Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 20 September 2012

Khalid Ibrahim Tipu Rakyat Lagi




Tuduhan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim asrama Unisel yang diselenggara Jana Niaga Sdn Bhd tidak mempunyai permit menduduki (CF) sehingga menyebabkan Unisel tidak membayar hutang kira-kira RM15 juta kepada syarikat Jana Niaga Sdn Bhd adalah satu pembohongan dan hanya untuk menutup kesilapan mereka sahaja
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, inilah sikap menuding jari kesalahan diri sendiri kepada pihak lain sudah menjadi lumrah pemimpin kerajaan negeri, khususnya Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri.
“Tidak ada CF punca Unisel tidak mahu bayar hutang, alasannya. Masih tak mahu mengaku, Unisel dah nak bangkrup, dah tidak ada duit, nak cari alasan lain pula. Dia kata asrama tu tidak ada CF.
“Saya ada bukti bahawa CF telah pun dikeluarkan 3 September 2007. Dia kata tidak ada CF tapi saya ada bukti CF ini. MB ini cakap apa sebenarnya, nak menipu tak habis-habis,” ujarnya mengulas perkembangan kemelut yang berlaki di Universiti Selangor (Unisel).
Dalam masa yang sama, beliau difahamkan bahawa selepas pihak Jana Niaga menghalang pelajar mendaftarkan diri masuk asrama baru-baru ini, pihak pengurusan Unisel memujuk dan cuba berunding dengan pihak Jana Niaga, sehingga pelajar dibenarkan masuk ke asrama.
“Saya difahamkan, sekarang ini pihak Unisel masih belum membayar Jana Niaga. Katanya janji nak bayar tapi difahamkan masih belum bayar lagi. Hutang banyak, kita pun ada bukti juga. Hutangnya (Unisel) banyak, dah dekat RM15 juta dia tak bayar sejak bulan Jun 2009, tak bayar.
“Ini menunjukkan pentadbiran mereka kucar kacir. Sekarang inilah mereka kata nak ambil aset dan sebagainya, itupun sebab saya dah bangkitkan. Sebabnya dia dah tak boleh menipu rakyat, saya nak juga tanya Menteri Besar, kalau dah tahu Unisel rugi, mengapa beli bangunan. Beli satu bangunan kepunyaan PKNS, pembelian unit rumah di Kota Puteri bernilai RM23 juta. Pembelian 113 unit rumah dan 4 unit rumah kedai di Kota Puteri dari PKNS,” tambahnya
Pembelian tersebut tegas beliau lagi menunjukkan kelemahan pengurusan kewangan Unisel dalam menambah hutang dan sebagainya.
“Untuk apa pembelian ini, kononnnya untuk dijadikan asrama. Asrama yang ada pun kosong, dulu 5000, sekarang ini dengarnya dah tinggal 3000, apa tujuan dia beli.
“Apa tujuan dan motif beli bangunan PKNS di Kota Puteri ini? Sebab nak selamatkan PKNS? Nak lakukan harta PKNS? Yang akhirnya budak-budak yang menjadi mangsa,” tambahnya.
Menurutnya, inilah corak kepimpinan dan pentadbiran PKR yang boleh diibaratkan seperti ‘tikus membaiki labu’.
“Zaman BN dulu dah elok membina dan memajukan Yayasan Selangor, dah bina Unisel, mereka masuk nak tunjuk pandai akhirnya kegemilangan Yayasan Selangor dan Unisel berkubur di bawah pentadbiran kerajaan pakatan Selangor”, katanya.
Sejak kebelakangan ini, isu Universiti Selangor (Unisel) yg mengalami kerugian saban tahun dan dicampur pula dgn isu bekalan air yg berkurangan semakin menghantui rakyat negeri Selangor sendiri. Walaupun masalah terbabit sudah berada di tahap bahaya tapi pakatan,Rakyat Selangor masih lagi cuba menutup hakikat itu dan tetap bermain politik kotor.saya harap kalau rakyat Selangor sayangkan negeri itu dan tidak mahu ia menjadi mundur, penyelesaian terbaik adalah dengan menyerahkan kembali tampuk pemerintahan kepada Barisan Nasional insyaallah semua masaalah akan selesai.mudah mudahan...
UNTUK CERITA PANAS TENTANG KEGAGALAN PKR SELANGOR SILA KLIK DIBAWAH TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT..

http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/2012/09/video-ds-noh-omar-berjaya-memalukan.html




Tiada ulasan: