Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 23 Februari 2014

MEREKA SEMAKIN KURANG AJAR !!! MASJID DI PULAU PINANG DI LEMPAR DAGING BABI !!!

BERMACAM MACAM KEJADIAN YG BERLAKU DI PENANG MEMBUATKAN KITA RASA TERCABAR..
Islam terus dihina seharusnya perkara sebegini tidak berlaku dan persoalan yang pm nak tanya dimana kah suara pas yg selama ini membela teress kok bermacam macam komen yg menyokong YB Teressa Kok ini yang dikatakan menghina Islam dan Melayu,tapi bila kes melibatkan maruah Islam mereka diam membisu
Bukannya apa perkara ini berlaku di Negeri PEMERINTAHAN Pakatan jadi persoalannya Kerajaan Guang Eng wajib mendidik Rakyatnya menghormati Agama lain dan pm rasa perkara ini tidak sewajarnya berlaku dan pas harus campur tangan mendesak Guan Eng menasihati rakyat pinang menghormati Undang undang dan Agama lain
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan sebuah masjid di Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam telah di khianat oleh individu yang tidak bertanggung jawab dengan melempar daging babi
Abdul Rahim berkata hasil laporan Jabatan Veterinar telah mengesahkan daging yang dilempar di sebuah masjid di Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam dekat sini adalah daging babi.
Katanya susulan kes itu, polis merekodkan keterangan enam individu terdiri daripada penduduk kampung dan anggota jawatankuasa masjid bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian Ahad lepas, seorang lelaki yang mahu menunaikan solat Subuh di masjid berkenaan menemui seketul daging yang mencurigakan di hadapan pintu masjid.
Mengesyaki ketulan sebesar dua tapak tangan orang dewasa itu daging babi, Saad Arop, 78, yang juga pembantu imam masjid berkenaan membuat laporan polis. 

Pelik Tapi Benar !! Kerana dikecewakan ramai lelaki, gadis ini nikahi anjing

gadis ini nikahi anjing
SEORANG gadis cantik dikenali Emily Mabou, 29, bertindak menikahi seekor anjing selepas banyak kali dikecewakan ramai lelaki yang pernah menjadi teman lelakinya. Emily yang berasal Desa Aburi, Togo, mengatakan, hanya pada anjing berkenaan sahaja dia melihat sifat jujur yang didambakannya selama ini.
”Saya sudah berkawan dengan ramai lelaki tetapi mereka semua sama saja. Mereka hanya inginkan hubungan seks dan suka berbohong. Anjing saya lain, dia baik, setia pada saya dan selalu menghormati saya,” jelas Emily.
Perkahwinan Emily dan anjingnya dilangsungkan oleh seorang paderi tempatan dengan dihadiri ramai kenalan serta penduduk setempat. Bagaimanapun, majlis ini tak dihadiri ahli keluarga Emily kerana mereka menganggap perbuatan Emily tidak masuk akal.

#PRK-KAJANG Awas Jangan percaya maklumat palsu PRK Kajang

imageOrang ramai diingatkan supaya tidak mempercayai penyebaran maklumat serta gambar tertentu oleh pihak tidak bertanggungjawab tentang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang termasuk kehadiran beberapa bas persiaran ke kawasan itu.
menurut satu kenyataan yang admin petik dari berita Bernama,Pesanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  di sini hari ini menyebut laporan dan gambar itu disebar dengan tujuan menimbulkan persepsi bahawa akan berlaku manipulasi dalam PRK Kajang termasuk menggunakan warganegara asing sebagai pengundi sama seperti dakwaan Pakatan pembangkang semasa PRU13 dahulu.
“Laporan itu juga dikaitkan dengan kelewatan tarikh PRK Kajang. Bagi SPR laporan itu sengaja ditulis sebagai strategi untuk memburukkan SPR,” menurut kenyataan itu.
Pada 19 Februari lalu, sebuah portal media menerbitkan artikel bertajuk ‘Perkembangan Pelik di Kajang, SPR Patut Minimakan Ruang Manipulasi’ yang antara lain mendakwa Solidariti Anak Muda Malaysia telah mengesan beberapa bas persiaran menurunkan warga Myanmar di hadapan stesen Keretapi Tanah Melayu di Kajang.
SPR menyifatkan laporan itu sebagai tidak berasas sambil memberi jaminan perjalanan semua pilihan raya dibuat secara telus berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ada.
Kenyataan itu menyebut berdasarkan laporan itu, penulis artikel tidak faham dan sengaja memutarbelitkan gambar serta fakta untuk mengelirukan orang ramai bahawa SPR tidak telus.
“Sekiranya beliau tidak faham atau tidak jelas berhubung penjalanan pilihan raya, beliau boleh berjumpa dengan SPR dan bukannya mengelirukan orang ramai dengan pelbagai tuduhan,” menurut kenyataan itu.
Selain itu SPR menegaskan tiada petugasnya yang termasuk dalam kategori pengundi awal dalam pilihan raya itu, sebaliknya pengundi awal bagi PRK Kajang hanya melibatkan 1,197 anggota polis.
Menurut kenyataan itu lagi pelantikan petugas PRK Kajang dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang dilantik SPR dan bukannya oleh Pejabat Pilihan Raya Negeri Selangor atau Ibu Pejabat SPR.
“SPR tidak boleh campur tangan dan menetapkan siapa yang akan dipilih untuk bertugas.
Perkara itu terpulanglah kepada budi bicara Pegawai Pengurus Pilihan Raya berdasarkan syarat dan panduan yang ditetapkan oleh SPR,” menurut kenyataan itu.
Menjelas lanjut tentang isu petugas PRK Kajang, SPR memaklumkan sebanyak 65 peratus daripadanya diambil dari luar Kajang dan mereka juga bukan pengundi dalam Dun itu sebagai langkah untuk mengurangkan jumlah pengundi pos.
“Baki 35 peratus lagi adalah petugas-petugas yang terdiri daripada pengundi-pengundi di Kajang. Bagi petugas-petugas PRK yang juga pengundi di Dun Kajang, mereka diberi pilihan sama ada untuk mengundi secara biasa atau memohon untuk mengundi melalui pos.
Kerusi Dun Kajang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Januari lepas.
SPR menetapkan 11 Mac untuk penamaan calon dan pengundian pada 23 Mac bagi pilihan raya kecil itu.
Barisan Nasional menamakan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon manakala PKR meletakkan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM benar benar berharap agar pada parti yang bertanding agar bertanding dengan cara yang baik agar semua yg dirancang berjalan dengan lancar jika ada sebarang penipuan serta hasutan yg melampau harap rakan rakan menyelidik kebenarannya agar tidak tertipu dengan sebarang permainan kotor pada PRK kali ini.

Sabtu, 22 Februari 2014

APAKAH PUNCA SEBENAR PENERIMA BRIM BERKURANGAN ?

Kuala Lumpur: Lebih enam juta rakyat membabitkan pelbagai peringkat usia mendapat manfaat daripada program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 yang akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Sekolah Aminuddin Baki, Kampung Pandan, di sini, hari ini.
Menurut sumber, sejumlah lebih RM3 bilion diperuntukkan kerajaan untuk tujuan itu, berbanding RM2.9 bilion yang dibelanjakan pada tahun lalu serta RM2.09 bilon ketika BR1M diperkenalkan pada 2012.
“Secara perbandingan juga, jumlah penerima BR1M pada tahun ini berkurangan berbanding 4.1 juta tahun lalu dan ini berlaku kerana sejumlah penerima sudah meningkat taraf hidup mereka serta keluar daripada senarai penerima yang layak,” katanya, di sini semalam.
Sumber itu berkata, peningkatan taraf hidup kumpulan penerima BR1M terbabit bukti pelbagai usaha kerajaan meningkatkan taraf ekonomi rakyat termasuk rasionalisasi subsidi berjaya mencapai matlamat.
Menurutnya, untuk BR1M 2014 yang kali ketiga dilaksanakan, dua elemen baru diperkenalkan iaitu perlindungan insurans berjumlah RM30,000 untuk setiap penerima dan isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 sebulan turut layak sebagai penerima.
“Dengan penambahan terbaru ini, bermakna penerima BR1M kini membabitkan tiga golongan iaitu isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, individu bujang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 sebulan,” katanya.
Ketika BR1M kali pertama diperkenalkan, isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan diberi bayaran tunai RM500 dan tahun lalu jumlahnya dinaikkan kepada RM600, manakala individu bujang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan menerima RM250.
Dalam ucapan pembentangan Bajet 2014, Oktober tahun lalu, Najib mengumumkan bayaran yang akan diagihkan kepada penerima BR1M 2014 ialah RM650 selain premium insurans RM50 untuk melayakkan mereka menerima RM1,200 dalam tempoh lima tahun.
Kelompok individu bujang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan pula akan menerima RM300 termasuk RM50 bagi bayaran polisi insurans.
Sumber itu berkata, kelompok penerima baru tahun ini iaitu isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM450, termasuk RM50 untuk premium insurans.

Menurutnya, dalam ucapan hari ini ketika melancarkan BR1M 2014, Perdana Menteri dijangka turut menyentuh mengenai ekonomi negara yang berada di landasan kukuh selepas pelbagai usaha dilakukan kerajaan.
“Ini jelas dapat dilihat berdasarkan peningkatan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta jumlah pelaburan asing (FDI), selain kadar inflasi pada 2013 yang serendah 2.1 peratus,” katanya.
Menurutnya, Perdana Menteri juga akan memberi penerangan mengenai usaha kerajaan menambah pendapatan rakyat di sebalik kos sara hidup yang dikatakan semakin meningkat ketika ini.

Tipah Tertipu, Kononnya Budak Syria Jalan Berseorang Di Padang Pasir tapi Hakikatnya Tidak Benar.

2014-02-20_123906
GAMBAR atas yang di hebohkan oleh media masa yang mengatakan seorang kanak-kanak Syria berjalan berseorang merentasi padang pasir. Dan Gambaran sebenar di jelaskan kembali menyatakan sebenarnya kanak-kanak itu tidak bersendirian. Lihat gambar di bawah.
Media-media masa baru-baru ini ada menyebut tentang seorang budak empat tahun yang berasal dari Syria itu kelihatan sedang berjalan di tengah padang pasir sambil membawa beg plastik. Foto Marwan sedang berjalan sendirian itu beredar di Internet dan mendapat banyak tanggapan.
Kejadian sebenarnya yang terjadi, Marwan dan keluarganya yang terpisah berjarak 20 langkah di hadapannya, sedang menuju sempadan Jordan untuk menuju tempat perlindungan UNHCR hujung minggu lalu, seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Al Arabiya, isnin (17/2).
2014-02-20_123934
Sehari selepas rundingan damai Kedua di Geneva, Switzerland, gagal para pelarian Syria berbondong-bondong melintasi gurun panas untuk menuju sempadan Jordan. Di sana mereka ditempatkan Badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa untuk urusan Pelarian (UNHCR).
Marwan bersama kira-kira 600 hingga seribu pelarian lain menyeberangi padang pasir ke Jordan, tempat lebih dari 500 ribu warga Syria menjadi pelarian.
“Marwan dan ibunya kini dalam keadaan selamat setelah menyeberangi sempadan Jordan,” kata Andrew Harper, wakil UNHCR di Jordan dalam akaun media sosial Twitter.
Bersama ibunya Marwan tinggal di pusat pelarian Zaatari bersama 100 ribu pelarian Syria lain. Menurut UNHCR sebanyak 2.5 juta pelarian Syria kini bertebaran di Timur Tengah.
Pada November lalu UNHCR melaporkan ada lebih dari 70 ribu keluarga pelarian Syria yang hidup tanpa ayah mereka. Lebih dari 3,700 pelarian anak-anak disahkan terpisah dari kedua orang tuanya.
Pembicaraan damai memang telah gagal, tapi harapan hidup bagi anak-anak pelarian Syria harus terus berlanjut.

Kerajaan janji BR1M 4 lebih baik

imageKUALA LUMPUR – Kerajaan berjanji akan menambah baik pemberian BR1M pada tahun depan dan yakin mampu meningkatkan jumlahnya sehingga RM1,200 dalam tempoh lima tahun akan datang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan BR1M satu, dua dan tiga adalah cerminan dan manifestasi kerajaan untuk membantu rakyat selaras dengan falsafah rakyat didahulukan.
“Ini cara kerajaan untuk berkongsi kekayaan bersama rakyat. Kita dapat lakukan kerana kestabilan politik, dan masyarakat pelbagai kaum dapat hidup aman dan harmoni.
“Negara yang kaya kalau tak aman dan stabil tidak boleh lakukan seperti apa yang kita lakukan hari ini. Faktor lain kerana kerajaan dapat uruskan ekonomi negara walaupun ekonomi dunia tak menentu, ” katanya pada perlancaran BR1M dan I – BR1M 2014 di Parlimen Titiwangsa, hari ini.
Kerajaan memperuntukkan RM4.5 bilion bagi menjayakan BR1M 2014 yang mana memberi manfaat kepada lebih 7 juta penerima.
Beliau berharap penambahan nilai BR1M kali ini dapat meringankan beban hidup rakyat khususnya golongan yang tinggal di bandar selain memastikan lebih ramai rakyat menikmati bantuan ini.
Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi RM650 dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50.
Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
Buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan nilai bantuan RM450.
Menurut Najib, kerajaan juga memperkenalkan i-BR1M yang memberi nilai perlindungan minimum RM1,000 bagi kematian biasa dan maksimum RM30,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal.
Sementara itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, ia perlu melakukan konsolidasi fiskal untuk memacu ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.
“Oleh itu, kerajaan akan mengubah dasar pemberian subsidi iaitu daripada subsidi pukal kepada subsidi bersasar bagi memastikan pelaksanaan subsidi yang adil,” katanya.
Tambah beliau dengan rekonsilasi subsidi juga dapat mengurangkan ketirisan dan mengelak daripada penyalah gunaan daripada pihak yang tidak sepatutnya. 

Jumaat, 21 Februari 2014

Abang rogol dua adik

abang perkosa adik, adik perempuan,AMPANG: Seorang abang sanggup menjadikan dua adik perempuannya sebagai hamba seksnya di rumah mereka di Taman Ukay Bistari.
Malah lelaki berusia 30-an itu turut mengugut kedua-dua adiknya itu yang berusia 20-an supaya tidak menceritakan perbuatan terkutuknya setiap kali merogol mereka jika tidak mahu dibelasah lebih teruk.
Dalam kejadian terbaru Ahad lalu, mangsa bersama kakaknya yang sedang tidur di dalam bilik sekali lagi didatangi abang mereka sebelum lelaki itu bertindak memperkosa kedua-dua mereka.
Lelaki itu dipercayai merogol adiknya seorang demi seorang di bilik tidur berasingan.
Mangsa yang tidak tahan diperlakukan seperti itu akhirnya nekad membuat laporan polis, kelmarin.
Sumber berkata, ketika mangsa cuba menjerit meminta tolong, suspek yang berang terus menampar muka mangsa beberapa kali sebelum membelasahnya.
“Selepas puas memperkosa mangsa, suspek mengugut supaya mereka tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa sebelum dia keluar dari rumah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah mengesahkan kejadian itu dan suspek sudah ditahan di kediamannya kira-kira jam 3 pagi kelmarin.
Menurutnya, suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.-HM