Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 4 Mac 2014

Rundingan bekas kakitangan PKNS yang dipecat dengan bekas majikan buntu

logo-PKNS_180_215_100KUALA LUMPUR- Rundingan kakitangan yang dipecat hari ini dengan bekas majikan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menemui jalan buntu, kata jurucakap kumpulan tersebut.
Kumpulan 19 pekerja tersebut menuduh PKNS tidak serius untuk menangani kontroversi pemecatan itu.
“Pihak pengurusan PKNS menghantar wakil yang tidak mempunyai mandat untuk membuat sebarang keputusan,” kata wakil 19 pekerja tersebut, Dr Alif Aiman Abdullah selepas selesai mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perhubungan Perusahaan, Kementerian Sumber Manusia hari ini.
Bulan lalu, anak syarikat PKNS, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB) dilapor memecat kakitangannya tanpa sebarang sebab munasabah dengan notis 24 jam berkuatkuasa serta-merta.
Surat penamatan khidmat 22 kakitangan tersebut ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.
Kumpulan tersebut juga menegaskan sehingga hari ini PKNS masih lagi tidak memberikan sebarang alasan munasabah ke atas pemecatan tersebut.
“Wakil PKNS dan PKNS Holdings Sdn Bhd dalam mesyuarat tersebut telah mengesahkan dengan sejelas-jelasnya bahawa kami diperlakukan begini bukan kerana sebarang bentuk kesalahan, sama ada kesalahan disiplin atau pun jenayah.
“Sehubungan dengan itu, kami menunggu langkah PKNS seterusnya kerana mereka perlu memberi keputusan selewat-lewatnya 10 Mac 2014,” katanya.
Alif juga berkata kesediaan untuk memberikan keterangan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang dijadualkan pada 25 dan 26 Mac ini.
“Kami dengan ini menyatakan kesediaan kami untuk memberikan kerjasama penuh dalam inisiatif tersebut bagi mendapatkan penjelasan sekaligus membersihkan nama kami yang menjadi mangsa dalam kes ini,” katanya.
Isu pemecatan tersebut mendapat perhatian banyak pihak termasuk Ahli Parlimen Langat dari PKR yang juga Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Abdullah Sani membidas langkah tersebut sebagai tidak munasabah.
Abdullah mendakwa, terdapat pekerja dipecat yang bertentangan dengan Akta Pekerja di bawah Seksyen 10.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku pengerusi PKNS dipertangungjawabkan ke atas pemecatan tersebut.

Tiada ulasan: