Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 1 Ogos 2013

ANWAR IBRAHIM DIBERI MASA HANYA SEMINGGU JAWAB TUDUHAN

PANAS PUNGGONG Anwar nampaknya hari ini didalam Sinar yang admin +PENDEKAR MELAYU baca bahawa Bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay hari ini memberi tempoh tujuh hari kepada ketua pembangkang itu untuk menjawab dakwaannya berhubung penggunaan sijil cuti sakit (MC) palsu baru-baru ini.

Dokumen itu didakwa digunakan oleh Anwar bagi menangguhkan perbicaraan kes perhimpunan Bersih 3.0 dan penipuan 40,000 warganegara Bangladesh pada PRU13 lalu.

“Tujuan laporan polis itu dibuat adalah untuk memberitahu pihak polis, mahkamah dan rakyat Malaysia wajah sebenar parti pembangkang khususnya cara politik kotor PKR.

“Kelakuan pembangkang yang ghairah ingin berkuasa dan memerintah tanpa memperdulikan sistem keadilan dan kehakiman mendorong saya untuk tampil ke hadapan mendedahkan penipuan itu supaya pihak mahkamah dan rakyat tidak diperdayakan lagi,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Yuktes atau nama sebenarnya, Yuktesvaran Malaipan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu 17 Julai lalu.
 
Beliau bersama dua rakannya hadir di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur.
 
Rabu lalu, Yuktes membuat satu lagi laporan polis berhubung penipuan Anwar yang mengatakan seramai 40,000 warganegara Bangladesh telah mengundi dan secara langsung telah mempengaruhi keputusan PRU13 lalu.

Tambahnya, meskipun pendedahan sebelum ini menyebabkan beliau menerima kecaman dan ugutan, namun beliau nekad untuk menamatkan segala rancangan Anwar yang telah mencemarkan nama dan merenggangkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara lain.

“Anwar bukan sahaja tidak mengendahkan kenyataan rasmi Duta Bangladesh bahkan beliau terus mengaibkan nama negara di serata Malaysia termasuk Indonesia ketika lawatannya ke negara tersebut selepas PRU13 lalu.

“Ini merupakan modus operandi yang berasaskan pembohongan dan penghasutan beliau untuk mengucar-kacirkan negara dan membawa situasi seperti ‘Arab Spring’ ke Malaysia yang mana boleh dilihat dalam perhimpunan Bersih 3.0 apabila pengikut Anwar mengingkari arahan majistret dan merempuh ‘barricade’ polis,” dakwanya.

Selain itu, Yuktes turut kesal apabila isu pengundi hantu warganegara Bangladesh itu tidak dilaporkan secara rasmi kepada pihak polis walhal Anwar sanggup menjelajah ke seluruh negara untuk menyebarkan dakwaannya, namun apabila diminta membuat laporan polis, hanya isu dakwat kekal sahaja dilaporkan.

“Saya mempunyai bukti yang merangkumi dua emel yang menunjukkan komunikasi di antara seorang warga asing yang mewakili badan antarabangsa dalam kes liwat beliau.

“Warga asing itu memainkan peranan secara langsung dalam mempengaruhi pandangan negara asing tentang kes liwat itu dengan memberi persepsi ia adalah sebuah konspirasi BN,” dakwanya.

Tiada ulasan: