Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 4 Mac 2014

DAP nak Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ditukar kepada Jambatan Lim Guan Eng?

Dap semakin biadap 
Kalau Sultan Kedah dan Agong juga mereka tidak kenal , adalah amat memalukan puak puak Dap ini dan sewajarnya mereka ini dibuang dari statusnya sebagai warganegara Malaysia setuju tak sahabat2 semua ?..

Ini antara agenda mereka iaitu tidak mahu menghormati kita,melayu pun ramai yang tak sedar diri sanggup bersekongkol dengan mereka sehinggakan Melayu sudah terbahagi kepada tiga pecahan jadi kita kena wujudkan satu gerakan kesedaran bahaya nya gerakan dap ini dan harus kita ingat supaya satu hari nanti kita tak tertipu dengan muslihat dap ini merosakkan kekuatan Islam melayu dan Raja raja berdaulat,sebagai Ketua Agama di Negara kita

Pm rasa inilah masanya kita wujudkan kesedaran pada semua tentang pentingnya kita bersatu atas dasar perpaduan umah bagi memertabat Islam dan kemakmuran Negara dan respon agak positif kalau di lihat dari dari kalangan rakyat apabila cerita bab kebiadapan ini di hebahkan di Medium Facebook dengan komen komen kesedaran yang mendapat sambutan yang baik dan pm rasa jika usaha menangani sikap rasist begini di teruskan nescaya kita dapat menangani persepsi kononnya kerajaan lemah walhal kerajaan kita merupakan antara Negara yang di segani dimata dunia Khususnya dari Negara Negara Islam

Tidak keterlaluan kalau golongan yang biadap ini kita anggap membodohkan diri nak menghasut rakyat membenci Kerajaan walhal mereka sendiri ntah asal dari mana sehinggakan Sultan pun mereka tidak kenal jadi jika ada usaha memburuk burukkan Kerajaan maka kita juga wajar membalas persepsi tersebut janganlah baca sahaja wajar menjawab setiap hebahan palsu tersebut

Jom lihat antara komen komen panas rakyat yang marahkan cina dap yg tak sedar diri ini zasttt..layan ...semoga jadi iktibar pada pembaca Blog PM ni..jom tgok komen komen terpilih dri pm untuk di kongsikan bersama sahabat sahabat semua SEMOGA jika anda ternampak gerakan gerakan yg jelas tidak menghormati Negara seperti ini kita ringan ringankan tangan untuk menjelaskan perkara yg sebenar dan yg paling penting jika ada penghinaan kita lawan dengan memperbetulkan keadaan



740,000 bantah tuntutan Comango

PUTRAJAYA - Kempen penerangan Bahaya Gabungan NGO- NGO Hak Asasi Manusia (Comango) anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berjaya mengumpul sebanyak 740,000 tandatangan rakyat Malaysia.

Timbalan Presidennya, Aminuddin Yahaya berkata, Isma menjalankan kempen di seluruh negara untuk disertakan dalam memorandum untuk membantah tuntutan Comango yang bercanggah dengan Perlembagaan negara.

“Isma akan menghantar wakil ke Geneva pada 19 hingga 22 Mac ini untuk meneliti perkembangan aktiviti Comango dari semasa ke semasa.

"Kami juga berharap pihak kerajaan perlu menunjukkan pendirian yang serius dan tegas berhubung isu ini, tak perlu risau tentang sebarang tekanan dari PBB dan negara luar," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum di pejabat Kementerian Luar, di sini, hari ini.

[Artikel Berkaitan: Muzakarah Ulama putuskan Comango haram]

Menurutnya, pihak kerajaan perlu menolak tuntutan melampau Comango yang bercanggah dengan Islam dan perlembagaan negara.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Hamzah Zainuddin.

Pada Oktober lalu, Isma dan beberapa badan NGO giat memerangi tuntutan Comango melalui ratusan ciri ceramah, penulisan blog dan artikel.

Aminuddin turut mendakwa, Comango telah menggesa kerajaan untuk menandatangani Penjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan  Politik (ICCPR) yang mencabul hak agama dan negara,  mengiktiraf hak-hak orientasi seksual bagi golongan gay, lesbian dan biseksual, termasuk memberi taraf perkahwinan kepada golongan sejenis.

Tambahnya lagi, Comango juga mendesak kerajaan untuk menghapuskan hak-hak Bumiputera dan mempertikai keputusan mahkamah mengenai isu kalimah ALLAH dan Syiah.

Rundingan bekas kakitangan PKNS yang dipecat dengan bekas majikan buntu

logo-PKNS_180_215_100KUALA LUMPUR- Rundingan kakitangan yang dipecat hari ini dengan bekas majikan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menemui jalan buntu, kata jurucakap kumpulan tersebut.
Kumpulan 19 pekerja tersebut menuduh PKNS tidak serius untuk menangani kontroversi pemecatan itu.
“Pihak pengurusan PKNS menghantar wakil yang tidak mempunyai mandat untuk membuat sebarang keputusan,” kata wakil 19 pekerja tersebut, Dr Alif Aiman Abdullah selepas selesai mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perhubungan Perusahaan, Kementerian Sumber Manusia hari ini.
Bulan lalu, anak syarikat PKNS, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB) dilapor memecat kakitangannya tanpa sebarang sebab munasabah dengan notis 24 jam berkuatkuasa serta-merta.
Surat penamatan khidmat 22 kakitangan tersebut ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.
Kumpulan tersebut juga menegaskan sehingga hari ini PKNS masih lagi tidak memberikan sebarang alasan munasabah ke atas pemecatan tersebut.
“Wakil PKNS dan PKNS Holdings Sdn Bhd dalam mesyuarat tersebut telah mengesahkan dengan sejelas-jelasnya bahawa kami diperlakukan begini bukan kerana sebarang bentuk kesalahan, sama ada kesalahan disiplin atau pun jenayah.
“Sehubungan dengan itu, kami menunggu langkah PKNS seterusnya kerana mereka perlu memberi keputusan selewat-lewatnya 10 Mac 2014,” katanya.
Alif juga berkata kesediaan untuk memberikan keterangan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang dijadualkan pada 25 dan 26 Mac ini.
“Kami dengan ini menyatakan kesediaan kami untuk memberikan kerjasama penuh dalam inisiatif tersebut bagi mendapatkan penjelasan sekaligus membersihkan nama kami yang menjadi mangsa dalam kes ini,” katanya.
Isu pemecatan tersebut mendapat perhatian banyak pihak termasuk Ahli Parlimen Langat dari PKR yang juga Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Abdullah Sani membidas langkah tersebut sebagai tidak munasabah.
Abdullah mendakwa, terdapat pekerja dipecat yang bertentangan dengan Akta Pekerja di bawah Seksyen 10.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku pengerusi PKNS dipertangungjawabkan ke atas pemecatan tersebut.

Perogol menjerit kepanasan apabila mangsa membaca ayat Kursi

hqdefaultKUALA LUMPUR – “Dia (penjenayah) menjerit kepanasan apabila saya membaca ayat Kursi. Malah, penjenayah itu tidak meneruskan niatnya untuk merogol saya biarpun pakaian ditanggalkannya,” kata seorang jururawat mahu dikenali sebagai Intan, 21.
Intan berkata demikian ketika menceritakan detik cemas dia cuba dirogol seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh berusia lewat 30-an yang memecah masuk rumahnya di Kampung Baru, di sini, pada jam 5.45 petang, Selasa lalu.
Dalam kejadian itu, biarpun tidak merogol mangsanya, suspek dilapor merampas wang tunai RM50 selain beberapa barangan berharga lain dianggarkan bernilai RM300 sebelum melarikan diri.
Menceritakan semula kejadian itu, Intan berkata, dia yang tidur di ruang tamu terjaga apabila mendengar ada orang membuka pintu rumahnya.
“Saya terkejut apabila melihat seorang lelaki warga Bangladesh yang tidak dikenali sudah berada di depan pintu rumah.
Saya segera berlari untuk masuk ke dalam bilik namun dihalang,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurut Intan, penjenayah itu mengeluarkan pisau sebelum mendakwa dirinya anggota polis selain memintanya supaya mendiamkan diri.
“Saya tahu dia bukan polis kerana bahasa digunakan seperti warga Bangladesh.
Dia (penjenayah) memeluk dan mula mencium saya.
Saya terpaksa mendiamkan diri kerana bimbang dicederakan,” katanya.
Menurutnya, penjenayah terbabit meminta wang tunai dan barang kemas daripadanya.
“Belum pun sempat berbuat apa-apa, dia (penjenayah) menolak saya ke katil dan mula menanggalkan pakaian dan seluar saya.
“Ketika itu, saya berulang-kali merayu supaya dikasihani namun suspek terus menindih badan saya kerana mahu merogol.
“Pada mulanya ada sedikit pergelutan namun saya tidak berdaya melawan kudratnya apatah bimbang dicederakan kerana dia (suspek) bersenjata,” katanya.
Intan berkata, dia yang kebuntuan akhirnya mengambil keputusan untuk membaca ayat Kursi dengan kuat selain berniat di dalam hati untuk menyerahkan nasibnya kepada Allah.
“Apabila saya baca ayat Kursi, dia (penjenayah) bagaikan kepanasan dan menjerit-jerit mendakwa ‘panas’.
Penjenayah itu tidak jadi untuk merogol saya.
“Penjenayah itu berubah fikiran, dia (suspek)menggunakan tali pinggang dan tudung mengikat kaki serta tangan saya,” katanya memberitahu, suspek melarikan diri selepas merampas wang tunai RM50 dan beberapa barangan berharga lain.
Katanya, dia yang membuka ikatan di tangan dan kakinya itu tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK).-HM

#PRK-KAJANG Menang sahaja saya (Anwar), saya isytihar RM1 bersamaan US$1 di Kajang.

KADIRJASIN15_300_200_100KUALA LUMPUR- Bekas ketua pengarang akhbar New Straits Times hari ini melancarkan serangan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan ucapannya yang dibuat secara berseloroh, bahawa nilai mata wang ringgit akan diangkat supaya bersamaan dengan nilai dolar Amerika Syarikat, sekiranya beliau menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
A Kadir Jasin (gambar), menulis dalam blognya, melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Anwar itu seperti dilaporkan The Malaysian Insider semalam, berkata ia adalah “satu lagi contoh khayalan, lepas cakap dan ‘outrageousness’” yang ditunjukkan Anwar.
“Tapi hendak ubah kadar tukaran mata wang adalah mustahil kecuali, entah macam mana, selepas menang PRK Kajang, Anwar bukan menjadi Menteri Besar Selangor tetapi menjadi Perdana Menteri dan beliau boleh menggunakan rizab mata wang Bank Negara atau membeli bertimbun-timbun jongkong emas untuk menyokong nilai RM,” kata Kadir dalam kiriman blog yang merungkai kembali pengalamannya bersama bekas timbalan perdana menteri itu sehingga pemecatannya pada 1998.
Anwar membuat kenyataan itu dalam satu majlis Dialog Anak Muda di Seremban semalam, ketika menjawab tuduhan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa satu undi kepada dirinya ibarat memberikan undi kepada Amerika Syarikat.
“Menang sahaja saya, saya isytihar RM1 bersamaan US$1 di Kajang. Saya dah 15 tahun dihamun setiap malam. Siapa ahli politik paling banyak kena maki. Sayalah,” kata Anwar.
Dalam mempersoalkan kewibawaan Anwar, Kadir berkata Anwar bukan lagi seorang politikus yang mempunyai rangkaian luas, seperti pada ketika beliau menerajui Umno.
“Anwar bukan seorang yang mementingkan butiran. Beliau seorang pemidato dan penghasut (dalam erti kata positif).
“Beliau bukan seorang perancang seperti disangka sesetengah pihak. Ketika beliau dalam Umno dan kabinet, beliau bergantung kepada pasukan perancang dan beliau ada perancang untuk semua aktivitinya. Malah ada petugas yang membaca bagi pihaknya,” kata Kadir, yang mendakwa daya tarik Anwar telah membutakan ramai orang.
“Sejak dipecat dari Umno dan kerajaan pada 1998, bilangan organisasi sokongannya telah berkurangan. Ramai penyokong kuat beliau tidak menyertai gerakan Reformasi, dan mereka yang menyertainya telah hampa dan meninggalkannya,” tulis Kadir.
Kadir menamakan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan setiausaha agung Saifuddin Nasution Ismail sebagai “mereka yang dilatih Umno”, sambil membandingkan kumpulan ini dengan pemimpin muda PKR.
“Walaupun PKR boleh bermegah dengan kehadiran ramai pemimpin muda yang berpendidikan dan bersemangat, mereka ini umpama bayi jika dibandingkan dengan orang lama yang membantu ‘mencipta’ Anwar, dan ramai antaranya tidak kenal Anwar melewati Reformasi,” kata Kadir, merujuk kepada slogan yang menjadi laungan perjuangan Anwar berikutan pemecatannya dari Umno pada September 1998. – TMI

Sabtu, 1 Mac 2014

KHALID IBRAHIM TERPAKSA SEMBUNYI KANDUNGAN MEMORENDUM MOU

Sin Chew Daily halaman 03 dan Guang Ming Daily, halaman A7, bertarikh 1 MAC 2014,



Melaporkan Tan Sri Khalid Ibrahim - Menteri Besar Selangor mendedahkan beliau terpaksa menyembunyikan kandungan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan PR Selangor berhubung penstrukturan semula Industri bekalan Air Selangor dari orang orang tertentu dalam PKR.

Katanya, pemimpin tertentu dalam PKR ingin campur tangan dalam perkara tersebut serta cuba mempengaruhinya supaya menaikkan kos pampasan RM9.65 bilion dalam pengambil alihan pengurusan 4 syarikat konsesi Air yg terlibat.

Katanya, dalam PKR, terdapat orang yg tidak betul dan mereka bukan semata mata brrjuang untuk parti.

JANGAN MELENTING BILA MALAYSIA KINI MENANG ANUGERAH YANG DI UNDI BUKAN MEJORITI RAKYAT MALAYSIA

SEBAB APA?

Anugerah itu berasaskan undian awam (80 peratus) dan selebihnya penilaian juri malah bila masa ada pengundian ni pun kita tak tahu jadi kemenangan itu bukan dari undian semua pihak dan mungkin hanya pihak mereka sahaja yg tahu dan PM rasa amat wajar kita tidak menuding jari pada Kerajaan yang sentiasa bersama kita membantu rakyat serta membela Agama Bangsa dan Negara...sekadar pendapat pada malaysiakini jgn terlalu bangga sebab itu bukan undian mejoriti Rakyat Malaysia

Pada malam tersebut juga jelas Datuk Zahid Hamidi juga menyindir Malaysiakini dengan sindiran dihadapan 300 orang di majlis itu,dengan menggesa media sosial melaporkan secara benar dalam posting masing-masing.jadi kita renung2kan sekian Wallahuaklam.