYAT


Dato Seri Noh Omar selamat tiba di (KLIA) setelah beberapa hari berada di Negara China bagi menyelesaikan masalah pengeksportan sarang burung walit antara Malaysia dan negara tersebut.

Hasil usaha DS Noh Omar menyaksikan,Negara China telah bersetuju untuk membenarkan Malaysia mengeksport semula sarang burung walit tempatan dengan beberapa syarat yang yelah dipermudahkan bagi memudahkan pengusaha dan pengeksport burung walit Malaysia meneruskan perniagaan mereka.

DS Noh Omar terus pulang ke kawasan Parlimennya setelah mendapat perkhabaran seorang penduduk kawasan parlimennya Iaitu Tuan Haji Sarif Aspar, Pengerusi JKKKP Kampung Blok A,G,H Sawah Sempadan yang juga memgang jawatan Ketua UMNO Cawangan Segemal telah meninggal dunia lebih kurang jam 4 petang tadi akibat stroke. telah meninggal dunia dan beliau terus bergegas pulang ke kampung tersebut bagi menziarahi seorang penduduk yang telah meninggal dunia itu pada malam ini.marilah kita sama2 membaca surah AL-FATIHAH BAGI  Arwah  supaya rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman

PM begitu teruja dengan semagat dan keperibadian DS Noh Omar ini mana tidaknya Beliau sanggup menziarahi Rakyat pada waktu beliau sangat keletihan bayangkanlah berapa jam perjalanan dan apabila sampai beliau terus pergi melawat keluarga arwah tak lupa juga jasa beliau pada pengusaha sarang burung walid

Walau pun ada sebilangan pengusaha cuba membuat konspirasi jahat bersama D.A.P demi Politik kotor pembangkang namun DS Noh Omar masih lagi membantu mereka teruskan berjuang pemimpin kesayangan Rakyat Negeri Selangor semoga kita dapat merampas kembali Negeri Selangor pada pru13 jangan sampai kita tertipu lagi dengan janji2 palsu Pihak pembangkang ini pesanan saya pada semua khususnya Rakyat Negari Selangor mari kita sama2 jayakan  dan sokong DS Noh Omar....sekian...renung2kan lah.....

Sabtu, 22 September 2012

KITA WAJIB BERSYUKUR DENGAN KEMAJUAN YANG KITA KECAPI HARI INI



INGATLAH ANAK2 MALAYSIA

Apa lah nasib bangsa melayu pada masa hadapan makin lama makin hipokrit mudah sangat ditipu janji2 palsu Pakatan Rakyat gara2 menurut nafsu dan mudah lupa pada jasa2 Kerajaan BN PM masih ingat pada suatu masa dahulu kita hidup dalam keadaan yang sangat daif dengan tiada kemudahan seperti elektrik,air bersih,dan bermacam2 lagi


Kalau dulu kita terpaksa bergelap dimalam hari,mandi perigi,jalan pun tidak berturap hinggakan semuanya serba serbi kekurangan,kalau anda masih ingat kereta pun susah nak lihat dikawasan kampung2 kalau dulu masjid tidak begitu banyak dibinatetapi sekarang Alhamdulilla kaau kita pergi kemana2 ada sahaja kelihatan tempat2 ibadah yang dibina kerajaan menunjukkan kerajaan tidak pernah lupa menjalankan tanggung jawab mereka bukan lah seperti di suatu tempat itu yang mungkin semua tahu dua puluh tahun lebih memerintah nak buat satu masjid pun susah tetapi kerajaan Negeri itu merupakan penyumbang terbesar dalam lebih dari lima pembinaan berhala2 disana dan ada diantaranya merupakan berhala terbesar di Asia Tenggara

Pendekar Melayu merasa begitu sedih melihat segelintir orang2 melayu yang terang2 sudah lupa diri sanggup mengkhianati pemimpin 2 kita yang mempunyai banyak jasa kepada kita,ada yang sanggup menghina dengan begitu dasyat dengan memijak2 gambar pemimpin kesayangan kita yang begitu janggal Pendekar Melayu lihat mereka ni sanggup menkhianati kedaulatan Negara dengan merendah2kan Jalur Gemilang kesayangan kita bagi Pendekar Melyu ini sudah melampaui batas

Mungkin golongan yang saya maksudkan tadi lahir daripada golongan orang2kaya dan tak pernah hidup susah dan disebabkan itu mereka tidak pernah langsung untuk bersyukur dengan pemberian Yang Maha Esa iaitu kesenangan dan kemewahan

Tapi bagi pendekar jasa kerajaan Barisan Nasional takkan pernah saya lupakan kerana sedari kecil hingga kedewasa Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah tidak menolong golongan miskin seperti saya dahulu sehingga sekarang.dan saya amat bersyukur kerana sekarang saya mampu berdikari dengan bantuan kerajaan dahulu

Apakah penyokong2 Pro Pembangkang tidak pernah mengambil bantuan Kerajaan BN seperti yang saya terima dan kalau saya nak tuliskan memanglah terlalu banyak bayangkanlah jumlah adik beradik saya ada 11orang saya anak ketujuh dan yangbersekolah 7orang agak2 mampukah ayah saya dahulu menampung perbelanjaan kami adik beradik dengan ayah hanya bekerja sebagai petani yang mempunyai tanah sekangkang kera dan purata pendapatan hanya RM250 KE RM300 dan kami adik beradik pada zaman dulu hanya dapat makan ikan yang dijala pada tiap2 hari dan sayurnya hanya kangkung diparit,nasib baiklah dengan keperihatinan Kerajaan BN banyak membantu kami

Oleh sebab itu saya tak pernah lupa jasa Kerajaan BN dan mana mungkin saya dapat berpaling pada pembangkang yang membesarkan saya dari kecil hingga besar sehinggakan keluarga kami berjaya sekarang 

oleh yang demikian saya merasakan sepatutnya penyokong Pakatan tidak sepatutnya membuat perkara yang melampau dan keji dan cuba kenang jasa mereka memajukan Negara sehinggakan kita mampu hidup aman  dan makmur walaupun Negara kita baru merdeka 55thun tapi kemajuannya macam Negara kita ni dah merdeka beratus2 thn ..fikir2kan lah.........

Jumaat, 21 September 2012

HIMPUNAN AMAN MEMPROTES PENGHINAAN KEATAS FILEM KARIKATUR MENGHINA NABI MUHAMMAD S.A.W

Pemuda Pas dan Pemuda Umno selesai mengadakan himpunan aman memprotes filem dan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam.
Himpunan yang berlangsung kira-kira sejam, di Masjid Kampung Baru dan pekarangan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) berakhir tanpa sebarang insiden yang tidak diingini

Khamis, 20 September 2012

POLIS SERBU SUARAM TANPA PERMIT ? SENGAJA NAK MALUKAN KERAJAAN PUSAT ?!!


Pengarah Eksekutif Suaram, Nalini Elumalai menunjukkan borang yang diberikan pegawai ROS selepas mendengar penjelasan beliau mengenai butir-butir syarikat di pejabat Suaram, Taman Gasing Indah, Petaling Jaya, semalam.

Dari Utusan Malaysia :

PETALING JAYA 19 Sept. - Sekumpulan pegawai dari Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini dilarang daripada memasuki pejabat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Jalan Gasing di sini, untuk mendapatkan dokumen bagi membantu siasatan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Pasukan terdiri daripada empat pegawai ROS dan dua anggota polis itu tiba di premis tersebut pukul 11.55 pagi namun dihalang kakitangan Suaram daripada memasuki pejabat.

Menurut Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman, ROS diberi mandat untuk menjalankan siasatan ke atas Suaram yang tidak berdaftar dan tidak pernah mengemukakan permohonan untuk didaftarkan.

MI...Apakah bila dihalang oleh samseng Suaram maka polis yang ada bersama tidak mampu berbuat apa-apa ?

Makin lama Malaysia dilihat seolah-olah memberi muka yang teramat sangat terhadap pihak yang kononnya perjuangkan hak rakyat. Sedangkan mereka tidak lebih dari kumpulan manusia yang menubuhkan persatuan haram dan guna nama pertubuhan tersebut untuk mengambil dana samada dari dalam dan luar Malaysia.

TERBARU: DAP sokong Anwar, tolak negara Islam!

PM tak tau lah apa nak cakap pada penyokong Anu..war ni akal ada taruk kat lutut kalini mls cakap dia orang ni memang golongan yang paling bodoh sekali sanggup bersekongkol ngn lahanat D.A.P entah la...
AWAS ORG MELAYU DENGAN JANJI 2 ANU..WAR...

Khalid Ibrahim Tipu Rakyat Lagi




Tuduhan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim asrama Unisel yang diselenggara Jana Niaga Sdn Bhd tidak mempunyai permit menduduki (CF) sehingga menyebabkan Unisel tidak membayar hutang kira-kira RM15 juta kepada syarikat Jana Niaga Sdn Bhd adalah satu pembohongan dan hanya untuk menutup kesilapan mereka sahaja
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, inilah sikap menuding jari kesalahan diri sendiri kepada pihak lain sudah menjadi lumrah pemimpin kerajaan negeri, khususnya Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri.
“Tidak ada CF punca Unisel tidak mahu bayar hutang, alasannya. Masih tak mahu mengaku, Unisel dah nak bangkrup, dah tidak ada duit, nak cari alasan lain pula. Dia kata asrama tu tidak ada CF.
“Saya ada bukti bahawa CF telah pun dikeluarkan 3 September 2007. Dia kata tidak ada CF tapi saya ada bukti CF ini. MB ini cakap apa sebenarnya, nak menipu tak habis-habis,” ujarnya mengulas perkembangan kemelut yang berlaki di Universiti Selangor (Unisel).
Dalam masa yang sama, beliau difahamkan bahawa selepas pihak Jana Niaga menghalang pelajar mendaftarkan diri masuk asrama baru-baru ini, pihak pengurusan Unisel memujuk dan cuba berunding dengan pihak Jana Niaga, sehingga pelajar dibenarkan masuk ke asrama.
“Saya difahamkan, sekarang ini pihak Unisel masih belum membayar Jana Niaga. Katanya janji nak bayar tapi difahamkan masih belum bayar lagi. Hutang banyak, kita pun ada bukti juga. Hutangnya (Unisel) banyak, dah dekat RM15 juta dia tak bayar sejak bulan Jun 2009, tak bayar.
“Ini menunjukkan pentadbiran mereka kucar kacir. Sekarang inilah mereka kata nak ambil aset dan sebagainya, itupun sebab saya dah bangkitkan. Sebabnya dia dah tak boleh menipu rakyat, saya nak juga tanya Menteri Besar, kalau dah tahu Unisel rugi, mengapa beli bangunan. Beli satu bangunan kepunyaan PKNS, pembelian unit rumah di Kota Puteri bernilai RM23 juta. Pembelian 113 unit rumah dan 4 unit rumah kedai di Kota Puteri dari PKNS,” tambahnya
Pembelian tersebut tegas beliau lagi menunjukkan kelemahan pengurusan kewangan Unisel dalam menambah hutang dan sebagainya.
“Untuk apa pembelian ini, kononnnya untuk dijadikan asrama. Asrama yang ada pun kosong, dulu 5000, sekarang ini dengarnya dah tinggal 3000, apa tujuan dia beli.
“Apa tujuan dan motif beli bangunan PKNS di Kota Puteri ini? Sebab nak selamatkan PKNS? Nak lakukan harta PKNS? Yang akhirnya budak-budak yang menjadi mangsa,” tambahnya.
Menurutnya, inilah corak kepimpinan dan pentadbiran PKR yang boleh diibaratkan seperti ‘tikus membaiki labu’.
“Zaman BN dulu dah elok membina dan memajukan Yayasan Selangor, dah bina Unisel, mereka masuk nak tunjuk pandai akhirnya kegemilangan Yayasan Selangor dan Unisel berkubur di bawah pentadbiran kerajaan pakatan Selangor”, katanya.
Sejak kebelakangan ini, isu Universiti Selangor (Unisel) yg mengalami kerugian saban tahun dan dicampur pula dgn isu bekalan air yg berkurangan semakin menghantui rakyat negeri Selangor sendiri. Walaupun masalah terbabit sudah berada di tahap bahaya tapi pakatan,Rakyat Selangor masih lagi cuba menutup hakikat itu dan tetap bermain politik kotor.saya harap kalau rakyat Selangor sayangkan negeri itu dan tidak mahu ia menjadi mundur, penyelesaian terbaik adalah dengan menyerahkan kembali tampuk pemerintahan kepada Barisan Nasional insyaallah semua masaalah akan selesai.mudah mudahan...
UNTUK CERITA PANAS TENTANG KEGAGALAN PKR SELANGOR SILA KLIK DIBAWAH TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT..

http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/2012/09/video-ds-noh-omar-berjaya-memalukan.html




Salah Guna Kuasa Khalid Gagap Panas. MCA Terus Bongkar Lagi Dan Lagi.....




Sejak kebelakangan ini, isu Universiti Selangor (Unisel) yg mengalami kerugian saban tahun dan dicampur pula dgn isu bekalan air yg berkurangan semakin menghantui rakyat negeri Selangor sendiri. Walaupun masalah terbabit sudah berada di tahap bahaya tapi pakatan,Rakyat Selangor masih lagi cuba menutup hakikat itu dan tetap bermain politik kotor.saya harap kalau rakyat Selangor sayangkan negeri itu dan tidak mahu ia menjadi mundur, penyelesaian terbaik adalah dengan menyerahkan kembali tampuk pemerintahan kepada Barisan Nasional insyaallah semua masaalah akan selesai.mudah mudahan

Khalid gagap semakin panas bontot mana taknya BN terus menghantui Khalid Ibrahim dengan isu hutang Talam.Masih kah ingat lagi Datuk Chua Tee Yong pernah mendedahkan mendedahkan bagaimana Kerajaan Pimpinan Khalid Ibrahim membeli cerun bukit milik Talam pada harga RM 4.2 juta , lebih 1.2 juta dari harga yang dinilaikan oleh jurunilai.
Pada tahun 2010 sebuah syarikat milik Talam, Pada tahun 2010, Ulu Yam and Country Club Sdn Bhd telah menjual 60 % saham mereka kepada Kerajaan Selangor telah dengan harga RM4.2 juta. Baki 40 peratus saham dipegang oleh sebuah anak syarikat Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB).
Satu-satunya aset atau pun aset tunggal yang dimiliki oleh syarikat ini adalah tanah cerun bukit seluas 199 ekar di Ulu Yam. Manakala syarikat itu mempunyai beban hutang sebanyak RM 807,000.00 . Bermakna, nilai saham syarikat adalah bergantung kepada tanah cerun bukit yang dimilikinya itu.
KHSB yang merupakan pemegang saham 40 % dalam syarikat tersebut pada masa itu bukan sahaja menasihat malah menolak hasrat kerajaan Khalid Ibrahim untuk membeli 60 % dalam syarikat itu dengan harga RM 4.2 juta.
Seperti yang kita semua tahu, Khalid Ibrahim seorang yang keras kepala dan berfikiran hanya dia sahaja yang cerdik dan dia sahaja yang betul. Khalid telah melantik sebuah syarikat penilai bagi menilai harga tanah cerun itu.
Hasil nilaian yang dilakukan oleh Sulaiman & Co mendapati tanah cerun seluas 199 ekar itu hanya bernilai RM 5 juta. Jumlah 199 ekar itu termasuk dengan yang dimiliki oleh KHSB sebanyak 40 %. Jika dikira yang bakal dibeli oleh kerajaan negeri sebanyak 60 %, nilainya hanya RM 3 juta sahaja.


Khalid tidak peduli semua itu dan mengarahkan Kerajaan Negeri membeli 60% tanah tersebut dengan harga RM4.2 juta. Jelas sekali disini bagaimana Khalid telah menyalahgunakan kuasanya untuk mengarahkan Kerajaan Negeri membeli tanah tersebut melebihi harga pasaran yang hanya RM3 juta.

Sebab itulah samapai ke hari ini Khalid tidak berani untuk mengulas isu berhubung hutang Talam, kerana dia tahu dia banyak melakukan penyelewangan dalam hal ini. Maka, elok sangat lah MCA membongkar satu persatu penyewelangan yang dilakukan oleh Khalid gagap ni. Kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya, apa akan terjadi pada Khalid gagap seterusnya,Mana hebatnya menteri besar yang di katakan tokoh koporat itu untuk menyelesaikan krisis kerugian UNISELl? macam mana ekonomi negeri mahu di tingkatkan sedangkan ekonomi UNISEL sendiri merudum?

Justeru itu, eloklah Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya yang sedang menikmati kemewahan di puncak menara gading tersebut tampil segera menjelaskan keadaan sebenar. Cukup-cukup harta benda dan aset negeri habis dijual digadai sejak empat tahun lalu.