Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 20 September 2012

POLIS SERBU SUARAM TANPA PERMIT ? SENGAJA NAK MALUKAN KERAJAAN PUSAT ?!!


Pengarah Eksekutif Suaram, Nalini Elumalai menunjukkan borang yang diberikan pegawai ROS selepas mendengar penjelasan beliau mengenai butir-butir syarikat di pejabat Suaram, Taman Gasing Indah, Petaling Jaya, semalam.

Dari Utusan Malaysia :

PETALING JAYA 19 Sept. - Sekumpulan pegawai dari Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini dilarang daripada memasuki pejabat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Jalan Gasing di sini, untuk mendapatkan dokumen bagi membantu siasatan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Pasukan terdiri daripada empat pegawai ROS dan dua anggota polis itu tiba di premis tersebut pukul 11.55 pagi namun dihalang kakitangan Suaram daripada memasuki pejabat.

Menurut Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman, ROS diberi mandat untuk menjalankan siasatan ke atas Suaram yang tidak berdaftar dan tidak pernah mengemukakan permohonan untuk didaftarkan.

MI...Apakah bila dihalang oleh samseng Suaram maka polis yang ada bersama tidak mampu berbuat apa-apa ?

Makin lama Malaysia dilihat seolah-olah memberi muka yang teramat sangat terhadap pihak yang kononnya perjuangkan hak rakyat. Sedangkan mereka tidak lebih dari kumpulan manusia yang menubuhkan persatuan haram dan guna nama pertubuhan tersebut untuk mengambil dana samada dari dalam dan luar Malaysia.

Tiada ulasan: