Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 4 Mac 2014

740,000 bantah tuntutan Comango

PUTRAJAYA - Kempen penerangan Bahaya Gabungan NGO- NGO Hak Asasi Manusia (Comango) anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berjaya mengumpul sebanyak 740,000 tandatangan rakyat Malaysia.

Timbalan Presidennya, Aminuddin Yahaya berkata, Isma menjalankan kempen di seluruh negara untuk disertakan dalam memorandum untuk membantah tuntutan Comango yang bercanggah dengan Perlembagaan negara.

“Isma akan menghantar wakil ke Geneva pada 19 hingga 22 Mac ini untuk meneliti perkembangan aktiviti Comango dari semasa ke semasa.

"Kami juga berharap pihak kerajaan perlu menunjukkan pendirian yang serius dan tegas berhubung isu ini, tak perlu risau tentang sebarang tekanan dari PBB dan negara luar," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum di pejabat Kementerian Luar, di sini, hari ini.

[Artikel Berkaitan: Muzakarah Ulama putuskan Comango haram]

Menurutnya, pihak kerajaan perlu menolak tuntutan melampau Comango yang bercanggah dengan Islam dan perlembagaan negara.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Hamzah Zainuddin.

Pada Oktober lalu, Isma dan beberapa badan NGO giat memerangi tuntutan Comango melalui ratusan ciri ceramah, penulisan blog dan artikel.

Aminuddin turut mendakwa, Comango telah menggesa kerajaan untuk menandatangani Penjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan  Politik (ICCPR) yang mencabul hak agama dan negara,  mengiktiraf hak-hak orientasi seksual bagi golongan gay, lesbian dan biseksual, termasuk memberi taraf perkahwinan kepada golongan sejenis.

Tambahnya lagi, Comango juga mendesak kerajaan untuk menghapuskan hak-hak Bumiputera dan mempertikai keputusan mahkamah mengenai isu kalimah ALLAH dan Syiah.

Tiada ulasan: