Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 2 Ogos 2013

PRODUA TAWAR PEMERIKSAAN PERCUMA SEMPENA AIDILFITRI

KUALA LUMPUR - Perodua akan memberikan pemeriksaan percuma kepada pemilik kenderaannya bagi memastikan perjalanan yang selamat dan lancar semasa bulan Ramadan dan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Pasukan tweckbotnya akan ditempatkan di gedung membeli belah terpilih di Kota Baharu, Shah Alam, Subang USJ, Alor Setar dan Batu Pahat.
Dan bagi tahun keempat berturut-turut, Perodua akan menyertai kempen Petronas Coffee Break dengan menawarkan pemeriksaan percuma bagi semua penggunanya di kawasan rehat Ayer Keroh dan Tapah.
"Kami akan menawarkan pemeriksaan percuma 50-mata bagi semua kenderaan Perodua semasa kempen Tweckbot dan Petronas Coffee Break,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh dalam satu kenyataan hari ini.
Pemeriksaan itu termasuk memeriksa enjin, sistem penyejukan, sistem brek, stereng kuasa, sistem cekam, tayar dan gantungan serta sistem elektrik (bateri, lampu dan pengelap).
Bagi mendapatkan perkhidmatan percuma itu, pengguna Perodua perlu mempunyai akaun Twitter dan membuat temu janji dengan pasukan Tweckbot menerusi @MYPerodua atau facebook MYPerodua apabila pasukan itu berada di gedung membeli belah masing-masing, katanya. - Bernama

TUDM tempah empat pesawat pejuang Airbus A400M

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menempah empat A400M, jet pejuang ketenteraan terbaharu, dengan penyerahan pesawat pertama pada 2015.
A400M mampu terbang lebih tinggi, cepat dan lebih jauh dan pada masa yang sama mudah dikendalikan, kata Airbus Military dalam satu kenyataan hari ini.
Diperkasakan oleh empat enjin turbo-prop 11,000shp TP400, pesawat A400M mampu membawa 116 anggota payung terjun dengan kelengkapan penuh atau 37 tan muatan, dan boleh digunakan sebagai pesawat untuk mengisi minyak udara ke udara bagi jet, pesawat besar dan helikopter, katanya.
Menerusi kenyataan yang sama, Airbus berkata, ia sudah menyerahkan pesawat A400M pertamanya kepada Tentera Udara Perancis.
Pesawat yang diserahkan kepada Perancis itu pada peringkat awal akan digunakan untuk melatih anak kapal sebelum menjadi sebahagian daripada kumpulan pengangkutan operasi tentera udara negara itu, kata Airbus Military. - Bernama

PENGKID PENGHINA ISLAM HANYA DIBEBAS DENGAN BON MAHKAMAH PETANG TADI?

ini pun 2x5 boleh dikira menghina islam nak mng pru sanggup jual nama islam
Pelatih anjing yang dengan selamba membasuh kaki anjingnya seakan akan mengambil wuduk diselangi degan takbir raya,selepas memegang anjing dengan membasuh kakinya dia pula menggayakan mengambil wuduk, Agak2 lah boleh ker benda sebegitu dibuat lagipun bukan sah pun wuduknya tu kerana memegang anjing yng basah,dan persoalannya kenapa latifahkoya mengatakan tak nampak apa salah pengkid mabuk ini.
Maznah Mohd. Yusof, 38, yang dipercayai terlibat dengan video menghina Islam dibebaskan dengan bon jaminan mahkamah kira-kira pukul 2.20 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Segamat, di sini.
Maznah yang berbaju kemeja kotak dan memakai topi dibawa meninggalkan IPPD itu oleh tiga ahli keluarganya dengan menaiki sebuah kereta.
Dia yang kelihatan bersahaja enggan memberi sebarang komen kepada media.
Terdahulu, Maznah dibawa dari Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 10.30 pagi sebelum dihantar ke IPPD pukul 12.15 tengah hari Segamat untuk dibebaskan.

Khamis, 1 Ogos 2013

ANWAR IBRAHIM DIBERI MASA HANYA SEMINGGU JAWAB TUDUHAN

PANAS PUNGGONG Anwar nampaknya hari ini didalam Sinar yang admin +PENDEKAR MELAYU baca bahawa Bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay hari ini memberi tempoh tujuh hari kepada ketua pembangkang itu untuk menjawab dakwaannya berhubung penggunaan sijil cuti sakit (MC) palsu baru-baru ini.

Dokumen itu didakwa digunakan oleh Anwar bagi menangguhkan perbicaraan kes perhimpunan Bersih 3.0 dan penipuan 40,000 warganegara Bangladesh pada PRU13 lalu.

“Tujuan laporan polis itu dibuat adalah untuk memberitahu pihak polis, mahkamah dan rakyat Malaysia wajah sebenar parti pembangkang khususnya cara politik kotor PKR.

“Kelakuan pembangkang yang ghairah ingin berkuasa dan memerintah tanpa memperdulikan sistem keadilan dan kehakiman mendorong saya untuk tampil ke hadapan mendedahkan penipuan itu supaya pihak mahkamah dan rakyat tidak diperdayakan lagi,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Yuktes atau nama sebenarnya, Yuktesvaran Malaipan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu 17 Julai lalu.
 
Beliau bersama dua rakannya hadir di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur.
 
Rabu lalu, Yuktes membuat satu lagi laporan polis berhubung penipuan Anwar yang mengatakan seramai 40,000 warganegara Bangladesh telah mengundi dan secara langsung telah mempengaruhi keputusan PRU13 lalu.

Tambahnya, meskipun pendedahan sebelum ini menyebabkan beliau menerima kecaman dan ugutan, namun beliau nekad untuk menamatkan segala rancangan Anwar yang telah mencemarkan nama dan merenggangkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara lain.

“Anwar bukan sahaja tidak mengendahkan kenyataan rasmi Duta Bangladesh bahkan beliau terus mengaibkan nama negara di serata Malaysia termasuk Indonesia ketika lawatannya ke negara tersebut selepas PRU13 lalu.

“Ini merupakan modus operandi yang berasaskan pembohongan dan penghasutan beliau untuk mengucar-kacirkan negara dan membawa situasi seperti ‘Arab Spring’ ke Malaysia yang mana boleh dilihat dalam perhimpunan Bersih 3.0 apabila pengikut Anwar mengingkari arahan majistret dan merempuh ‘barricade’ polis,” dakwanya.

Selain itu, Yuktes turut kesal apabila isu pengundi hantu warganegara Bangladesh itu tidak dilaporkan secara rasmi kepada pihak polis walhal Anwar sanggup menjelajah ke seluruh negara untuk menyebarkan dakwaannya, namun apabila diminta membuat laporan polis, hanya isu dakwat kekal sahaja dilaporkan.

“Saya mempunyai bukti yang merangkumi dua emel yang menunjukkan komunikasi di antara seorang warga asing yang mewakili badan antarabangsa dalam kes liwat beliau.

“Warga asing itu memainkan peranan secara langsung dalam mempengaruhi pandangan negara asing tentang kes liwat itu dengan memberi persepsi ia adalah sebuah konspirasi BN,” dakwanya.

CHUA BOON HUAT MENINGGAL DALAM KEMALANGAN

Berita sedih yang menyayat hati Pemain hoki kebangsaan Chua Boon Huat 33, Maut dalam satu kemalangan jalan raya di lebuh Raya LDP dekat dengan Kelana Jaya jam 3.00 pagi admin PM mengucapkan Takziah untuk Waris keluarga Mendiang.

Sesungguhnya Rakyat Malaysia kelihangan sebutir bintang dalam arena Hoki Negara.






MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Chua Boon Huat yang meninggal dunia pagi tadi.

“Takziah kepada keluarga Chua Boon Huat, pemain hoki kebangsaan, yang meninggal dunia kira-kira jam 3.00 pagi tadi setelah mengalami kemalangan di LDP.

“Beliau seorang bintang hoki yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa dan merupakan seorang atlet yang cemerlang, berdisiplin, sentiasa positif dan menjadi inspirasi kepada pemain-pemain muda.

“Terima kasih, Boon Huat. Jasamu akan sentiasa dikenang oleh negara,” katanya di dalam tweet terbaru beliau.

Boon Huat, 33, maut dalam kemalangan selepas kereta dipandunya melanggar lori siram pokok di Kilometer 10.4, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Kelana Jaya, di sini, kira-kira jam 3 pagi tadi.

Jurucakap polis Petaling Jaya berkata kereta Proton Perdana dipandu Chua, dipercayai terlanggar sebuah lori tangki air, di LDP dalam kejadian 2.25 pagi itu.

Beliau berkata Chua mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya.

Berasal dari Bukit Cina, Melaka, Chua merupakan antara pemain hoki negara paling lama yang mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998.

PANAS !!!! DOA SEBELUM CEMOLOT AWEK !!!!!!

Apakah perasaan anda melihat kebiadapan ini,doa diubh mengikut kehendak nafsunya sungguh biadap mungkin cerita ini ramai yang tak ambil serius? mungkin ada diantara kita menganggap ala biar la budak lagi tu renungan hadis dibawah

Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :


Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman


Hadis sahih riwayat Muslim

VIDEO PANAS:LATIFAH KOYA KATA PENGKID PENGHINA AGAMA ISLAM TAK SALAH BASUH KAKI ANJING DALAM UCAPAN SELAMAT HARI RAYA??

Latheefa bagaimanapun berkata, beliau tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan Maznah

PETALING JAYA: Wanita yang mencetuskan kontroversi menerusi video sambutan Aidilfitri bersama tiga anjing peliharaannya ditahan polis bagi membantu siasatan.

Peguamnya, Latheefa Koya berkata, Maznah Mohd Yusof, 38, disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, kebencian sehingga memudaratkan perpaduan.

Latheefa bagaimanapun berkata, beliau tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan Maznah iaitu seorang pelatih anjing.(tak salah ker basuh kaki anjing tu dengan air ,habis tak payah samak terus dia pulak mengambil wuduk,nampak tak latifah koya ini dah dikira menghina Islam kerana dalam ucapn hari rya siap berlatar belakang kan takbir raya sekali,dah jelas hukumnya)

Maznah, yang juga dikenali sebagai Chetz, mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya dimuat naik ke malam YouTube pada Isnin.

Video itu menunjukkan Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.

Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Chetz memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."

Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada
Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa.